Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Rabu, 29 Jun 2011

Ku Ingat Pesanmu







"Dalam kerendahan hati ada ketertinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."






Time kasih Pak Cik Naga -_-"






Yess!!!! Mek Tie dapat dua iklan baru.. Thanks a lot my dear. Lap u sooooo much Mr.Nuff. ^_^V

Angkuh Sebuah Mimpi

Hakikat hidup antara aku dan mereka. Hidup pelbagai rasa. Indah, gundah tertitik binasa.


Aku tak pernah minta mereka datang. Mereka datang. Aku tak pernah minta mereka senyum tapi mereka senyum. Aku tak pernah minta mereka untuk menolong tapi mereka menolong. Sepantas masa, semua berlaku sepantas masa. Tak sedar mata berkelip, berkelip setiap masa. Sepantas itu satu persatu berlaku. Tak tertitik satu pun.


Hari berganti hari, gurun sahara berubah menjadi taman bunga yang sangat indah. Indah pada pandangan manusia barangkali. Hari-hari yang diisi curahan hujan yang sangat lebat beransur perlahan. Masih berdiri. Menjadi pungguk. Bulan ditenung saban hari, tak pernah jemu. Hakikatnya, gapaian langsung tak tercapai oleh tangan. Begitu angkuh sebuah mimpi yang sangat menyakitkan. 


Hari yang indah sudah berlalu, mendatang tiba entah bagaimana. Sesal menggunung ibarat sia-sia. Malu menghadap Dia Yang Esa. Sungguhpun begitu, bernafas untuk pertahankan maruah yang masih bersisa. Kematang yang tidak pernah wujud pada mata mereka. Begitu angkuh sebuah mimpi.


Percayalah pada yang bersisa. Ada zat disebaliknya. Kiranya masih berpaling, duduklah seketika. Jangan bergerak kemana-mana. Setia pada yang berjasa, hadkan marah pada yang berbudi kerna itu resmi kita yang hidup tidak seorang diri. Dilontar batu, diamkan saja. Dibaling hina, kau diam saja. Suara kata yang tajam sudah cukup untuk lumpuhkan nadi seorang insan. Begitu angkuhnya sebuah mimpi.


Andai kelaku sepertinya menolak takdir, bukan itu yang tersirat. Tersurat lebih dasyat. Apa yang paling mampu untuk insan hina lakukan. Akhirkan sebuah mimpi dan berlalu pergi. Indahnya andai selamanya pergi akan tetapi sebaliknya terjadi. Wujud kembali lebih memeritkan hati.


Hidup ini tidak semudah teka silangkata. Dipandang remeh, neraka menanti. Penyesalan sudah dihati, kenapa sukar hendak menukar diri. Begitu angkuh sebuah mimpi.




"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu.  Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
[iluvislam]




***Sekian. [rekaan semata2, tercopy n paste dari otak sendiri] lenaku terganggu lagi. ^_^












perkara 1: Berat 50kg [sekarang] sebulan lepas 44kg. ^_^
perkara 2: tak sabar nak habiskan cuti. [2 bulan 10hari] hu3.. puah sgt3.
perkara 3: Takkan buat projek barden powell. Woooooohhhaaaaa...
perkara 4: Rejab da nak habis. 

Isnin, 27 Jun 2011

Pahit i2 "UBAT"

Kembar: Aku tak sir g "pantai budu".. Banyak kenangan kat sana. Perit rasa..
Mat Yie: Tempat hak banyak kenangan  tue mu kena g..Mu kena lawan. Baru perasaan mu jadi kuat.
Mek Tie: Sungguh tue. Lagi perit mu rasa, lagi mujarab kesannya kat hati..

Assalamualaikum..

Alkisah, 3 sahabat keluar dating kat pantai petang kelmarin. Cuaca yang agak baik. Hi3. [xambik picca pun] -_-".. Bercerita tentang kenangan2 lalu. Yang makin jauh berlalu n yang bakal mendatang. Bersiap sedia lah.

