Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Isnin, 7 Julai 2014

Berjaya!

Assalamualaikum,

Belakangan nie kerap pulak update. Kui3. Almaklum ler, duk kat meja nie lepas update maklumat.. Mekti punya kerja adalah online.

Hari nie punya cerita tentang rezeki. Terdetik rasa rendah diri bila kawan-kawan kita hampir semua berjaya dalam pelajaran dan berjaya mendapat kerja tetap. Masa tingkatan 6 dulu, Mek tie bukan pelajar cemerlang pun, dalam golongan ok ok je. Ha3. Persaingan sihat.

Selepas exam STPM dan dapat result, hampir semua pelajar dalam kelas Mektie  dapat sambung pelajaran ke universiti. Kami berpecah. Utara, selatan, timur dan barat terpisah kami. Mektie tercampak ke utara dan sekarang masing-masing dah menamatkan pengajian.

Laluan kerja. Kawan-kawan dah ada kerja tetap diusia 25 tahun. Mektie, tetap jugak.. tapi tak meyakinkan untuk jangka masa panjang. Kira sekarang, kerja untuk cari pengalaman.

Gembira tengok kawan-kawan dah ada tanggungjawab sendiri. Masing-masing menyarung seragam masing-masing dan berbaju batik, mendidik generasi yang sedang membesar kini.

Diri sendiri masih lagi terkapai-kapai, bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Tapi menzahirkan rasa sedikit rendah diri.Masih tak dapat bebaskan diri dari kepompong 'ini'.

Barangkali Allah kuncikan saat itu untuk masa mendatang.


Mungkin.


Insyaallah.



#debaranmakinterasa!