Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 19 Januari 2012

Berakhirlah sudah SEMESTER 5

Assalamualaikum...

Hari nie Mek Tie dah habis exam.. Lega rasa. Maka berakhirlah SEMESTER 5.. Insyaallah.. Kalau tak ada ape-ape masalah semester depan semester akhir.. Balik kampung matlamat utama, cari tempak praktikum yang sesuai..Ha3...

Sekarang dah kul 9.59pm, Mek Tie kena kosongkan bilik cepat. Nanti tertinggal bas..




Selamat bercuti semua.






Positifkan fikiran,
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 14 Januari 2012

Perempuan wajib JAGA DIRI

Assalamualaikum..

Ini adalah pendapat peribadi Mek Tie. Kalau rasa tak berkenan, sila bagi teguran. Mungkin agak sensitif & Mek Tie tak belajar secara mendalam tentang kiasan & bahasa halus. 
***ADAKAH SESUAI TAJUK NIE??



Dulu, kini & selamanya Mek Tie rasa bila tanya pada kaum Adam "wanita macam mana yang kamu pilih untuk dijadikan ISTERI?". Mek Tie pasti kebanyakannya akan jawab "wanita tue baik, pandai masak, tak terlalu sosial, pandai jaga diri dan yang paling penting pegangan agamanya kuat [dalam erti kata lain budak jurus] cantik adalah satu bonus". Nie jawapan paling ringkas dan padat. Cantik adalah satu bonus bagi pemahaman Mek Tie ada 2 maksud. Pertama, memang dia tak kisah bakal isterinya tak lawa. Maksud kedua, cantik adalah satu bonus merupakan kata-kata untuk cover tanggapan orang lain padanya. Dalam sesetengah situasi la. :)

Kini kan, gejala sosial memang kronik pada pandangan Mek Tie. Ada ilmu tapi tak beramal dengan ilmu yang ada menyebabkan sesetengah pada kita hanyut dengan nikmatnya dunia. [Ayat Mek Tie nie ibarat pukul bola ke dinding, melantum balik ke Mek Tie]. 

Maruah pada Mek Tie amat penting. Perlu ada pada landasan yang betul setiap masa. Jika tercalar dengan perkara-perkara tertentu, pasti meninggalkan kesan yang agak lama. Orang perempuan. MeK Tie risau. Jika kita lalai sikit aje. Padah. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis orang laki nie. Bukan Mek Tie kata orang laki nie semuanya jahat. Sama sekali tidak. Segelintir daripada mereka. Dan kita orang perempuan nie pun tak semuanya baik. Kan sayang kan.

Kawan Mek Tie kata "nampak baik pada luaran, tapi dalaman belum tentu baik seperti kata-kata yang dituturnya". Ye Mek Tie akui. Dalam sesetengah situasi memang macam nie.

"Jika ingin membimbing wanita 'jangan pernah 
ungkit kisah silamnya' kerana kisah lalu adalah 'kekurangannya' dan kisah yang baru adalah penghijrahannya..."

Ayat nie Mek Tie petik dari salah seorang sahabat (lelaki) dalam Facebook Ustaz Azhar Idrus. Kalau semua lelaki boleh berfikiran macam sahabat nie, Alhamdulillah. Tapi hakikatnya, susah nak jumpa. Mek Tie suka orang yang boleh bertolak ansur. Bukan ikut kata dia je kan..

"Seorang LELAKI yang baik, dia pasti akan 
membimbing PEREMPUAN yang disayanginya 
agar lebih baik.. Bukan MENGHANYUTKANNYA"..


Dulu mase sekolah. Ustazah selalu cakap "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya". Kebanyakannya begitu la. 


Kesimpulannya di sini, jaga diri. Jaga maruah kita. Maruah zahir dan batin. Manusia nie boleh buat beribu-ribu tanggapan pada kita. Sebab mereka takkan pernah rasa letih untuk perhatikan kelemahan orang lain. Kuatkan diri. Kuatkan diri. Untuk dapat orang baik sebagai pasangan kita. Ayuh! Berubah. Cabaranya adalah untuk kekalkan perubahan tue je. Istiqamah. 




[Mek Tie cakap macam bagus je, walhal diri sendiri hampeh!! Terlalu banyak bunyi tak guna kan kan kan..]





Positifkan fikiran,
Sekian, terima kasih.

Isnin, 9 Januari 2012

SiTi AzIz: Aku dah berumur 23 tahun

Assalamualaikum..

890109-**-****

Alhamdulillah. 23 tahun umur Mek Tie hari nie. Ikut kelendar Masihi la. Hari nie hari Isnin. Hari nie kul 2.30pm Mek Tie exam tuk paper ke 4. 