Aku setuju dengan my friend [Mat Yie] bila dia kata kita kena berdepan dengan sesuatu keadaan walaupun ia sangat perit. I2 yang terbaik. Aku setuju 100%. Jangan lari. Untuk situasi aku, aku tak lari. Cuba berdepan. Tapi kat depan aku nie kalau naga yang berdiri boleh ku hanus pedang tapi ia adalah virus yang aku sendiri tak boleh jejak dan akhirnya parah didalam.. [itu lah situasinya]..

Hari nie, aku buka fb yang dah 3 bulan aku nyahkan. Ha3. Atas alasan aku nak berdepan dengan kopi tanpa gula dan memang terjadi. Tak sampai sejam aku online fb makhluk yang aku nak marah sangat2 dulu chat dengan aku.. Ko tengok. Ko tengok.. Ha3. Sebab aku dan kau same2 ego.




Rase lucu pulak bila buka facebook nie. Mcm orang bodoh lak rase. Tak tau nak buat ape. Ha3.Sedangkan dulu aku lah hantu fb. Hi3. Kalo boring tak hilang jugak, kite nyah akaun balik n buat twitter.. Hi3.Tak de masalah.Moga hilanglah keboringanku dihari mendatang. Ha3. Siot2.. -_-"



Yang manis jadi pahit. Yang pahit akan jadi manis akhirnya. Percayalah. Sesukar mana pun engkau, bertahanlah. Setiap jalan yang kau pilih, kesudahannya berbeza. Kesannya kekal selamanya. Jangan menyesal. Bersyukur sebab makin hari makin tersua hakikatnya. T_T. Yang lucu biarlah kekal kelucuan i2. Ha3



buat baik dibalas baik, kau percaya tak?? aku caya. Sekali kau hempuk orang secara zahir @ batin, satu hari nanti orang akan hempuk engkau balik.. Beringat2 la kita manusia. ^_^V








Andai emas, zamrud, nilam dan perak yang kau cari..tidak akan pernah engkau temui jika kau memandangku kerna aku hanya suasa dan tidak mampu ku melawan kelebihan mereka.














***SEKALUNG TAHNIAH buat kawan2 yang dah dapat resultnyer.. Hi3. Masing2 nampaknya gumbira. Same2 untuk dapatkan yang lagi baik semester depan. Insyaallah. 

Jumaat, 24 Jun 2011

Examination Result ^_^V

Toooot!! Toooot!! Toooot!!! [bunyi mesej masuk] 8:35pm/ 24 Jun 2011

Cikgu B.I: Salam.. T, result dapat berapa?? 
Mek Tie: Aaahh?? Result da keluar ke??
Cikgu B.I: Ang tak tau ke?? Kerja sampai tak ingat dunia..
Mek Tie: Nanti esok atau lusa aku bagitahu. Kalau result k.o aku senyap la.. Ha3..Dapat berape??
Cikgu B.I: Insyaallah ang dapat tinggi juga. Si A dapat 3.5, Si B dapat 3.45..Aku 3.64..Rezeki sem 4. 
Mek Tie: Waaa!! Dekan!! Tahniah!! Hebat.. 

n bla bla bla..

Assalamualaikum..

Dah malam mcm nie nak check result kat mane?? Nak online kat mane?? Hati dah berdebar.. Nampaknyer kena tunggu esok @ lusa. I2 pun kalau ex-bos bagi berokeban utk ku sewa, kalau takut nak tengok result aku takkan jejak c.c..


9:30pm [selepas hujan, ribut petir serta kaum kerabatnya]

Mek Tie: Oiiitt!! Budak.. Tolong ambik laptop aku wat mai sini!!
Adik 1: Hi3, lupa nak v ke mung. [sambil menghulur berokeban yang ex-bos tinggalkan kelmarin]
Mek Tie: Doh mari mana mugo goni?? [pelik yang amat]
Adik 1: Petang marin lagi, tok ingat nak royak me mung.
Mek Tie: [bebelbebelbebelbebel bla bla bla]


Waaaa.. Buka laptop, terus online. Masuk portal. Klik examination result!!





Tutup mata dengan tangan -_-"





dup!! dap!! dup!! dap!!






