Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Isnin, 26 September 2011

Puas hati la ek??

Seorang saya bukan nak berlaku biadap!! Sama ada salah ingatan saya tentangnya @pun memang disengajakan untuk memberi masalah kepada seorang saya.


Untuk segalanya. Terima kasih dari HUJUNG RAMBUT hingga ke HUJUNG KAKI. Berselesalah dengan nikmat sekarang. Bersenang-senanglah. Langsung semuanya tak 'berbikas' dijantung seorang aku. Remember that one. 


"IBARAT BUNGA TAHI AYAM!!"












Saya orang yang 'busuk' i2. Hmm..
Sekian, terima kasih.

Sibuk Dunia

Assalamualaikum


Seperti yang sedia maklum, Mek Tie dah hampir 3 minggu mulakan semester 5 dalam erti kata lain semester pertama tahun akhir. Tekanan amat berbeza dengan semester lepas. Titik!!

Tugasan dah mula menjengah. Ilmiahnya, ada tugasan luar yang terpaksa ke negeri sebelah. Hi3. Agak2nya ada tak rezeki Mek Tie nak naik jambatan P.P?? Orang lain tiap2 hari duk ulang alik guna jambatan tue. Tak mengapa, itu orang lain dan bukannya Mek Tie.

Tugasan semester akhir Kelana Siswa. 6,7 & 8 Oktober nie Insyaallah kami akan berjalan sepanjang 50km lebih untuk melaksanakan peringkat akhir berkelana. Apa persiapan yang Mek Tie buat??

@Cari kasut khas tuk jalan atas tar. 50km tue, jalan kaki okey!
@Lampu suluh- penting sebab malam kena jalan kat kawasan bukit yang lori lalu n xda lampu jalan.
@Baju hujan- Penting!! Sekarang asyik ujan je.
@Ubat- Penadol sakit urat!!, minyak panas dan lain-lain.
@Tongkat- Buat pertahankan diri memandangkan kami hanya kumpulan kecil.
@Water bag!!- Nak tibai yang Ling-ling punya. Insyaallah.
@Losyen/Sunblock. Ha3. Bukan takut terbakau kulit, tapi langkah berjaga2 sebelum si hitam bertambah hitam. Ha3..


Ada apa2 cadangan untuk persiapan Mek Tie tuk jalan jauh nie. Ada tip berguna tak?? Mek Tie tak start joging pun lagi nie. Hu3.



Ape-ape pun. Doakan Mek Tie selamat. Amin







Malas nak cerita dah.


Sekian, terima kasih. T_T

Khamis, 22 September 2011

Ubah TEMA ^_^v

Assalamualaikum ^_^V

Buat darling. En.Nuffnang. I LOVE U!!



@ Mek Tie bersalin kulit. Ha3.
@ Kenape BIRU MUDA + PUTIH?? = Menenangkan. Muahahahaha [Gelak jahat!!]
@ Suka benda yang ringkas, + pink pun lawa kan!!
@Masih terfikir mcm mana nak hasilkan header yang cun melecun memandangkan Mek Tie TAK CUN?? he3







Suka keadaan sekarang. Nampaknya SEMUA ORANG BAHAGIA!! Alhamdulillah.. ^_^







Sekian, terima kasih. :)

Ahad, 18 September 2011

Sukanya Bila Dia Ceria

Assalamualaikum..


Mek Tie dop sihat sikit. Ha3. Tak da yang bertanya pun kan. Ewah!!.


SUKANYA BILA DIA CERIA!! ^_^. Sekian terima kasih!!. Hais, tak boleh titik lagi. Nak story sikit. Firstly, nak tanya. Apa perasaan anda bila orang senang hati dengan kita? Secondly, apakah perasaan anda bila orang tengok kita terus dia senyum?

Jawapan Mek Tie. Rasa BERTUAH. [perasan lobih eden nie!!] Sebabnya kita adalah manusia yang bisa buat orang senyum dan secara automatiknya kita akan rasa puas hati serta gumbira bila dia senyum dengan ikhlasnya. Macam mana nak tahu dia ikhlas senyum @pun tidak? Caranya, kesan dengan hati sendiri. Penilaian akal dan yang paling menjadi pandangan mata dia.

