Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan yang Ku Tunggu

Assalamualaikum

[sumber gambar: Pak Cik Google]

Rasa baru je Ramadhan yang lepas berlalu pergi. Esok [Insyaallah] Ramadhan menjelma lagi. Perasaan?? Sangat bersyukur dan rendah diri. [tak kesah la kalau ada manusia nak kata Mek Tie hepokrit]. Setiap orang ada zaman-zaman manis pahit tawar kelat masing2kan. Ha3. Mase zaman sekolah dulu, time puasa best. Rejab, Sa'aban dan Ramadhan.

Why best sangat?? Sebab dapat buka puasa ramai2. Sorang baca doa. Yang pasti lelaki la. Ha3. Time solat terawih pun suka. Imam dikalangan pelajar sendiri, tak pun ustaz. Mcm 1 keluarga. Petang-petang tadarus. Banyak aktiviti bersama. Walaupun umur time tue baru 17 tahun tapi nampak matang. Ewah. Kecuali aku la. Still like a budak-budak. Tak besau2. Eheh.

Dalam ramai2 imam dikalangan kengkawan sendiri tue aku sangat suka dengan sorang nie. Kat luar punyalah dingin perangi dia. Mcm anti perempuan. [yeke??]. Tapi bila dia jadi imam @pun bilal, semua tanggapan orang pada dia hilang. Ewah. Nak dengar dia mengaji, nak dengar dia azan, nak dia jadi imam. ^_^V. 

Nie puasa yang ke 7 tanpa arwah En.Abd Aziz. =). Semakin terbiasa sebab hari2 seterusnya pun keadaannya akan begitu. 

Sempena datangnya Ramadhan al-Mubarak ini, selamat berpuasa buat semua blogger dan mereka yang singgah [aku tahu dan aku tak tau sape =) ]. Semoga bulan ini kalian semua dikurniakan berjuta rahmat dariNya. Jangan buat tak kenal masjid pulak yer. Buat En Katak yang baik. Selamat berpuasa yer. Terlalu obses die dengan gaharu. Hahahahahahaha...Jangan saman aku ye ling-ling. Buat ex-penasihat juga. Selamat berpuasa. Halalkan lai chi kang kamu yang pernah saya minum dulu. [joke] Ha3. Dia terlalu bz untuk singgah kat sini. Kompem. -_-" Huhuhu..

Blogger kesayanganku, ewah. Ukhti Syikin, Mr.Iz, Amir, Apik, En.Ayie, En.Awie dan Cik Ida. Selamat berpuasa dari Mek Tie. ^_^V. Dan blogger yang lain juge. 











Hal lain: Betul kata kamu. "jangan riak dengan kelebihan sendiri". Saya akan ingat sampai bila2. Dimana kelebihan seorang saya sedangkan penilaian kamu pada saya kiranya hanya dihujung kaki tak terlawan dengan mana2 insan yang kamu kenal. Dulu, kini dan selamanya. Membelek kembali hal yang lepas, membuatkan hati seorang aku y kini tenang kembali ngilu dan berdarah. Perit. Tak mau lagi bergurau metro m/s 3. Perit. =(

Khamis, 28 Julai 2011

Caraku,,Caramu jua -_-"

Assalamualaikum..

Entry kosong lagi. Kali nie Mek Tie nak kongsikan ape yang Mek Tie buat jika Mek Tie pegi jalan2 ke belog @pun tanah2 online ini -_-". Mek Tie nie bukan blogger famous pom. Orang tak kenal pun. Ha3. Jalan2 nak tambah jumlah kawan2 online je. Orang lain tak kenal Mek Tie tak pe yang penting "orang-orang" kenal Mek Tie yang pendiam ini. [sila jangan percaya]. Ha3.

Perkara satu. Baca entry. Entry nie kan pada pendapat Mek Tie nie satu benda yang datang telus dari pemikiran penulis. Hi3. Nak buat entry w/pun berbentuk peribadi amat sukar nak luahkannya secara bertaip. Ewah. Jadi, kita baca. Yang baik, kita boleh guna sama. Ikut citarasa masing2 la. nie pendapat Mek Tie yer. ^_^V. Lepas baca tue kalau rajin tinggalkan komen. Kat belog Mek Tie nie ada beberapa orang yang rajin tinggalkan komen. Mek Tie amat menghargainya. Perasaan bila orang komen tue mcm "ummmm sedapnyer anggur nie".. Lebih kurang mcm tue la. Balas balik. Hehehe... Adab berkawan. Eceh. 