Jang!! ^_^V..Sesaat kemudian. Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!! tepik la konon. Alhamdulillah..Terlebih teruja. Hi3. Bersyukur. Time kasih dengan restu ma tiap kali nak exam. Paper yang aku paling bersemangat jawab 24hb lepas pun dapat result yang amat tak ku duga. Hi3. Mood study datang tiba2 pada last paper.. Nasib baik datang. Satu topik aku tibai belanjawan 2011. Aku tak bace pun. Hi3. Cara study msh same mcm sem 3. Tapi agak lewa. Sebab banyak tidur. Kepuasan [merujuk kepada keboringan yang amat sangat]. 



Ape pun aku gumbira 88% bila my mummy tadi tengok result.. n untuk semangat y datang malam i2. Hanya satu ayat kosong tp kesannya MASYAALLAH.. Ha3. [abaikan]. 12% lagi simpan untuk kemungkinan timbul sebarang kekecewaan. ^_^V ..Persoalan: Dekan ke tak Mek Tie nie?? Hi3




Seorang saya amat BERSYUKUR padaNYA.
Alhamdulillah dengan rezeki ini
^_^






hal lain: ***Seorang saya yang sebenarnya rasa sangat TERHINA . Titik.


Khamis, 23 Jun 2011

Memperingati "SESUATU" dengan "SESUATU" -_-"

Assalamualaikum

Terima kasih buat Celcom B.band yang membuatkan seorang saya tak borink, tak tension, tak selalu tido disiang hari kerna xde ape nak buat waktu duk sorang2. Hu3..
Harap En.Nuff bagi saya markah lebih sebab puji EN.CELCOM. Ha3

Firstly, Selamat Hari Lahir Buat "TAIN"..^_^V

Hari nie hari lahir seorang sahabat yang agak lama. Hampir 6 tahun kenal. Disebabkan aku malas nak aktifkan fb Siti Aziz untuk ucap berday dia, makanya ku ucap disini saja. Ha3. Tak mengapa la kan. Harap kamu baca. 

Kamu seorang yang panas baran, kamu seorang yang kuat menyindir, kamu seorang yang gila matematik dan bijak sains. Sebab tue sekarang kamu hampir dan makin hampir jadi seorang engineer. Insyaallah. Amin. Agak pakar menggoreng daging burger dan agak tidak pakar untuk menggoreng hati sekuntum bunga. Sebab tu kamu digelar manusia berhati batu. Ha3. Jangan marah ek.


Kamu: Kak Yah!!! Mana nasi nyer?? Lapar nie..
Beberapa orang budak lelaki diam bila kamu berang.
Suasana kecoh.. -_-"
Aku dan geng 5kuntum masuk ke ruangan itu untuk ambil air sirap yang sejuk.
Aku: Bakpo weh?? [loghat kelate] [suara separuh berbisik]
Mat: Tahu "Tain" bengong sokmo. Dia lapar. Nasik tok masok lagi Cik Yah oyak.
Aku: Hmm [ mengeluh secara berhemah dan menuju ke tempat dudukku]
Selepas itu.. 
Aku: Nah, makan nasi nie dulu. [sambil menghulurkan nasi aku dan berlalu dari ruangan itu]
Tain: [aku tak tahu kau kata ape sebab aku tak ingat. Yang penting aku tahu kau ambik dan makan.]

Kenangan. Ha3. Kamu memang.. Sememangnya memang..... dan sekarang kamu dah banyak berubah. Bagus. Aku dan kawan2 tompang gembira. Bukan aku sorang je kata, orang lain pun kata. Buat buah hati kamu [Yana], aku doakan agar tabah. Sakit i2 datangnya dari Dia. Dia tahu kamu boleh laluinya. Aku doakan kamu cepat sembuh dan bebas dari sakit itu. Insyaallah.

Ape pun, Selamat hari lahir buat kamu. Semoga kamu sentiasa sihat, ceria, tabah hati dan dipermurahkan rezeki. Amin.Amin.Amin. 




