Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua!!

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Seseorang insan akan terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim). Solusi 33 m/s 60.


Selamat Hari Raya- Maaf ZAHIR & BATIN

Insyaallah, jika diberi kesempatan olehNYA kita akan menyambut AIDILFITRI dua hari saja lagi. Rasanya tak terlalu awal bagi Mek Tie untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir & Batin untuk semua yang mengenali Mek Tie amnya. Ewah!! ^_^V

Bagi diri Mek Tie sendiri, pertamanya Mek Tie mohon maaf. Dari kesalahan yang sebesar zarah hinggalah kesalahan yang besar. Sebesar-besar kesalahan. Xdapat nak nyatakan nama-nama individu secara terperinci. Tapi kalau jumpa insyaallah Mek Tie mohon maaf secara peribadi. Tak semestinya tiba raya baru nak mintak maaf. Kan3.. T_T..

Buat keluarga utamanya. Buat cikgu-cikgu keduanya. Buat kawan-kawan. Buat kawan-kawan alam maya nie. Buat mereka yang baca ruangan Mek Tie yang ternyata tak pernah ilmiah. Merapu meraban. Kalau terasa hati, bagitahu Mek Tie. Sebab Mek Tie tak tau sape yang terasa hati dengan Mek Tie. 

Buat Ling-Ling Mek Tie!! Ewah.. "saya baca Cara Untuk Putihkan Ketiak" sambil ketawa. Nampaknya kena tukar link nie. Baru Ling2 tak dapat kesan kat mana Mek Tie merapu. Keh3. Selamat Hari Raya untuk Ling2.  [betul ke Mek Tie cuma ada setahun lagi untuk main-main?? hahahahahaha]. Betul la, kang cuma ada 2sem je lagi. T_T Okey, abaikan..



Selamat Hari Raya SEMUA!! 



Peringatan:

1- Sila didik diri anda untuk BENCIKAN MERCUN.
2- Sila berhati-hati dijalan raya.
3- Sila lakukan pemeriksaan keatas kenderaan anda sebelum pulang ke kampung.
4- Sila pastikan DUIT RAYA CUKUP UNTUK AGIHKAN KEPADA MEKTI RAKYAT JELATA ^_^v






Mek Tie akan ingat pesan Mok Sah. Kali nie akan lebih berhati-hati.

Isnin, 22 Ogos 2011

Cara Melegakan SAKIT KEPALA

Assalamualaikum..


21.08.2011 Mek Tie kehilangan seorang insan yang Mek Tie dah anggap dan hormat mcm ayah sendiri. Al-Fatihah. Mek Tie dah rasa kehilangan orang y tersayang 7tahun lepas. Tak terlawan rasa sedih yang lain sebab kita dah lalui kesedihan yang dasyat. Hmm.


Mek Tie rasa sangat bertuah kerana dikurniakan olehNYA tubuh badan yang sihat dan agak jarang jatuh sakit. Tapi entah kenapa kelmarin tubuh agak terganggu kenormalannya. Ewah. Ayat!! Ha3. Tapi betul la. Mula dari sahur dah rasa tak sedap badan, kemas rumah mcam biasa, siap bako sampah kayu kayan tepi rumah lagi. Kepala berdenyut. Tetap jugak egokan diri xmau telan obat w/pun keadaan memang mengizinkan. Ha3. [Orang perempuan, biasa la!! Woooohaaaaaa!! -_-" ]. Sebabnya memang Mek Tie tak ajar tubuh Mek Tie lega dengan ubat.

Dalam kul 3pm, terima berita sedih diatas. Lepas tue sakit kepala mula balik lepas lega sekejap bila tubuh tersiram air telaga!! Sejuk!! Tetap juga berdenyut-denyut. [Nikmat sakit, Alhamdulillah]. Petang Mek Tie ke bazar. Ingat dah bawak Minyak Cap Kapak tue, rupanya tertinggal kat rumah. Sampai bazar, asap pun banyak. Asap ayam golek, kambing golek, itik golek, ikan bakar n etc la. Ha3. Xberani nak masuk dekat. Asap tersebut menyenakkan kepala Mek Tie lagi.