Perkara dua. Comment entry. Sesetengah blogger akan hadkan siapa yang boleh komen kat blog diorang. Macam Mek Tie jugak. Hadkan untuk mereka yang sanggup sign in blog Mek Tie dengan email mereka. Sekurang2nya Mek Tie boleh tahu ape nama pengkomen tersebut w/pun dia gunakan nama samaran Pendekar Penyu, Katak Comel, Musang Berjanggut, Ubi Kayu, Kapur Orang Mati and etc lah. Tiada istilah komen tanpa nama. Hi3. Untuk komen, perkara pertama mungkin anda perlu follow belog diorang dulu. Tiada paksaan untuk follow ataupun tidak. Sila berfikiran terbuka. Hi3. Mek Tie akui, setakat nie Mek Tie tak pernah jumpa apa2 kemudahan yang boleh kita kesan siapa orang yang sebenar follow, baca, lawat belog kita secara terperinci. Macam, klau kita pasang alat pengesan tersebut kat belog kita...alat tersebut akan kesan dari mana pelawat datang, kampung mana n bagi alamat terus. Hi3. IP address tue tak terperinci lagi rasanya. Mek Tie bukan pakar sangat bab2 I.T nie. Masih kesamaran. Kui3

Perkara tiga. Tengok tarikh n masa update entry. Kalau belog tue belog yang selalu Mek Tie jenguk, Mek Tie akan tengok entry paling akhir n entry yang sebelum2nya. Mana tau terlepas pandang dari membacanya. Masa n tarikh nie biasanya kita boleh tengok kat bahagian paling atas entry. Kedudukannya kiri ataupun kanan. Ada disertakan tarikh dan masa serta hari update. Dengan merujuk tarikh tersebut, maka kita akan tahu "oh,dah lama dia update entry nie". Maka, kita bukan orang pertama yang membaca entry tersebut. Hi3.

Perkara empat. Berkunjung berulang kali. Bila Mek Tie dah selesa dengan penulisan blogger tersebut yang ternyata ramah @pun memiliki ciri @pun daya tarikan yang tersendiri maka Mek Tie tak kan segan silu untuk berkunjung buat kali2 yang seterusnya. Hi3. Ada yang mek Tie baca tanpa komen n komen.

Perkara lima. Tinggalkan pesan kat shout box. Nie semua orang tahu. Senang tuan rumah nak jejak kita nanti. Ha3. Best rupanya jalan2 kat belog nie. Bila baca lawak2 yang ada, gelak mcm nak pecah perut. Suka tengok bahan2, gambar2, baca pengalaman2 orang. Kui3. Suka!! \o/




Best nyer kalau kita dapat tahu sape yang singgah kat belog kita kan, tapi sayang xde kemudahan mcm tue. Ha3. Kalau orang follow guna email yang kita tak pernah tengok + guna mana samaran, kita tak boleh kesan siapa dia yang sebenarnya. Teknologi2. Ha3. Tapi Mek Tie yakin, "orang2" tak pernah membaca ruangan ini. Amat yakin. 







^_^V




Anak dara meracik pandan,
Ditumbuk bawang lesungnya batu,
Kasih dan cinta bukan mainan,
Biarlah masa jadi penentu.

Isnin, 25 Julai 2011

Kembali ke "TEMPAT ASALKU"

Asalamualaikum..

Orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja. Ewah. Memang sentiasa dikenang pun. Alkisah. Seorang aku dijemput rakan sekolah untuk sama2 menjayakan kem di sekolah lama. Khamis, jumaat dan sabtu lepas. Hanya sebagai fasilitator sampingan sahaja watakku. Dengan berbekalkan ilmu yang tak seberapa nie, ku kongsi la sikit2 dengan junior2 sekolah lama. 

Sebahagian dari peserta KEM BISTARI SOLAT
Paling tak tahan, depa semua panggil aku "cikgu". Perh, aku bagitau mereka. Aku mengaji kat u bukan ambik pendidikan. Biasa2 saja, tapi bila dah 40x duk ulang mungkin rezeki untuk jadi cikgu tue ada. Ha3. Amin untuk yang baik2 kataku. Mereka semua kiut miut dan sempat lagi pesan kat aku "nanti kalau cikgu tie nak kawin, mai la jemput kitaorang". Ha3. Tergelak aku. Nak kawin ape nyer, calon pun tak da. Abang ada abang. Bagi kat Cikgu Tie sorang. Ha3. Dengan budak2 tingkatan 1 nie, sambil2 mengajar sambil2 belajar sama. Insyaallah, yang baik harapnya diorang dapat ingat dan dengan harapan ilmu yang aku sampaikan itu tidak terpesong. Insyaallah.

