Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Isnin, 28 Mei 2012

E.X.A.M

Assalamualaikum..

Jumaat 01 Jun paper pertama!!

Tapi
.
.
.
.
.
.

Semangat L.O.N.G.L.A.I! ;(
.
.
.
.
.

Ape yang P.E.R.L.U  aku buat?
.
.
.
.
.
.
.

Hmm..
Semangat, semangat, semangat, semangat! Siti B.O.L.E.H!! Siti B.O.L.E.H!!
Hmm.. [rase mcm sayur layu je!]






Bismillahirrahmanirrahim..Ya ALLAH.. Pulihkanlah S.E.M.A.N.G.A.T diriku.. Amin..

Khamis, 17 Mei 2012

Cadangan Pengurusan PTPTN

Assalamualaikum..

entry ini tiada kaitan dengan isu PTPTN yang berkaitan

PTPTN adah satu nama yang sangat famous dikalangan pelajar-pelajar yang menyambung pengajian mereka di mana-mana peringkat sekalipun (kecuali UPSR, PMR, SPM, STPM..Keh3! -_-).. Tak semua pelajar dapat biasiswa, dan tak semua pelajar mampu biayai pengajian mereka tanpa pinjaman PTPTN. Termasuk la Mek Tie. 

Kawan-kawan Mek Tie termasuklah diriku ini beribu-ribu kali duk fikir macam mana nak uruskan duit ini. Perlu diuruskan sebabnya nilainya setelah ditolak dengan yuran dan yuran +han yang lain, baki yang masuk ke dalam akaun kami setiap semester hanyalah RM1950 sahaja. Lebih kurang la. Sekarang Mek Tie duk di semester akhir, lagi SEBULAN lebih untuk tamatkan pengajian. Insyaallah.

Disini, Mek Tie sertakan cadangan untuk kita uruskan PTPTN dengan jayanya tanpa sebarang pembaziran. Keh3. Ingin dinyatakan bahawa, CADANGAN ini sama sekali TIDAK DIAPLIKASIKAN oleh Mek Tie sepanjang pengajian kecuali dinyatakan. Ha3..

Cadangan ini hanya untuk sesiapa yang dapat nilai bersih RM1950 dan sekitarnya sahaja. Kalau dapat nilai bersih RM5000 1 semester, tak perlu risau rasanya lah. He3..

Cadangan pertama. Hari pertama duit PTPTN masuk ke akaun (kebiasaannya 2minggu selepas buka sesi pengajian), sila PINDAHKAN duit-duit tersebut ke dalam akaun lain. Maksud Mek Tie, kalau kat 'u' Mek Tie nie sepenuhnya guna BANK ISLAM. Oleh yang demikian, pindahkan ke akaun BANK RAKYAT ke n lain-lain bank yang ada. Pastikan anda punyai AKAUN di bank berkenaan dahulu. Ha3. Tujuannya adalah untuk kita hadkan nafsu nak keluarkan duit tiap masa nie haaa! Kat tempat Mek Tie nie hanya ada ATM BANK ISLAM n BANK RAKYAT je.. Jadi, jangan pindahkan duin ke akaun yang ATM nyer ada kat situ. Ye, Mek Tie tahu, paling kurang dicaj RM1 kalau guna ATM lain. Tapi kalau kita nak keluarkan RM2000 dari kad Bank Islam guna ATM Bank Rakyat tentu tak boleh kan3.. Faham tak maksud Mek Tie?? Ha3. Sekurang-kurangnya kita tetap berkira dengan nilai 1 ringgit tue..

Cadangan kedua. Beli STOK MAKANAN dan KEPERLUAN untuk 1 SEMESTER. Nie memang Mek Tie buat. Duit masuk hari nie, memang time tue jugak Mek Tie g beli stok. Ape yang Mek Tie beli? Setiap semester sama saja. Sabun basuh yang 2.5kg ke atas, milo yang bungkus besar, ubat gigi 3, berus gigi 4, mandian yang double terus (tue pun mungkin xcukup untuk 4 bulan), sampoo botol besar, bedak sejuk! Kah3, keperluan wanita yang lain (tak perlu disenaraikan dengan terperinci!) Ha3, biskut, tea, kopi, buku-buku, kertas-kertas. Kuantitinya bukan SATU, lebih dari itu. Kan namanya STOK. Maksudnya, lepas nie Mek Tie tak risau ape-ape keperluan yang habis. Lebih kurang macam tue la. Tapi kebiasaannya dapat bertahan 3BULAN sahaja. Nie Mek Tie kena beli yang baru. Stok dah susut. Walaupun nampak boros, tapi ini keperluan untuk jangka panjang la. Bukan beli hari-hari. Nie cara Mek Tie la.