Percaya @pun tidak para pembaca coretanku sekalian. PANDANGAN MATA kita dapat tunjukkan apa sebenarnya yang kita fikirkan. Agak jarang individu yang dapat sembunyikan kesedihan yang dia alami dengan sinar matanya seperti tidak berlaku apa-apa.

Contohnya. Mek Tie nak bagi contoh nie. Ha3. Kita tanya dia "awak @ [panggilan manja, hahaahahahaha] sayang saya tak??". Dia jawab "saya [panggilan manja @ skema] sayang awak". Tapi mata dia cakap sebaliknya. Abaikan. Situasi mcm nie banyak DALAM NOVEL & REALITI. Ha3. Dan juga sebaliknya la situasi itu. Kalau kita harapkan orang itu ceria, kita jangan tipu dia tau.


Pengalaman tidak semuanya indah dan sweet untuk dikenang. Adakalanya, yang lebih pahit dari HEMPEDU itu lebih bermakna dalam hidup dan bekalan untuk masa hadapan. [Siti Aziz, 2011].


Mek Tie suka kalau orang-orang yang Mek Tie sayang gembira. [was-was. Ikhlas ke tidak??] Jawapan benar adalah IKHLAS. Bila kita ikhlas dan redha, KITA TAKKAN SESEKALI LEMAH UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI GETIR PADA KITA SUATU KETIKA DAHULU.

Untuk buat orang yang kita sayang ceria. Bagaimana?? Itu bergantung kepada individu. Itu abstrak. Ewah. Kena redha je la kalau dapat bakal bini segila Mek Tie. Ha3. [Ling-ling ok tak??]


:-) Ha3..'sepit rambut bunga2' dari oversea tue.  ^_^V


Yang sewel itu aku. Orang lain 'ayu'. Hehehehehe.
P/s orang kepada Mek Tie: Lebih baik dicintai dari menyintai. [Ape2pun, jika semuanya adalah elok pada pandanganNYA, jangan SESEKALI MENYESAL. Remember that!!]

P/s/s: Hargai dan ingatilah SESEORANG kerana KEBAIKANNYA pada kita. Itu lebih menenangkan HATI daripada dikenang kepedihan yang tidak SEBERAPA. [Siti Aziz,2011]

P/s/s/s: Buat ORANG SAKIT HATI lebih mudah daripada BUAT ORANG SENYUM!! ha3





Sekian, terima kasih.

Sabtu, 17 September 2011

P/s

Jangan terlalu banyak BICARA
&
Jangan terlalu banyak KETAWA.





***Suka-suka itu duka.





Sekian terima kasih.

Khamis, 15 September 2011

Hakikat i2 menyakitkan

Kerana




RUPA
&
ILMU











;(
Sekian terima kasih..

Selasa, 13 September 2011

[mood: tak tau nak kate ape]

ALLAH bagi aku jadi seorang yang KUAT
ALLAH bagi aku jadi seorang AKU
ALLAH bagi aku jadi manusia yang SEDAR
ALLAH bagi aku jadi seorang manusia yang BERJIWA BATU
ALLAH bagi aku jadi seorang manusia yang BERAIR MATA
ALLAH bagi aku sekeping HATI yang SEMAKIN MATANG
ALLAH hantar kepadaku SESEORANG
SESEORANG itu MENYINDIR aku secara halus
TEGUH wahai 'seseorang' dgn PERUBAHAN ITU
Sudah hampir TERTITIK langkahmu.
Langkah yang BENAR dan TIDAK PERLU menyesal.
Amin seorang aku untuk SEGALA KEBAIKAN buatmu.
:)







Tak layak aku untuk pertikaikan setiap aturanNYA. Sekerdil seorang aku tak layak untuk aku nyatakan bahawa seorang aku masih TIDAK BERNASIB BAIK. Masyaallah. KAU bagi aku sakit. Sakit dan teruji dengan cara tersendiri. :) Berbahagialah sekeping hati. InsyaALLAH. DIA permudahkan segalanya. Amin.






Berlalulah bayang dari hidup aku. Aku letih.
Terimalah aku, kerna aku seorang aku.
Yang terindah & yang terbaik hanya dariMU.
[perasaan LUCU tak pernah hilang] Ha3

Hikayat C.I.N.T.A

Assalamualaikum..