Nie abah mek tie. Okey, tipu je. Ini Cikgu Shah.
Jangan ditenong pak cik nie, cuma tatap baby  yang comel itu sahaja. -_-"
Hari khamis tue aktiviti suai kenal je rasa. Istimewanya aku dapat bersama kembarku. Hua3. Itu yang best sebelum dia jadi hak orang. Ewah. Bila masuk ke sekolah lama nie, bertandang pula kat asrama yang beri 1001 kenangan pada aku dan fesi2 yang lain. Terasa mcm aku balik ke zaman sekolah dulu. Masyaallah, indah nyer kenangan tue. Hari jumaat ada BBQ. Teringat tahun 2006 dulu dengan kawan2 asrama yang lain sama2 masak ketupat nasi sampai kol 5am untuk Majlis Maulidur Rasul. [ada kenangan y amat indah waktu i2, thanks KU YA]. He2.

Pok Loh yang besar bersama Cikgu Shah. [barisan fesi lelaki]
Pasal kem nie aku enjoy la jugak sebab dapat bersama2 dengan kawan2 lama. Jumpa dengan cikgu2 sekolah. Diorang masih cam aku dan Insyaallah aku takkan lupakan jasa2 diorang. Orang kuat?? tentu saja Ariff. Ha3. Time kasih Cikgu Shah sbb snap pic sepanjang kem tue. Ewah!! ^_^V

Ariff dan Amir ^_^V




Sekian sahaja untuk aktiviti sewaktu cuti sem ku kali ini. Time kasih untuk baju yang cantik ini. Ewah.







Hal lain: Kambing boleh KAWIN dengan katak tak??? -_-"

Sabtu, 23 Julai 2011

Darah Suamku -_-

Terbina gah jeti merah
Tersenyum indah keriangan menyapa
Alangkah indah kiranya berkekalan
Umpama ombak laut dan pantai..

Terbina gah si jeti merah
tanpa kerisauan laut yang masin
berkhidmat setia buat bot yang menyinggah
umpama mentari bulan menyinari bumi..

Terbina gah si jeti merah
Tanpa gundah hati bermegah
Anai-anai takkan mengusik sudah
Umpama besi takkan berkarat lagi..

Terbina gah si jeti merah
Usang menyua hari ke hari
Usah dikira tapakan yang meninggah
Bot yang menyinggah perlu dihargai

Usang terbina si jeti merah
Sepi bertaut gundah berkait
Andai ini nasib penyudah
Siapa si jeti hendak melawan ketentuan Ilahi

Gundah nasib si jeti merah
Bot berlabuh memandang sepi
Sauh diangkat enjin dimula
Berangkat pergi meninggalkan jeti

Jika nasibmu bot kembali lagi
membilang hari masa berlalu
Andai gah masih dihati
Belajar tunduk resmi padi.

Gundah malam si jeti merah,
Pagi bersua terangkat sepi
Andai ini kata penyudah
ALLAH berkuasa segala resmi.

Cantik terbina si jeti merah
bot berlabuh senang hati
khidmat ikhlas kata penyudah
Rawang si jeti berlalu pergi

Untung rugi si jeti merah
Berusaha bersabar mendatang hari
Jangan mudah merasa gundah
Jika nasibmu BOT KEMBALI LAGI..





Original Version by : SITI AZIZ -_-"

Rabu, 20 Julai 2011

Cara untuk "putihkan ketiak" -_-"

Assalamualaikum.. 