23 tahun. Ape pencapaian yang paling tinggi? Tak tahu. Dapat masuk 'u' ke? Orang lain pun masuk 'u' kan. Biasa saja. Setakat nie tak terlakar apa-apa yang boleh dibanggakan. 23 tahun nie satu jumlah yang besar. Rase macam minggu lepas Mek Tie tingkatan 4!! Hahahahaha

Setahun demi setahun. Sekejap je kan mase  berlalu. Bertambah umur pada Mek Tie ibarat bertambah la nilai akaun sebelah kiri. Ape pun, cuba-cuba untuk kurangkan jumlah ini dari terus meningkat. Berlagak baikkah? Hepokrit kan. Biar la ape pun. Biar hepokrit mulut, jangan hepokrit hati. ^_^.

23 tahun. Kawan-kawan baik Mek Tie dah kawin. 3 orang dari 5 orang. Tinggal Mek Tie dan sorang lagi. Always fikir soal kawin nie, tapi kawin nie agak berat kalau diri sendiri tak bersedia dari segala segi. Fizikal, mental, rohani, jasmani, persediaan ilmu. Ilmu dari pelbagai aspek. [Cis!! tetibe muncul soal kawin] tak mengapa. Niat baik dapat pahala. Insyaallah.

23 tahun. Matlamat Mek Tie ape? Matlamatku, nak sentiasa kelihatan muda. Muahahahaha. Walaupun usia dah tua. PERCAYAKAH ANDA, usiaku sudah 23 tahun??? Mane gambar Mek Tie. Hahahaha.


Hehehe.. Baru dapat pagi nie.. 10.01am.. Time kasih..
Semua pelajar  u, poli, pra-u dan lain2 dapat kan.. ^_^V





Ya Allah, berkatilah hariku.
Berkatilah jiwaku.
Berkatilah jiwaku.
Ya Allah, berkatilah jiwaku.







Okey, sampai disini saja.
Merapu sentiasa.






Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 5 Januari 2012

Mana MOOD belajar?

Assalamualaikum..

Semua dah sedia maklum la kan, sekarang nie musim EXAM kat mana-mana institusi pengajian tinggi. Termasuk la budak huduh a.k.a Mek Tie nie. Exam start tahun lepas lagi. 31 Disember 2011, berlarutan sampai tahun nie. Hehehehe.

Kenape mood study macam haram je nak menerjah otak dan sanubariku ini. Mungkinkan pendengaran, penglihatan, hati dan perasaan (cewah!!) dah lama tak termotivasi. Tak de orang yang nak membebel berterusan. Bebelan amat penting. Mungkin cara berfikir tak sama, sebab tue la jadi macam nie. (berkias tahap dua). 

Semester sebelum nie, amnya semester 4 & 3 serta 2, memang kena bebel tahap kental. Hu3. Kadang-kadang ada yang berpendapat bebel nie menyakitkan telinga, menyakitkan perasaan. Tapi hakikatnya, disebabkan bebelan itu kita jadi sedar diri, belajar dan belajar. Sekarang, ape yang jadi? Masyaallah. Sia-sia gitu je masa. Kurang pengisian rohani nie.. http://www.emocutez.com

Hepokrit kan hidup nie. Sentiasa nak bergantung pada orang lain. Tak banyak. Tapi perlu juga bergantung pada kelebihan orang lain. 

Ape MOTIF Mek Tie nie?

Mek Tie tak semangat nak membaca. Entah la. Semua rasa sia-sia. Dah buat ape yang patut. Tapi semangat tue tak datang. Saja je kan. Hahahahahahahah. Semua nie akan jadi BAHANA untuk sem depan. Hu3. 






Tue je la setakat nie. Still jugak status entry kosong. Sorry.
Terima kasih baca entry kosong nie.






Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.

Rabu, 4 Januari 2012

My FLASH Shoutbox

Assalamualaikum..

Kenapa sayang merajuk?? Jangan la merajuk EN.NUFFNANG ku sayang.. Hi3..

Susah tak bila shoutbox dah tak berfungsi lagi? Bagi Mek Tie agak susah la sebab tak tau kawan blogger mana yang singgah. Mek Tie tak leh nak jejak. Oleh yang demikian, mai lah kita sama2 menggunakan kotak pesanan baru ini. Mungkin ia dah lama wujud tapi Mek Tie aje yang tak tahu dan sekarang Mek Tie dah tahu.

Hahahaha. Maka dengan itu, jom kita buat akaun dan lekatkan kotak pesanan ini di blog masing2.. Insyaallah. Ingat yer kawan2. Untuk tujuan yang baik2 sahaja. Hehehe. Tujuannya adalah untuk kita mudah berhubung dengan orang lain di dalam maya ini. Ewah!! Ayat!! 

Ini linknya. My FLASH Shoutbox. Selamat mencuba!! ^_^V

Meriah kan kan kan!! ^_^V

Bila dah buat akaun tue, pandai2 la adjust warna mengikut citarasa sendiri. Hehehehe. Mek Tie buta seni. Tak pandai nak cantik-cantikkan blog nie. Buat sekadar yang mampu. Hehehehehe





Kredit untuk Kak Nas sebab Mek Tie tengok My FLASH Shoutbox kat blognya!! Woooohaaa \o/




Selamat Mencuba!!!





Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.