Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Ahad, 4 Mac 2012

Ketiadaan 'mood' untuk berblog

Assalamualaikum..

Lame tak hupdate!!


Sekarang nie dah kurang rasa nak update blog. Rase macam malas memanjang. Tak tau nak tulis ape. Walhal dulu-dulu banyak sangat entry merapu yang berjaya Mek Tie merapukan. Sekarang dah tak macam dulu lagi. Hilang mood untuk berbelog. Tapi, Mek Tie masih berkunjung kat blog-blog lain. Tinggal komen. Tak pun hanya sekadar singgah dan baca entry sahaja.

Mek Tie sekarang semester akhir dah. Insyaallah semester depan (Julai-Oktober) akan jalani praktikum. Insyaallah. Cabaran sem nie memang berat. Mek Tie perlu habiskan 18 jam kredit yang berbaki. Dua subjek teras, 3 subjek pilihan dan 1 subjek bebas. 

Nak dijadikan cerita, semester lepas. Waktu add and drop subjek yang sememangnya menjadi aktiviti tradisi kami kat sini susunkan sendiri jadual masing-masing, Mek Tie tak da masalah langsung. Cepat je add subjek yang Mek Tie nak. Tapi, masalah wujud mase naik semester baru. Mek Tie tengok jadual, 1 subjek teras hilang!!

Sebal sungguh perasaan. Rupanya, waktu bagi dua subjek teras tersebut bertindan. Mek Tie sekarang semester akhir tau. Takkan semata-mata 1 subjek teras yang bertindan masa Mek Tie kena extand sem!! Kenapa diubah waktu. Buat aduan kat penyelaras cos Mek Tie.

Setelah itu, nasib baik lec salah satu subjek teras tue benarkan Mek Tie masuk lambat 1 JAM SETENGAH berbanding kawan-kawan yang lain. Nasib baik jugak salah satu subjek teras tue 3 jam dan satu lagi 1jam setengah. Terpaksa berkejaran untuk masuk ke kelas satu lagi.

Menangis jugak mata nie. Ha3. Kawan-kawan duk bagi semangat. Kata mereka, nie ujian untuk Mek Tie. Ada kegembiraan disebalik kecelaruan ini. Hahahahaha. Bersabarlah untuk semester akhir nie. Insyaallah. Alhamdulillah, Mek Tie ada kawan-kawan yang baik dan prihatin sesama sendiri. Mek Tie bukan bersusah payah seorang diri, tapi mereka turut bantu Mek Tie.

Memikirkan waktu muda-muda dulu. Mek Tie pernah kata, matlamat Mek Tie bukan untuk masuk universiti dan Mek Tie tak nak masuk 'u'. Sekarang, Mek Tie dah semester akhir. Lihatlah. Allah sememangnya mengetahui apa yang terbaik untuk Mek Tie. Mek Tie bersyukur. :)



"Apa yang kita suka belum tentu mendatangkan kebaikan kepada kita. Oleh yang demikian, berpada-pada dalam menyukai sesuatu dan berpada-pada dalam membenci sesuatu".






Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.