"akan lebih kerap gunakan perkataan KATAK''
 


 Sering kali kita hadapi masalah “tompok hitam” di “ketiak”. Hi4. Jangan bimbang kerna setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan gusar jangan ragu. ^_^V. Masalah ini mungkin saja berpunca dari penggunaan deodorant @ tutttttt.. Tapi kebanyakannya bila kita guna deodorant secara berterusan masalah ini akan timbul la. Mungkin bagi sesetengah orang tak risau pun tentang masalah nie sebab dia “TAK PAKAI DEODORANT. Huahahahaha dan “ORANG ITU ADALAH AKU!!!”..  T_T

Tak pakai deodorant. Sesetengah orang tak mungkin dia akan keluar dari rumah kalau dia tak pakai deodorant. Risau badan berbau bila berpeluh. Aku sendiri pun risau tapi peluh pada badan cheq tak berbau tahap dewa melainkan cheq tak mandi. Menjadi satu "KERImasan" bagi cheq kalau cheq pakai deodorant sebab bau dia, rasa dia y melekit2 n seterusnya buat cheq rasa sakit n pedih. [AMARAN:KALAU GELI, JANGAN BACA. Hi3.]

Tanpa membuang masa mai kita ke petua pertama. Gosok ketiak anda dengan belakang tapak tangan. Petua nie datangnya dari Ustaz  mase aku tingkatan 5 dulu. Ustaz mengajar PAI kelas 5 Sains Sukan [kelas aku la tue] he3. Ustaz cakap, mase mandi tue gosok ketiak dengan belakang tapak tangan anda @ belakang tapak tangan suami anda @ isteri anda [joke] ha3. Tiap kali mandi, anda cuba la buat. Memang la kesannya bukan terus kita dapat tengok. Tapi dalam jangka masa panjang kita pasti akan dapat tengok hasilnya. Insyaallah.

Petua kedua. Guna air basuhan beras. Petua nie aku ambil masa aku tengok cerita cina KOREA yang agak tersohor pada satu ketika dulu. Aku suka sangat2 cerita nie. Pasal seorang tabib diraja kalau tak salah aku. The Legend of Dr.Hur Jun. Satu ketika tue seorang gadis jumpa dengan dia. Gadis tue risau. Tak lama lagi dia nak kawin, gadis nie bimbang sebab dia ada masalah ketiak berbau n berpeluh. KERIsauan dia adalah tanggapan bakal suaminya. Tabib tue pun suruh si gadis ambil air basuhan beras n cuci ketiak dengan air tue. Kalau tak silap Mek Tie la. Cerita nie dah lama. Masa Mek Tie tingkatan 4 rasanya.

Cara ketiga, cabut bulu ketiak anda itu [jangan lempang aku]. -_-". Cara ketiga nie memang manual punya kaedah la. Ha3. Boleh saja buat sendiri @ minta ehsan sayang2 anda untuk menolong. Selepas mereka tolong tue, sila la hargai pertolongan mereka sebabnya ketiak apabila dihidu secara paksa rela dengan jarak dekat akan menyebabkan migraine menyerang. Ha3. Belanja mereka. Bugger ayam/daging double special ke, mee bandung ke, lai chi kang ke. Sekurang2nya terubat juga rindu hidung mereka itu. Hi3. Ye, memang betul jika ada yang kata senang kalau “CUKUR” je. Cukur memang senang akan tetapi risiko untuk anda rasa gatal2 agak tinggi. Ha3. Kalau lelaki mungkin agak tidak macho kalau xde bulu ketiak [hahahahahaha- gelak sampai guling2. Jangan saman aku]. Hakikatnya cabut bulu ketiak tidak lah sesakit cabut bulu hidung. Hahahahaha.. Tak percaya?? Sila la cuba. Ha3..

Cara keempat. Boleh saja guna sebarang deodorant y ada pemutih kata orang Melayu. Whitening gitu. Mungkin dapat membantu. Macam deodorant NIVEA yang selalu berjoget2 kat tv tue. Yang kakak cun melecun jadi model tue. Hi3. Mungkin boleh dijadikan salah satu cara. Berkesan @ tidak Mek Tie tak boleh nak jamin sebab tuan tubuh pun xpakai [Cuma menghidu saja. Hahahahahahaha]. Mungkin banyak lagi produk2 lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Nivea adalah salah satu produk la.

Cara kelima. Cat ketiak anda dengan cat colour putih. Hi3. [bergurau je]. Dah habis idea nie. Ape2 pun kesimpulannya setiap permasalah yang muncul mesti ada penyelesaian. Jangan takut untuk mencuba setiap cara yang ada. Kadang2, rasa mcm tak logik aja. Tapi itu la hakikat. Setiap masalah ada penyelesaian. “Renung2kan dan selamat beramal” T_T.





Ape2 pun sebelum anda cabut bulu ketiak anda silalah minta kebenaran dari “orang tersayang”. Ha3.