Ops!! dari Siti Aziz: Wahahahaha...Aku teringat lagi gaya kau berjalan. Tengok pun dah cam. Kau jangan marah aku yop!! Hi3.. 



Sangat beruntung Yana jadi makmum kau. Amin.. ^_^V








Bagi memperingati "SESUATU" maka aku berusaha untuk mendapatkan "SESUATU". Hi3..Aku pegi bandar dengan ketar lutut bimbang jadi sesuatu. Alhamdulillah, tak jadi ape2.. Hi3..Kali pertama mencelah2 kereta.. Waaaa...Parking motor teramatlah jauh, bimbang kena saman. Usaha jugak cari tempat parking untuk motor..

Sayang SMO [kedai buku] sangat2!! Cari2 kat rak Alaf 21 n yes!! I found it!! Ha3..Terus senyum..n g bayar.

selamat berjiwang!! ^_^V


Ops!! Siti Aziz: Buat kazenku sayang Miss Alya Lee, awak pergi bandar K.T cari novel nie kat SMO. Insyaallah ada. Hi3.. Tadi ade dua bijik je kat SMO sini. 






"Agak mudah tuturkan kata untuk berubah tetapi perubahan itu tidak akan kita dapat kekalkan jika tiada istiqamah dalam diri. Agak sukar untuk manusia mempercayai perubahan yang kita lakukan tetapi tidak selamanya mereka akan butakan mata fizikal dan mata hati untuk menilai sejauh mana tekadnya diri sendiri untuk peroleh sesuatu yang baik. Jika kau yakin kerana kau menuju ke jalanNya, melangkahlah. Jika kau tidak mampu, kau merangkaklah. Aku percaya pada kau. Aku percaya pada kau. Aku percaya pada kau. Melangkahlah dengan yakin. Dia Maha Mengetahui apa yang kau rasakan. Jangan teruskan lagi sebarang kesilapan yang lalu. Aku yakin kau mampu sayang.."
[Siti Aziz, 2011]

Rabu, 22 Jun 2011

Saya Mengaku "SEKALI LAGI SAYA JATUH CINTA"

Assalamualaikum..
Bila hati tak berteman
Muncul dia ketika ku rawan
Andai ini adalah suratan
Ku terima dirimu insan

Perh!! Siti Aziz. Ape ke hal nie weh?? Saya mengaku "SEKALI LAGI SAYA JATUH CINTA". Muahahaha.. Penyataan yang paling berani dan paling tak boleh percaya. Mcm poyo je. [senyap2 suda la weh].Nobody cares about u pom!! Ha3..Setuju yop!! Hi3

Biasa la, kita manusia. Lumrah la, bila kenal cinta n bla bla bla. Orang....... kalau dah mabuk cinta, lebih teruk dari mabuk laut tau!! Ha3.. Sila percaya. 

Okey, sebenaqnya Mek Tie hanya nak bercakap pasal novel KASIH YANG SUCI n cerita NORA ELENA.. Seth Tan [Aaron Aziz] yang sangat ansem ^_^V.. Sejujurnya aku tak pernah sekali pun tengok drama nie kat tv dan cerita nie dah pun tamat rasanyer. Ha33.. Patut la novel nie memang hangat diperbincangkan musim exam sem lepas. Kawan2 aku duk pakat gila nak cari novel nie.. Aku agak terlambat untuk menyedari kebagusannya.. Kah3... Ayat tak boleh bla.

Duk usha2, novel nie teramat laris di pasaran. Aku jangkakan novel nie mungkin dah tersold out di kedai buku yang ada kat Jerteh nie. Aku nak cari kat mana?? Ha3.. Tak mengape, kite same2 cari yer.. Ops!! Makin jatuh cinta dengan drama nie bila aku tengok video2 kat Youtube.

Tapi, memang jelas dan ternyata agak sukar mencari watak mcm Seth Tan tue.. Tapi segalanya mungkin. Sukar bukan bermakna tiada. Ha3. Nak bermimpi jadi secantik Siti Saleha memang mcm merak dan gagak hitam la..Nak ada buah hati pengarang jantung dan usus serta limpa mcm Aaron Aziz mmg TAKKAN MUNGKIN w/pun pernah. Hahahahaha..