Pagi nie, Mek Tie masuk kelas AutoCAD. Kelas tiga jam. Awok-awok tentu tau ape itu AutoCAD kan-kan. Bidang yang takde kena mengena dengan SASTERA kan. Ha3. Ini hanya cerita dan cerita nie tiada yang tidak benar melainkan BENAR-BENAR belaka. Ha3.

Lec masuk. Dengan riak wajah yang agok SERIUS!!. Mek Tie selawat banyak-banyak. Ha3. Sebelum nie tak pernah belajar dengan beliau. Kali pertama katakan. Tempat duduk Mek Tie barisan depan dan betul-betul depan muka lec. Ha3.

Mula kelas. T/tangan kehadiran. Bagi nama, no.h/p, no. metrik & email @ fb. Tujuan??? Senang nak berinteraktif!!! Ha3. Beliau tanya apa itu AutoCAD?? Fungsi dan lain-lain. Biasa la tue kan. Budak-budak kelas pun jawab. AutoCAD ialah bla bla bla bla and soon la.

Lepas tue bermulalah kisah. Lec saya berjenaka. Sekelas ketawa. Kih3. Tapi yang tersiratnya CINTA YANG AGONG TIDAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN- kata lec. AutoCAD saya. Dua kali beliau ulang. Beliau pelik, kenapa orang dewasa seperti pelajarnya [yang masih bujang a.k.a belum kawin] terlalu setia pada pakwe dan makwe dia. Beliau kata lagi. Jangan terlalu setia, nanti diri sendiri yang akan terluka. Lebih kurang mcm tue la maksudnya. Ha3. Keadaan kelas masa tue memang dah kecoh dah.

Beliau bagi nasihat lagi. SETIA yang TERAMAT SETIA hanya kepada seseorang yang bergelar SUAMI @ ISTERI kepada kita sahaja. Ha3. Memang pun kan. Ada betui!! Mek Tie like 1000x. Ha3

Ops!! Lec Mek Tie nie lelaki tau. Mase tue perasaan Mek Tie mcm masuk kelas campuran. +sastera. Ha3. Tak mengapa. Orang tua bagi nasihat, orang muda kena dengar. Sebab mereka lebih dulu makan garam cuka belacan dari kami. Ewah.

Beliau kata lagi. [alamak!! Dah lupa la] Ha3..

'Seseorang' Mek Tie bagitahu. Jangan terima seseorang atas dasar kesian. Bukan dia je yang bagitahu Mek Tie gitu, diri Mek Tie sendiri pun fikir benda yang sama. Mek Tie ada baca satu ayat. Kita perempuan jangan jadi seorang perempuan yang memerlukan lelaki, lebih elok kiranya kita jadi perempuan yang lelaki perlukan dalam hidup dia. Mendalam maksudnya.



Ape pun. Orang kata semua itu boleh dipupuk.



Kesimpulannya, sila lah kukuhkan EKONOMI kamu. Selepas itu, KAWIN. Akan tetapi, BERSIAP-SEDIALAH untuk memikul tanggungjawab dunia dan akhirat. Ewah.







Sekian, terima kasih.

Ahad, 11 September 2011

Cabaran Baru T_T

Assalamualaikum..

Hari nie kelas pertama [4 kelas]. Kesimpulannya:






 Mek Tie nak pinjam riba. Hu3. Nak bersedu-sedan 30saat je. Hu3 T_T








Nak baham maggi sekarang. Cara untuk ubatkan resah y melanda hari nie. Hu3
Sekian terima kasih.

Sabtu, 10 September 2011

[tak tau nak boh tajuk ape]

Assalamualaikum.. T_______T


Selamat Hari Raya!! [SYAWAL kan sebulan ^_^V] 


Pagi tadi jam 4.35am sampai kat sini. T_T

Nak cerita sikit. [w/pun tak tau ada yang baca ke tidak, tak mengapa T_T]. Hari nie dah mula kelas pertama. Pukul 2pm tadi. Berkelanalah seorang aku untuk semester akhir. Sepatutnya sem 5 dah boleh rilex dari sebarang aktiviti pada hari Jumaat ngan Sabtu. Hi3.