Mintak maaf kalau ada PEMBACA yang terasa hati. Jangan ambil kisah sangat dengan Mek Tie. Bila waktu gila datang, ting tong kejap. N ini lah cara untuk merawat kegilaan y wujud.  









***Buta mata, buta hati, buta kata, buta idea, buta ingatan..[tukarkan BUTA i2 kepada kekaburan @ kesamasan @ jadi tunggul kayu, bongkah batu] yang selulu dipijak. Diam dan jangan mengaduh w/pun hanya sekali. 

Khamis, 14 Julai 2011

Bujang Sepah ^_^

Assalamualaikum..

Time kasih En.Nuff. Iklan HOTLINK and VIOS [nak suh Mek Tie rembat sebijik ka?? ha3.. Tunggu bulan jatuh ke riba dulu la ek!! -_-"] sedang menari2 diruanganku ^_^V

Hari nie entry pasal lawak Bujang Sepah. Tak semua bujang la kan sebab Syuib da kawin. Dua lagi mcm mana?? Ha3. Jep ngan Mamat. Waaaaa!! Tengok muka diorang pun da lawak. Kelebihan diorang la tue. Untung badan. Kuikuikuikuikui

Sebab ape suka?? Lawak jenaka diorang nie banyak yang double meaning. =.=.. Maksudnya dapat ku tangkap. Lawak sempoi. "selamat tinggal Damak, cincin nie saya simpan".. Memang lawak la. Mase peringkat Raja Lawak dulu pun boleh tahan lawak nyer.

Minggu 1


Minggu 2


Minggu 3


Minggu 4


Minggu 5


Minggu 6


Minggu 7


Minggu 8


Minggu 9


Minggu 10


Minggu 11 [part 1]


Minggu 11 [part 2]




Minggu 12 [part 1]


Minggu 12 [part 2]


Minggu 13








Selamat Menonton ^_^V

Rabu, 13 Julai 2011

Aaron Aziz dan isteri menunaikan umrah

Assalamualaikum

sumber gambar: facebook

Kak Diyana nampak sangat cute bertudung. sangat2 cute. Semoga mereka [suami isteri] selamat sampai dan selamat kembali. Amin.



sumber rujukan: Mas Mastura


Sumber: fb Tuan Guru [Umrah,2010]


Mek Tie sangat2 suka tengok wajah yang mulus dan tenang ini. Semoga Allah Taala panjangkan usia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Amin...









Hal lain: Ku pernah ingatkan kamu, jangan pernah mencoba untuk titiskan air ke batu y pejalnya melebihi kekerasan konkrit.Membazir masa. Sekarang kamu tengok apa y dah jadi. Jangan kataku, maka jangan. Titik.

Tetingkap Popup ^_^

Assalamualaikum..

Thanks Putra Suki sebab tanya Mek Tie mcm mana nak buat "bila klik comment tak perlu loading". Mudah je. kelebihan bila kita/blogger guna tetingkap popup adalah "dapat menjimatkan masa pembaca untuk tunggu ruang comment muncul. Itu paling utama. Bila berbelog, 15 saat itu sangat lama. Jadi mai kita pakat guna kemudahan ini untuk tidak membazirkan mase mereka2 yang datang n berhajat untuk comment entry kita. Hi3.

Mcm biasa, Putra Suki cuma follow step2 yang ada dalam gambar nie. N siap. Tapi jangan lupa tekan SAVE kat bawah tue. Ha3.


Ini yang Mek Tie maksudkan

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Selesai. Kita cerita pasal lain. Kalau kita tak mau ada anonymous comment entry kita [kalau comment y membina xpe, tapi kalau sebaliknya buat kita tertekan baik tak yah hi3..] boleh ubah setting kat SIAPA BOLEH ULAS. Okey. Hi3. Mcm lucu jer. Tak pe tak pe. Selamat mencoba.






Sekian ^_^V





***Senyuman sesaat tetapi kesannya meresap ke dalam hati lebih bermakna dari senyuman yang pura2 sejati.

Giveaway: "Saya suka online shopping"

Assalamualaikum..


Firstly, terima kasih kepada Cahaya Mama [CM] sebab tag Mek Tie masuk contest anjuran butikpinkku. Syarat2 kome boleh baca kat belog tuan rumah yang come lote [bak kate ore kelate]. Kena cerita serba sedikit kenape kite suke sangat  online shopping. Okey la. Mek Tie nie bukan nyer kaki shopping sebab xda pulus. Ha3. Tapi sepanjang hayat nie cuma dua barang je beli online. Telekung solat dari Nas  Boutique dan perfume dari kawan. Itu pun ada ayat "dibantu oleh" and bla bla bla. [=.=]. 