Sampai rumah. Berdenyut!! Berbuka. Menakjubkan!! Mek Tie makan sikit je. Hehehehe. Berdenyut!! Makan tembikai yang sedap. Waaaaaa!! Lepas bersiap nak g rumah arwah, berdenyut lagi. Nak telan Panadol ActiFast, adik pulak tegur. "Eh, bukan ka mu makan timun [tembikai] takdi??". Mek Tie pun mengeluh. Hu3. Tahan je la.

Sampai kat rumah arwah. Okey jap. Xsampai setengah jam. Serang balik. Mohon diri tuk turun rumah. Ajak kawan pegi cari ubat dan telan. Hu3. Tewas juga. Xlarat nak tahan lagi dah. Ego dengan ubat, sakit melarat. W/pun hanya sakit kepala. Disini, Mek Tie sediakan Cara-Cara Untuk Melegakan Sakit Kepala. Ini yang Mek Tie buat dan petua dari orang-orang sekeliling Mek Tie sendiri. Mungkin anda semua dah tahu.

Pertama. Guna Minyak Cap Kapak. Mek Tie suka minyak nie sebab berangin [bukan sepoi-sepoi bahasa] ha3. Sejuk bila sapu kat kulit kita. Melegakan. Sapu di belakang tengkuk, belakang telinga dan hujung kening kiri dan kanan serta perut. Entah kenapa. Sakit kepala tapi Mek Tie akan rasa lega kalau sapu juga ubat kat bahagian perut. 

Kedua. Regangkan urat tengkuk. Macam mana nak terangkan nie ek. Buat la macam mana pun sampai keluar bunyi krak!! Lega lepas tue. Tapi jangan keterlaluan, patah juga tengkuk nanti. [Penambahan: bab regangkan urat tengkuk tu hati2... jg over pusing.. sbb kat situ ada saraf tunjang kite.. kite urat utama.. kalau tersilap gaya . lumpuh satu badan.. dah ada kes camni tau :) Dari Ukhti Syikin. ] Hati-hati ek. Mek Tie pun akan lebih berhati-hati lepas nie. Insyaallah. ^_^V

Ketiga. Mandi. Mandi nie, bukan main siram aje. Cara nie ustaz Mek Tie yang ajarkan. Basahkan badan dahulu. Biarkan wap panas badan kita keluar 2 3 minit lepas tue barulah basahkan rambut dan keseluruhannya. Kita amal tiap kali nak mandi la, baru dapat tengok kesannya. Mungkin kita akan terhindar dari sakit kepala. Masa mandi tue jugak kita hempuk-hempuk kepala kita dengan tapak tangan. Jangan pulak hempuk dengan TUKOL BESI!!. Ha3. itu bukan MELEGAKAN tetapi MEMATIKAN. Keh3.

Keempat. Urut kepala dan rambut. Bagi mengurangkan rasa sakit yang melanda, Mek Tie selalu juga buat mcm nie. Genggam rambut dan tarik ke atas dengan pantas. Ore kelate kata senjoh kuat. Ha3. Insyaallah lega. Paling teruk pun anda akan kehilangan rambut anda saja. Hi3.

Kelima. Telan ubat. Panadol ActiFast. Selain daripada ubat nie, Mek Tie tak tau ubat cap ape dah. Mungkin sesetengah orang dia ada ubat yang khas untuk legakan sakit kepala mereka. Mungkin tahap kesakitan yang mereka alami itu perlukan satu ubat yang khusus. Mek Tie nie hanya kesakitan biasa saja. Orang lain sakit kepala sampai ada yang berpeluh n guling2. Tersangat sakit. Tapi sakit itu nikmat. Jadi bersyukurlah.