Jumpa dengan kawan-kawan. Raya. Banyak cerita. Kena pindah asrama la dan macam-macam. Mek Tie rasa bersyukur kerna untuk 5 semester nie masih lagi sama keadaannya. Dpp, blok dan bilik yang sama. Tak perlu angkat barang-barang macam kawan-kawan yang lain.

Bila dah 3 kotak besar barang-barang berkembah dalam bilik, agak makan masa untuk kemaskan balik. Hmm. Agak terkilan bila terpandang barang-barang yang agak 'sentimental value' pada Mek Tie. Nak ku simpan kat planet mana semua yang ku kotakkan tadi. Nak ku pandang lagi, rasa ngilu. Hmm.. Biarkan. Ada semangat disitu. T_T

Cuti pun dah berubah. Xkisah la. Semangat tuk dapatkan result yang molek n baiki result yang sebelumnya sudah tertop-up. Alhamdulillah. ^_^V Tapi tak tau akan kekal sampai bila semangat yang ada nie. Insyaallah.

Nak tidoq awai. Esok kelas pepagi lagi. [tak da mood nak merapu, tapi tetap jugak nak hupdate]

Motif gambaq ini: Keadaan nyer masih ku kekalkan. Sebab, keadaan
spt ini y  membuatkan aku bersemangat. Woooohaaa \o/











Sekian, terima kasih.

Khamis, 8 September 2011

Bye2 BESUT

Assalamualaikum..

He3. Tajuk pun tak leh bla dah. Selamat tinggal BESUT.. Selamat tinggal [ma,adik-adik,adik ipar!!] Selamat tinggal kambing!! Selamat tinggal lembu!! Selamat tinggal ayam!! Selamat tinggal Itik!! Hahahahaha.. Yang kedua penting. Selamat tinggal kembar n ling-ling!! Ha3.. [Sungguh lebat hujan kat bandar petang nie] keh3. Merah itu cantik. Hehehehehe. ^_^V

Doakan Mek Tie selamat sampai ke destinasi malam esok. Insyaallah. Muka budak sayu nak tinggal buai kat pantai!! Muahahahahahaahhaah..

Muka budak tengah sedih. Hu3. T____T






Xtvt: erk!!!! [sendawa] bau k.c.f.. Kah3.. Thanks a lot.. Wek!!





p/s: Jangan bilang tidak..Bila kita belum mencoba..Sapa yang tahu akan sama..Hati mu dan juga hati ku..Banyak yang bercinta..Bertahun-tahun putus juga..Ku harapkan dengan dirimu..Walaupun singkat pendekatan..Cinta kita kan abadi.. lalalala..








P/s/s: dan yang terbaik selamanya bersama
akan kubagikan bintangku demi cintamu

Rabu, 7 September 2011

Penamat T_T

Assalamualaikum..

Cuti berbaki 2 hari. [Sila rasa gembira kepada mereka-mereka yang rasa selamat dengan berita ini]. Kah3!! Rasa sekejap aje masa berlalu. Awal-awal dulu duk membilang hari bila nak cuti sem. Sekarang membilang hari untuk mengadap tekanan semester 5. Sepatutnya semester 5 Mek Tie dah boleh rilex hari Sabtu. Hu3. Agak malang bila terpaksa berkelana untuk 1 semester lagi. Cover balik segala rilex-rilek mase semester 1.

Mek Tie pun dah start kemas barang-barang. Ingat dulu-dulu, kol 8.30pm naik bas.. Dua jam sebelum tue baru kemas barang-barang. Hu3. Sekarang berubah sikit, sebab dah terasa tekanan yang bakal mendatang. Bimbang otak kelu mcm yang lepas-lepas. Baik bersiap awal-awal. Hu3. Suka @ tak suka, Insyaallah setahun aje lagi. Kalau tak da aral. Amin.

Bila diingat yang lepas-lepas. Mek Tie rasa semangat belum tertop-up sebagai bekalan sepanjang belajar. Belum. Titik. Kenapa belum?? Sebab bebelan dah tak sama. Ape-ape je la kan. Hu3.