Walaupun xde kederat nak membeli, setakat cuci mate tue mampu la sangat. Sebab bila tengok2 barang2 online nie kebanyakannya susah nak cari kat pasar malam ke, pasar tani ke, pasaraya ke n etc la. Itu yang istimewanya. Macam barang2 nie yang dah dipilih khas oleh penjual. Makna kata, barang yang dijual sememangnya special pada mata penjual n berupaya memikat hati pembeli walaupun tidak dapat menyentuhnya. Mcm tue la lebih kurang. ^_^

Antara hadiah2nyer adalah seperti berikut:

Shawal n inner by Butik Pinkku

Kain pasang by Butik MyRania

Baby apparel & Cosmetics by LovelyOne Shop

Tudung Denim by Mazniza Othman's Shop

Lens dan Handbag by Bifa's Collection

 Lovely Clutch by Islamio Paradise

MAC Cosmetics by Styleholic Chick



Pin Comel by Kitty Shawl

Accessories by Midfashion Shop
                                                     Accessories by NURWIYAH COLLECTION

Mek Tie dah linkkan semua sponser hadiah contest nie. Rasanya tak de ape lagi dah kan. Kena tinggalkan link kat belog orang yang buat contest nie. n done. Kui3

Tiga orang yang bertuah kena tag oleh Mek Tie tuk join contest nie adelah 


Selamat bercontest semua. Ha3.

Isnin, 11 Julai 2011

K.L Gangster & Aaron Aziz

Assalamualaikum..

Hari nie Mek Tie layan movie nie. Kesimpulannya, aku tak tau nak kate ape. Best ke tak, no comment. Why?? Aku nak tengok sangat sebab Aaron Aziz n Zizan ada dalam cerita nie. Macam diorang nie ada daya penarik la. Memang ye pun.

Dalam cerita nie banyak aksi lawan2, tumbuk2, gaduh2. Tetap jugak suka kat Malek [Aaron Aziz]. Ha3. Zizan yang sangat lawak. Jatuh cinta aku dengan hidung Zizan yang comel itu. Hi3. Katakan YA pada Zizan. Tapi agak tak best bila watak Fadil [Zizan] mati kena tikam. Tak best. Tak best [sambil geleng2 kepala]. 

Nak bagi berapa bintang ek??? 3***/5*****. Cukup la tue. Tak suka Shark!!
-_-". Agak2 la. Bak kata Fadil "sial la!!!".. Ha3..

Sumber: Abg Google



Aaron Aziz nie memang sesuai untuk ape2 watak pun kan. Jadi Ustaz pun okey. Ha3. Dia la hero segala hero. Kuikuikui. Sape setuju dengan aku sila angkat kaki. Hi3. Cerita NORA ELENA belum ku habiskan. Kesian kat berokeban orang. Kalau guna unifi xpe la jugak. Soba jo la yop. 

Ombak Rindu The Movie guane cerita. Aaron jugak watak utamanya. Aaron dimana2 sahaja. Hi3. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki keluarganya. Amin. Kalau dah lakonan baik, tentu orang follow. Peminat makin bertambah. Rekod pun bersih. Suka dia.





Sekian, Terima Kasih.








***Bukan benci tapi xmau bagi bala pada kamu. =.=

Ahad, 10 Julai 2011

Bercuti dalam cuti -_-"

Assalamualaikum..


Gumbira dapat update belogku ini. Wekkkk [sambil menjelirkan lidah] like this :p

Perkara pertama, Mek Tie rindu kat kawan2 blogger.. Cik Ida, En.Awie, En.Ayie, En.Iz, Dik Amir, Ukhti Syikin. Rindu nak baca lawak antarabangsa Bro Wacana. Tengok orang lidi kat blog Apik!! Wooooohaaaaa. [boleh klik kat nama2 utk pegi ke blog mereka].

Alkisah, Mek Tie pegi rumah mak sedara as a babysitter. Ye ke?? Xsesuai. Sebab anak2 mak sedara cheq dah besaq. Da sekolah pun. Hi3. Tak de ape nak story. Cuti2 macam nie tak de ape nak buat. Ari tue bukan main semangat nak kerja. Hi3. Sekarang dah malas la pulak. Ramadhan pun dah makin hampir. Bermakna cuti pun dah nak habis. Ha3. Gumbira sangat2 la bila duk bayang2 kehidupan yang dikelilingi bungkusan2 meggi. Hi3.