Cadangan ketiga. Beli EMAS!! Menurut artikel yang Mek Tie baca (siape yang tulis n kata, Mek Tie tak ingat). Beliau berkata, PTPTN yang diterima oleh pelajar setiap semester akan cukup (nilai 1950ringgit lebih kurang) sekiranya pelajar tersebut tidak membazir. Beliau berkata lagi, pelajar kebanyakannya habiskan duit-duit tersebut dengan membeli gajet yang mahal n pakaian yang berjenama dan sebagainya sedangkan itu diluar kemampuan mereka. (lebih kurang macam tue la ayatnya) nie Mek Tie baca 2semester yang lepas. He3. Benar kata beliau. Tapi ada yang Mek Tie nak sangkal, walaupun kali tak beli gajet yang mahal, kami terpaksa memenuhi keperluan yang lain. Selangkah kaki melangkah, berbayar. Mungkin tak da masalah bagi yang mampu. Itu lain cerita. Oleh itu, duit yang ada tue beli la cincin emas n asas emas yang lain. He3. Nilai emas meningkat sentiasa. Time harga emas tinggi tue, sila jual emas-emas terbabit. He3..

Cadangan keempat. Guna duit PTPTN tersebut untuk berniaga kecil-kecilan. Kawan-kawan Mek Tie ada yang jual buah, nasi lemak n lain-lain kat asrama. Sekurang-kurangnya ada juga duit yang boleh backup time sesak! Keh3. Memang ada untung. Jual buah-buahan, air minuman dapat RM 20 keatas. Untung la nie. Modal, RM 40 untuk seminggu. Untung tak? Mesti la untung.

Cadangan kelima. Simpan semua duit PTPTN anda. Maksudnya, disamping dapat pinjaman ini duit-duit datangnya dari mak dan ayah, mak atau ayah, abang dan kakak atau abang atau kakak atau adik-adik. Memang ada yang macam nie. Dalam sesetengah kes, seseorang yang tak ada kaitan dengan hubungan kekeluargaan yang turut bantu. Dan ada jugak yang pasang pakwe & makwe @ pakwe @ makwe sekelilingnya. Keh3. (JANGAN SAMAN AKU!). Duit simpanan tersebut, gunakan untuk bayar PTPTN balik atau bayar pendahuluan KERETA! muahahahahahahahaha.

Cadangan keenam. [tambah sendiri].






Segala cadangan-cadangan diatas hanyalah sekadar cadangan. Maaf kalau terasa hati. Mek Tie sendiri pun ada juga terkena dengan cadanga-cadangan tersebut. Lecturer (lelaki) Mek Tie cerita. Dia dulu zaman belajar dia couple dengan senior dia. Senior dia yang bagi sokongan-sokongan (hahahahaha) untuk dia belajar disambing dapat jimatkan kos perbelanjaan sebab dapat nota-nota free dari seniornya. Keh3. Beliau kata lagi. "orang yang berduit takkan pernah risau dengan hidup dia. Berapa kali sehari nak makan, ape yang dia nak makan. Makan 6 kali sehari pun takkan ada masalah bagi dia. Tetapi bagi orang yang susah, dia kan berkira-kira untuk makan sebab dia ada benda lain perlu dilakukan dengan gunakan duit yang dia ada."

Bersesuaianlah dengan peribahasa ini "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.". Uruslah wang PTPTN anda dengan sebaiknya. Jangan jadi seperti Mek Tie. Kui3.




Positifkan fikiran.
Sekian, wasalam.





Sabtu, 14 April 2012

[entri kosong]

Assalamualaikum..

Kaku semua organ-organ Mek Tie bila start buat entry sebab tak tau nak merapu ape! -_-"


Sekarang dah tinggal 2 bulan untuk Mek Tie habiskan tempoh 'mengaji' di tempat orang nie. Hehehehe. Dulu-dulu, Mek Tie daftar masuk kat sini pada 28 Jun 2009. InsyaALLAH akan habis pada 28 Jun 2012. Kenape mesti 28 Jun? Tarikh keramatkah? Oh! Pastinya tidak. 28 Jun tue kertas terakhir Mek Tie, habis kul 5pm lak tue.

Apekah perasaan Mek Tie bila dah nak habis belajar nie? Berdebar la weh! Menunggu SURAT PAKWE Mek Tie ABANG PTPTN mintak wang hantaran KAWIN sebanyak RM 21,000.00. Disebabkan oleh result Mek Tie bukan first class, bukan jugak biasiswa makanya KERJA dan BAYAR balik hutang orang!

Bila dah kedewasaan ini, banyak benda duk bercabang dalam otak! Walaupun masih keanak-anakan. Kih3. Sungguh dewasa. Buat yang penting dulu.

Orang selalu kata kita akan jadi lebih kuat bila kita disakiti. Mungkin. Dalam erti kata lain KEBAL!. Ape pun, yang menyakiti itu takkan belajar ape-ape tentang hebatnya perasaan disakiti. Ha3. Yang pasti, masa itu penyembuh sekiranya dipositifkan fikiran, diikhlaskan hati dan perasaan serta jiwa raga bakul besen dan lain-lain yang berkaitan.


Tak sangka, SENYUMAN i2 hidup kembali! Kembali menggeletek ususku. Ha3


Setelah berlalu masa genting di dalam hati, ketenangan keadaan baru adalah JAWAPAN UTAMA kepada masa genting sudah berlalu itu- Siti Aziz (2012).











Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.