Bagi mereka-mereka yang bakal mengusung beg balik ke rumah no.2, selamat belajar dan selamat menitikkan cuti masing-masing. Hehehehehehe. Ape pun, buat yang terbaik okey. Ramai pulak junior sekolah yang dapat kat tempat Mek Tie. Muahaahahahaahha. Sedap panggil orang junior. Tapi memang betul la, saya senior!! Tahun akhir.!! Rasa syok je bunyi tahun akhir. Air mata berbaldi tumpah n berbuih mulut 'mereka' dok bebel kat Mek Tie tuk naikkan semangat belajar. Ha3. Base kita budok malas. Bace tunggu ore petuk!! Ha3.. Sabo je la..






Sekian saje kemerapuan kali ini.  T_T






Selamat Hari Raya!! Ampun Zahir & Batin..

Ahad, 4 September 2011

Kisah & Tragedi Malam Raya

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! 


Hari nie dah hari raya ke-5 kan..Kui3. Sekejap je kan masa berlalu. Cuti Mek Tie pun dah sampai ke penghujung. Rasa syahdu pulak nak balik Sintok. Besut nak ku tinggalkan tak lama lagi, beratnyer hati. Ewah. Tak pe, setahun saje lagi. Setahun macam-macam akan jadi kan.

Cerita pasal raya. Malam 1 Syawal tue, Mek Tie rempit dengan ma Mek Tie g bandar. Ewah!! ^_^V. Cari tudung raya la konon. Mase sampai tue, elok-elok je Mek Tie parking motor. Time nak balik, nak nangis rase. Manusia-manusia himpit motor kami!! Setengah jam duk tunggu. Dah la mase tue kawasan terbabit berduyung-duyung manusia. Entah datang dari mana. Semangat nak raya la katakan.

Tragedinya, Mek Tie selitkan hp dalam dompet. Ingat dah selit elok-elok. Pastu, angkat helmet dalam raga motor. Tiba-tiba, BEDEBUK!!. Adoi, hp Mek Tie dah tercuim tar dengan kejamnya. Aduhai. Dah sakit kepala. Ambik n tengok skrin hp Mek Tie dah jadi macam tikar mengkuang!! Petak-petak. Hu3. Sedih-sedih. Housing dah calar balar. Sayang nyer. Raya ketiga, hantar kedai. Harapnya, sebelum balik Sintok dapat balik hp Mek Tie yang satu tue. Ape?? Oh, hp ape ek?? Hahahahaha.. N3310 je.. Keh3..

Raya pertama, Mek Tie g rumah mak sedara belah kiri kanan. Lik jatoh, lik naik, lik hulu n lik hilir. Hahahaha. Pastu bergabung dengan geng-geng sekolah pegi beraya rumah kawan-kawan. Nak beraya kat rumah tok. Mek Tie dah tak de tok. Semua dah tak de. Jadi, sekejap je la Mek Tie beraya dengan keluarga.

Ling-ling jemput, dan bergabung dengan geng-geng asrama mase zaman Mek Tie sekolah. Best la. 11 lelaki, Mek Tie sorang je puan. Ha3. Gila. Orang lain tak dapat join. 

Raya kedua, beraya lagi. Pegi rumah ayah angkat pada Mek Tie. Beliau la yang g hantar Mek Tie mase mula-mula masuk u dulu. Hu3. Orang lain mak ayah abang kakak adik g hantar. Mek Tie pulak, terpaksa menumpang kasih. [gurau je] Ha3.

Kesimpulannya, raya kali nie, berbeza dengan tahun lepas. W/pun tak dapat hijau-hijaukan diri mcm Ling-ling n Ling-ling pulak tak dapat kokopink kan diri same mcm Mek Tie. Mek Tie tetap gumbira. Ha3. Time kasih kat kawan-kawan jugak. Xcomel wajah tak mengapa, jangan xcomel hati. Mek Tie tak comel wajah dan tak comel hati. Hu3. Tapi bersyukur sebab Mek Tie sempurna fizikal. Alhamdulillah. 


Kredit untuk Ecah!! Woooohahaahahhahha.. \o/

 [Mek Tie, Cik Enun, Cik Seh, Cik Ecah, Cik Aza n CIk Farah]

 [Cik Ejo, Dek mat n Mat Yie]

 Geng sepoting!!

Kat rumah seh!! Muahahahahahaha..

 Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin tuk semua.