Keenam. Jumpa doktor!! .

Penambahan lain. Ketujuh. Boleh juga gunakan Minyak Yuu Yee. Ukhti Syikin yang kongsikan. Mek Tie nak cuba juga. Lagipun minyak tue kan minyak bayi. Jadi sepastinya ia bagus. Insyaallah. Time kasih Ukhti!! He3.

Kelapan. Dari En.Awie. Tutupkan satu hidung bernafas dengan laju gunakan hidung lagi satu yang masih terbuka, lakukan gilir2 dengan hidung kiri dan kanan. Terima kasih En Awie.


Sekian, terima kasih!! ^_^V








En.Katak ajak Mek Tie cari PENGHUJUNG PANTAI. Ha3. Sampai mati pun takkan jumpa sayang oi!! Ha3.. ^_^

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bila S.A Menjala Roti!! He3

Assalamualaikum!! [Selamat bersahur hari yang ke-19 semua]


 Dari pagi kelmarin Mek Tie try nak buat new entry tak dapat-dapat. Ape kena dengan blogspot nie?? Hu3.. Pagi nie dapat. Alhamdulillah.. ^_^


Kali nie Mek Tie nak cerita tentang ROTI JALA. Alkisah. Tak tau berpunca dari mana, Mek Tie tergilakan roti jala. Sepanjang duduk kat u [kompem aku tak berjalan/melancong kemana-mana pun!] tak pernah Mek Tie jumpa ROTI JALA terjual di mana-mana cafe yang ada kat sana. Mek Tie pegi pasar rabu, tetap jugak tak jumpa kueh nie. Ha3.Hampir setahun yang lepas, masa Mek Tie join satu seminar kat Sungai Petani rasanya. Waaaa, ROTI JALA nyer sangat la sedap. [tapi hari tue memang dukacita sungguh hati ini, abaikan  -_-"] [sumber gambar: sini].

Masa nak balik cuti sem ari tue, sempat la Mek Tie menggoogle resepi ROTI JALA. Baca cara-cara nak membuatnya. Kali pertama nak buat sendiri nie. Excited tahap dewa. Ha3. [sambil mendownload lagu2 jiwang karat zaman dulu kala!!] Ha3. Dua tiga hari duk rumah, Mek Tie pakat dengan lanun-lanun yang ada nak buat ROTI JALA. Ha3. Semua bahan Mek Tie cari. Start la mengadun. Ma pun tak pernah buat medalah nie. Dalam resepi tue kata blend adunan nak kasi die lembut ke ape entah, Mek Tie blendkan. Ha3. 

Tiba time nak menjala. Orang guna kuali yang bakar burger tue, Mek Tie gi baham kuali yang ma goreng ayam!! Ha3.. Tak ape la kan. Kuali jugak mananyer. Yang penting ada gaya!! He3. Ma dah siapkan gulai ayam. Nak santap dengan roti nanti la. [sumber gambar: Pak Cik Google]

Setengah jam kemudian!!

"Adoi!! Bakpo tok jadi nie!!". Try lagi, lagi dan lagi. Dah nak pukul 10.30pm dah. Ha3. Yang penting semangat nak menjala tak pudar. Ewah. Ayat tue tak boleh bla dah. Menjala lagi, lagi dan lagi. 


Akhirnya, ma pun cakap. Sudah-sudah la. Buat aje LEMPENG dan makan dengan gulai tue. Mengalah la jugak. Ha3. Terima la hakikat yang diri sendiri tak reti masak. Keh3. Berakhir malam tue dengan tragisnya. ROTI JALA ku disumpah menjadi LEMPENG. He3.
[Sumber gambar: sini]


Tunggu adik Mek Tie balik raya nanti nak buat sekali lagi. Masih jugak tak serik. Ha3. Dasyat. Kalau jadi lempeng lagi. Redha je la. Baik beli kat pasar. Ha3. Dah tengok video kat YOUTUBE. Cara nak menjala dengan betul. Kalau berminat boleh la tengok sini, sini dan juga sini.