P: Best lar bang drama Nora Elena tue..
L: Sayang suka ek?? Seth Tan tue mcm abang kan kan kan..
P: Perasan nyer, tapi romantik serta fizikal tue mmg sama.. [sambil senyum meleret2]
L: Sayang lebih cantik dari watak utama cerita tue tau...
P: [senyum meleret2] ^_^V

Siti Aziz: Dialog rekaan semata-mata.

Nora: Rupanya Tuhan turunkan kita hujan untuk hadiahkan kita pelangi...
Seth: .....dan semoga Tuhan kekalkan perkahwinan kita....

Bahagia i2 akan terserlah dengan sendirinya. Kadangkala ianya tak perlu diungkap kerna yang memandang sudah dapat membaca dengan sendirinya. [Siti Aziz,2011]

Waaaaaaaa!!! Makin ku jatuh cinta. [sesambil tengok kat cermin....alamak,tak lawa langsung budak siti nie...] hahahahahaha... Bersyukur okey.. bersyukur.. -_-"




Saya Mengaku "SEKALI LAGI SAYA JATUH CINTA " oh Seth Tan.. 
[muahahahahahahahahaha]
Gelak sampai guling2..

Suka!! Suka !! Suka!!! Sangat2 suka,lebih banyak dari bulu2 kambing!!! ^_^V

Sweet nyer la.. *_*

Hanya sekadar cara "menghiburkan hati sendiri" 

Ops!! dari Mek Tie: Cik Ida, En.Ayie, Mr.Iz, Ukhti Syikin, Dik Amir, Apik Pehe dan Cekgu Ijat tengok cerita nie tak?? Hi3.. [lame nyer Cekgu Ijat tak hupdate blog..Sebok mengajar ek..Tak rindu kat Bukit Keluang dah agaknyer, gembira kat Pahang kankankan.. Hi3...]



Sekian Terima Kasih..

Selasa, 21 Jun 2011

Ting Tong Kejap -_-"

Assalamualaikum.. [seminggu mek tie offline] laju mek tie update ari nie. [dua rumah masih terabai,maaf] -_-"

Pertama sekali: Terima kasih kepada INSAN2 yang bermurah hati mengklik iklan EN.NUFF atas nama TAUKE ITIK.. Sob!! Sob!! [terharu] ^_^V


Entry pendek je. Kesinambungan entry Kerja Seorang Aku sbg Tukang Sapu. Dah habis tempoh tersebut. Sekarang menganggur ler aku. Jadi tukang hantar adik2 poe sekolah, hantar ma kerja. Lepas tue duk rumah sorang2.

Borink dah mula menjelma. Lambat nyer nak balik Sintok. Kenape la cuti nie lama sangat. Hu3. Sangat2 lama nak tunggu 9 sept nue pulak. Kalau aku tanam padi tentu dah besar. Ha3.. 

Pagi nie kali kedua aku singgah kat pantai tepi kampung aku. Lepas hantar mummy kerja, I rempit 40km/j dengan istiqamahnya ke PANTAI KELUANG. Pepagi jam 8.24am parking darling merah suwit2  [mizz darling a lot]. Pandang kiri pandang kanan, xda orang. Ibaratnyer PANTAI INI AKU YANG PUNYA. Ha3.

Banyak dah berubah. Makin banyak item2 taman ditambah "untuk rakyat". Ha3. Pantai bersih, landai tapi agak bahaya untuk mandi. Mungkin pada masa2 tertentu la. Kalau nak datang berdating dengan family, wife or husband or your sweetheart amat molek ler ke sini. Pokok rhu pun banyak. Rendang2. Pemandangan petang pun cantik. 

Pantai nie salah satu lokasi dalam cerita MERONG MAHAWANGSA tau. Datanglah beramai2. [hahahahaha, nak mengfameskan tempat kita]. 

Duduk rumah, makan tido,buat kerja rumah dan berpeluh sikit2 dengan usaha menyental rumput2 tepi rumah. Ha3.. Aku makin gemok. Pipi terasa berisi. Target untuk 55kg sebelum balik Sintok. Amin...Tak mcm duduk kat tempat orang. Kui3. Rejab masih belum terlaksana. Leka waktu senang. Hu3...