5 hari offline ke daerah Marang. [koya,ade orang tue tiap minggu ulang alik tak pulak kepoh mcm aku..kuikuikui..soba jo la..] ^_^V.  Ape yang Mek Tie dapat??. Dapat makan buah langsat berkilo2 bila cari jalan tikus nak balik rumah. Biasa la. Kat tempat orang, xmcm kat tempat sendiri. Hi3. Time kasih kepada pak cik polis yang bertugas pada pagi itu, tak semena2 Mek Tie dapat buah langsat. Hi3.

Apebila matlamat telah menghalalkan cara, Mek Tie dengan selamba badak buat ape saje. Pusing sana pusing sini, singgah sana singgah sini. Sorang-sorang. Masuk jalan sana masuk jalan sini. Sorang-sorang. Macam ade kesan dejaVu rase. Mcm penah lalu rase. Sebab tue tak berdebo. Tup!! Tup!!! Tup..Dah sampai rumah. He3. Pengajaran yang paling utama, sila buat lesen. Guna lesen agong lama2 kantoi jugak nanti. Hi3. [Patut berterima kasih kepada Pak Cik Naga sebab selalu bagi makan buah naga..Hu3]

Banyak yang dah berubah. Maksud Mek Tie mula dari jalan K.T ke Marang terus ke atas lagi banyak kedai2 keropok n sedara2nyer. Maju dan makin maju dengan bangunan2 yang dah makin banyak berdiri. Bila budak development berkata2 kemajuan sesuatu kawasan bukan sahaja boleh dinilai dari segi pembangunan fizikal tetapi cara hidup masyarakat itu sendiri untuk memperbaiki ekonomi mereka. Perh. Betul la tue. Tepi2 jalan, banyak kedai2, kawasan dulu semak samun dan bertukar wajah.

Pantai Kelulut, Marang Terengganu.

Pantai yang agak bersih. [dalam picca aku nie je] hi3. Kalau korang menyusur jalan nie korang akan jumpa air laut, kerang-kerangan n etc lah. hi4. Kalau menyusur jalan raya pantai nie korang akan jumpa la keropok lekor yang enak, satar yang pedas, makanan laut dan lain2. 

Matlamat telah menghalalkan cara seorang aku.

Nie pantai ape?? Nama nyer entah. Tapi cantik. Landai sangat2. Tapi bahaya untuk mandi. Ada papan tanda amaran. Mungkin ada tempat2 tertentu la. Bagi seorang aku, tempat yang berair memang semua bahaya untuk  budak yang hanya pandai berenang mcm katak. Ha3. Berenang punya berenang, bangun2 tengok duk kat tempat yang sama. Jadi, aku tengok je. Snap picca n termenung jap pastu balik. Pasir pantai tue putih melepak. Kalah lengan aku. Satu kelebihan. Pastu, halusnye. MasayaAllah. Cantik2. 

Mek Tie rasa masa tue akan tiba tak lama lagi. Tak pe, sebab diri dah sedia untuk berdepan dengan hari itu. Hi3. 


Pssstttt: Jom layan lagu SHIMA [Luka Di Lukai] sini
n
WESTLIFE [I'll Be Loving You Forever] sini








Agak tak best bila terdejaVu jalan2 itu. Hu3. Agak tak best. Memang tak best. Sepastinya tak best. =.="

Isnin, 4 Julai 2011

I'll be loving you forever ^_^V

......

You are the sun,
You are my light,

And you're the last thing on my mind,
Before I go to sleep at night,

You're always round,
When I'm in need,
When trouble's on my mind,
You put my soul at ease,

There is no one in this world,
Who can love me like you do,
That is the reason that I,
Wanna spend forever with you,




....
[WESTLIFE]









***Klu itu yang kamu nak tunjuk, saya dah tengok. Kesimpulannya: CANTIK diMATA & CANTIK diHATI. Terima kasih. Saya hargai. Terima Kasih sebab tlg scr tak lgsg kuatkan lagi SEMANGAT saya. 








Hal lain: Saya harap mak saya berpuas hati selepas melihat sendiri GAMBAR itu. Diam tak terkata kan kan kan. I2 lah ujian anak sulong dia kali nie.