Bila dah tengok satu persatu video kat Youtube, rase malu kat budak-budak. Ha3. Tak pe la kan kan kan. Yang penting Mek Tie try. Hi3. Bagi percubaan kedua, harapnya menjadi. Nak kawin dah nie!! Hahahahaha. Bohong!! T_T..


Kesimpulannya: ROTI JALA Mek Tie yang pertama GAGAL!! Ha3





Hal lain: Terawih malam Jumaat yang 'indah' di sini ^.. Time kasih awok!! [versi lembut] hehehe..

Selasa, 16 Ogos 2011

Ternyata Indah

sumber gambar : sini


Sucinya dirinya tersangat berbeza 
Terciptanya dia tersangat indah
Sangat sukar untuk seorang aku melangkah
Berpaling pada yang lebih indah
Dia penyembuh dan DIA Maha Penyembuh
Tak mampu melawan indah
Tapi dia tidak merendah
Masih juga dia melangkah
Untuk menawan sekeping hati yang tertitik sudah.









:- Gagak yang tak berupaya menjadi merak. Sekian terima kasih. 






Hal lain: Doakan agar "saye nampak awak.... dalam mata saya".

Isnin, 8 Ogos 2011

Tanda HATI makin BERBUNGA ^_^V

Assalamualaikum..


Sayang kat darling saye..En.Nuffnang!! I lap u.. Hehehe..

Selamat berpuasa semua. Entry masih lagi jugak merapu. Tak berupaya melahirkan entry yang berkualiti. Tapi Mek Tie berusaha untuk melangkah nie. He3. Melangkah dengan cara tersendiri. Bajet bangat ayatku itu.

Kali nie kita akan bentangkan beberape item/ciri-ciri HATI MAKIN BERBUNGA. [kompem,xdak kaitan dengan Mek Tie!! ^_^V] Ha3. Bila anda rasa mcm Mek Tie tulis nie, mungkin ada persamaan la tue. Ha3. Masih jugak tidak ilmiah. Okey. Mempersembahkan!!  


Pertama, berdebar-debar. Bernafas bagai tak lepas!! =) Jika dulu, tengok biasa saja. Pandanglah lihatlah and bla bla bla. Tak rase ape-ape pom. Tiba-tiba, kini bila ku [contoh!! hahahaha] melihatmu. Usus, jantung, hati, limpa dan sewaktu dengannya terasa ada getaran. Ewah. Nadi makin laju dan terpaksa menghempuk dada sendiri bagi mengurangkan tahap debaran itu. Ewah!! Ha3. Berdebar-debar bila ada orang sebut dia [she or he]. Berdebar-debar bila dia ada kat depan mata. Perh!! Dasyat debaran itu. Sungguh tak baik. Sungguh tak baik. Hehehehehe.

Kedua, mula terasa segan dan malu. Kalau sebelum-sebelum nie, makan gaya bebas depan dia langsung tak malu. Cakap dengan volume paling tinggi, tak terasa ape. Baling-baling kapur dalam kelas [contohnya], rilek je. Tak malu. Tak segan dan tak de pun rasa silu. Ewah. Kini, tiba-tiba terasa segan. Terasa malu dan terasa silu. Kenapa?? Penyakit hati melanda. Cakap kena guna orang tengah. Jadi pemalu dengan memdadak. Hahahahaha. Sikap asal tak pernah berubah cuma dikurangkan sedikit kekasaran dalam diri. Makna kata control ayu. Hi3. Tapi, tetap jugak cerita. A [she]: Eh!! Tadi kankankan, saya panjat pokok rambutan. Hehehe. B [he]: Hahahaha, awak nie. Pokok rambutan tak pe, dahan banyak. Jangan  pulak pokok nyiur. Tapi, kalau saya ada kat bawah pokok tadi pasti saya tebang pokok tue. Ha3.