Budak huduh: Siti Aziz

Kat tempat nie ada tempat tuk kekanak bermain. Kui2..Taman mainan.Ada buaian, jongkang-jongket n etc. Dijamin selamat,Insyaallah.Antara buai2 yang ada, buai yang diperbuat daripada tayar nie jugak yang aku bertenggek. Hu3.Dulu ada DUA, sekarang tinggal SATU. Malang sungguh buai itu. [abaikan] -_-"

8:40am,Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu





Indah tetap kekal indah walaupun tercalar dek sesampah. Indah kekal indah bila hati dah terpaut.



Sekian terima kasih. 0_*V


ops!! dari Siti Aziz: Agak letih bila kita yang tak pekak, tak bisu, tak dan segala tak kena jadi pekak, bisu dan segalanya demi orang2.. Ha3..En.Din kata"awak tak berubah tie".. Ha3


08:46/11:02 [syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar]

Ahad, 12 Jun 2011

Kerja SEORANG Aku sbg TUKANG SAPU -_-"

Assalamualaikum..

Hari nie MAK CIK nak story ttg kerjaya BUDAK U yang dalam pantang 3 bulan. Ha3. Alkisah, seorang aku hanya menggantikan tempat seorang MAK CIK sebagai seorang TUKANG SAPU. Hehehehe. Kerjaya sementara nie hanya untuk 2 MINGGU saja. Ganti tempat Mak Cik tue g umrah. Alhamdulillah..

Aku tanya pada diri sendiri. "awak malu ke jadi tukang sapu??" jawapannyer. "Saya tak malu, langsung tak malu [sebab seseorang penah cadangkan kerjaya tukang sapu same cuti sem yang panjang nie] " ^_^V kuikuikui. Hari pertama kerja menyapu bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut perasaan agak segan bila jumpa orang2 kat sana. Mereka duk tanya2, aku siapa. Orang baru ke?? Ha3. Tapi semua pertanyaan tue, MA aku yang jawab. Ha3. Aku diam aje.

Agak segan jugak la bila aku terpandang seorang pak cik tue pada hari pertama, lepas tue aku okey je. Kah3. Tak de segan2 dah. Nasib baik la aku nie bukanlah SEORANG YANG CANTIK SAMPAI BOLEH GANTIKAN PELAKON ANTARABANGSA. [gurauan semata2 untuk menyatakan bahawa seorang aku hanyalah budak biasa] Hi3. Kelebihan orang hodoh agaknya. Insyaallah. 

Hari khamis nie hari last kerja kat sana. Duk risik2 kerja lain. PakCik2  kat sana kata, tak payah la kerja kat stesen minyak ket lagi hangus kulitku. Diorang la kata. Aku senyum je sebab aku tak kesah pun. Hi3. Jujurnya, best rupanya kerja nie. Sapu lantai, kutip sampah dari bilik ke bilik, dari meja ke meja. Sapu pejabat time orang rehat. [Kuat la bau asap rokok] kuikuikui.. Ops!! Cuci tandas.. Ha3.

Hari nie hari ke enam kerja. Sorang pak cik tue tegur, eh orang baru ke?? Pak cik kat sebelah pun tolong jawabkan. "nie anak Kak Tom, gantikan Yah g umrah. Cuti u kan sekarang, dia mai gantikan".. Ha3.. Rasa menyesal sebab pakai baju kurung warna kuning hari nie sebab hari ahad orang pejabat pakai pakaian rasmi mereka [kemeja kuning]. Hampir same dengan warna baju aku. Pakai dah cantik, naik tingkat 3 pegang penyapu. Ha3.





Kelihatan Mak Cik Ct sekarang tak mcm yang dulu2.. Ha3.. Lebih sedar diri kahkahkah.. Insyaallah..  ^_^V




: dah kenal semua orang yang sebelum nie hanya aku dengar je nama mereka.. Hi3.. ^_^V