Ketiga, kau aku mung/mu berubah menjadi saya awak [versi lembut]. A: "Mung nok g mano tue??" B: "Aku nak g beli makanan, mung nok kirim gapo-gapo ke??". Setelah dijangkiti penyakit. A: "Awok nak g mane tue??" [sambil malu-malu kuceng]. B: Saye nak g beli makanan nie, awok nak makan ape?? Saye belanje. [sambil tersenyum simpul]. Hahahahahaha. Fenomena ini sememangnya biasa berlaku kepada insan-insan y dalam hatinya mula wujud taman!!

Keempat, berteknologi 24jam!!. Ewah!!! Nie paling cun. Dah boleh hafal kol berape ling-ling akan hantar mesej, call n etc. Celik mata, gap!! Capai hp dulu. Dengan harapan ada mesej @pun missed call. ^_^V. Tak dengar suara, tak lalu nak makan nasik. Tak lena nak tidor. Bersms sepanjang masa. Kalau dulu, hp ada ke tak de ke. Tak jadi masalah. Kalau pergi bandar terlupa nak bawak hp, tak jadi masalah. Kini!! Hp wajib dipegang sentiasa. Tanya khabar, bincang tentang masa depan n bla bla bla. Berlarutan sampai nak tidor pulak. Hi3. Walaupun lambat balas, yang penting sentiasa berhubung. Rindu awak!! Zap!! Terus call insan tersayang. Walaupun hakikat masih lambat dibalas kerana tuntutan rutin tapi hati tetap jugak berdegil untuk sentiasa tahu mengenainya. Ewah!! 

Kelima, buat-buat terserempak ^_^V. Pergi pasar malam, keluar bandar, lalu kat tempat kerja, lalu kat depan rumah si dia [she or he]. Tak nampak tuan punya badan pun tak mengapa. Dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Dah jadi ubat rindu. [katanya!! ha3]. Bila pergi pasar asing-asing. Tutt!! Tutt!! Mesej dari Si A: Awak duk kat mane?? B: Kat tengah-tengah pasar. A: Nanti saya cari. B: Kalau ada jodoh pasti akan bersua. [Ewah!!] hahahaha. Tiba2. 30meter didepan Si A. Si B muncul!! Waaaaa, ada jodoh neh!! Ha3. Kebetulan yang tak disangka. Hati masing2 berbunga lagi!! @pun lalu lalu kat jalan yang biasa dilalui oleh Si A @pun Si B dengan harapan dapat tengok dia walaupun sesaat.

Keenam, kita sedondon !! Janji nak jumpa tapi tak pernah janji nak pakai pakaian warna ape. Disaat bersua, 2 2 pakai baju warna sama. Ai, mcm dah janji pulak. Hati makin berbunga. Hi3. Ayat.. Mak oii!! Bila dah macam tue, buat-buat tak tahu je. Bila dah balik rumah masing-masing. Bersms. Kebetulan, warna same hari nie. Keh3. Memang warna tue feberet awok ek?? Disoalnya. Jadi tak matang dengan tiba-tiba. Hi3





Apepun yang terjadi. Berjalanlah tanpa henti. Ewah!! Lagu tue. Jangan penat mencari, pasti akan kau temui. Insyaallah. Tapi hakikatnya ada yang rasa perit untuk mencobanya. Diakui sepenuhnya. Malah berusaha untuk mengelak walhal sendiri merasai hakikat hatinya semakin berbunga. Menidakkan keadaan itu dengan harapan apa yang terjadi dulu-dulu takkan lagi berulang. Tak mau pisang berbuah dua kali. Istilah yang tepat la tue. Ewah. Hi3.






Lain-lain hal: Berusaha menidakkan w/pun itulah hakikat. T_T