Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Selasa, 31 Mei 2011

Cara untuk mengelakkan ‘RUMAH ANDA DICEROBOHI’…

Assalamualaikum semua ^_^ .. Sukacita dimaklumkan bahawa kini tuan rumah sememangnya tak boleh/takkan boleh balas semua kunjungan2 kengkawan.. Almaklum ler tuan rumah xde kemudahan untuk online dengan senang hati untuk tempoh 3bulan ini.. Semua kunjungan tuan rumah hargai dan berusaha untuk membalasnya dengan masa2 yang agak terhad. ^_^.. Time kasih sesiapa yang klik iklan darling tuan rumah [En.Nuff].. Time kasih.. Tata, wasalam.


Entry pasai cuti kat BESUT ade kat bawah...Sudi2 ler bace.. Ha3


Cara untuk mengelakkan rumah anda dicerobohi oleh ‘orang2 yang anda kenal & orang2 yang anda tidak kenal’.. -_-''

Kenape buat entry mcm nie? Ha3. Cara nie mudah untuk kita buat dalam kehidupan seharian. Ha3
.
Cara pertama, jangan tinggalkan kunci pendua dalam kasut, pasu, tong sampah, dibalik pasu bunga n etc. Sebabnya, orang2 yang anda kenal dengan mudahnya mengambil kunci tersebut dan menceroboh rumah anda. Kalau anda benarkan mcm ahli keluarga, isteri @ suami anda sendiri [hahahaha] tak mengapa @ awek ke.. Tak diambil kira sebab mereka antara golongan yang boleh masuk kedalam rumah anda sesuka hati.

Cara kedua, jangan biarkan kunci rumah anda terbiar dipintu utama, pintu dapur, pintu tepi kiri dan kanan @ sebagainya la kan. Terbiar kat sini bermaksud, terbiar berada di luar rumah w/pun waktu itu anda berada dalam rumah. Jangan biarkan kunci rumah anda berada dalam keadaan demikian. Sebab?? Nanti ada pulak orang2 yang anda kenal @ orang2 yang anda tak kenal, pinjam gugusan kunci tersebut dan buat pendua. Sekarang, tak sampai setengah jam semua kunci boleh diduakan. Bahaya2..

Cara ketiga, pastikan semua pintu tingkap serta jendela terkunci. Pintu utama, pintu kedua, pintu ketiga dan pintu2 yang seterusnya kalau rumah anda tue banyak sangat pintu. ^_^V. Pastikan pintu2 tersebut ada dua @ tiga kunci manual selain daripada kunci pintu utama. Kena ada sebab nak elakkan rumah anda jadi sasaran pencerobohan bagi mereka2 yang bertanggungjawab & orang2 yang tidak bertanggungjawab.

Cara keempat, pastikan rumah anda tiada lantai mudah alih. Lantai mudah alih nie kebanyakannya ada kat rumah yang berlantaikan kayu. Kegunaan lantai mudah alih nie adelah untuk memudahkan ‘orang tua’ membuang air kecil n besar serta dijadikan tempat untuk mandi bagi mereka yang sakit. Kebanyakan lantai mudah alih nie ada kat rumah kampung je. -_-'' Sekiranya rumah anda ada lantai mudah alih nie, pastikan anda kunci dari dalam rumah kerana melalui lantai nie juga rumah anda boleh dicerobohi. Sila berwaspada.

Zaman sekarang tak kira tinggal kat mana2 pun kampung mahupun bandar, semua kena berwaspada. Beringat-ingat sebelum kena. Dalam apa jua keadaan, kita kena sediakan dan memikirkan cara untuk mengelakkan sesuatu perkara menjadi teruk @ sebagainya la kan.

Sekiranya anda punyai hubungan baik dengan jiran anda, jiran kiri, jiran kanan, depan mahupun belakang anda boleh serahkan pendua kunci rumah anda sebagai langkah berjaga2. Itupun sekiranya anda percayakan jiran anda la. Kalau dulu anda percaya tetapi sekarang tak percaya, anda dinasihatkan PINDAH RUMAH..Ha3 [sekiranya].. @pun anda boleh simpan di pejabat, dalam kereta dan sebagainya mengikut kesesuaian keadaan anda.



Sekian, terima kasih. ^_^V


: En.Nuff..I Tahu I patut berterima kasih kepada mereka yang menekan/mengklik2 iklan kat tanah sayang.. Ha3.. I lap u!!! Sayang semua.. Semoga Yang mengklik2 nuff yang ada dipermurahkan rezeki olehNYA.. Amin.. Time Kasih!! ^_^V

Salam Sayang Salam Rindu Buat Masa Depan Yang Belum Pasti

Cuti Yang Lemau ^_^V

[Entry 27,28 & 29 Mei 2011]

Assalamualaikum..

[27 mei]

Muahahahaha.. Right now, Mek Tie ade kat Besut. Sampai umah kol 8am dengan mengantuknya. Hahahaha. Tapi Alhamdulillah selamat sampai. My mom terkejut sobab anak die kata nak balik 31hb tapi tup tup, pepagi nie muncul depan pintu rumah. Huahahaha.. Saja nak buat seperize!! Berjaya..

Hajatnya nak berkurung selama seminggu, tapi rancangan tuk berkurung awalnya berjalan dengan lancar. Petangnya, semuanya musnah. [Aib!! Aib!! -__-''].. Nak buat macam nana Allah S.W.T tak izin. Ok, fine. Aku redha.

Petang tue jugak mak ajak g rumah mak sedara kat Pasir Puteh. Hi3, aku ok je. G tengok sepupu baru. Sampai kat sana ayat pertama y kuar dari mulut mak sedara aku, “tie, duk kat kedah mu tak makan nasi ke??, kurus teh!”.. Ha3, musti cheq makan. Tapi nak kurus jugak, nak buat mcm mana. Cheq tak mintak jadi kurus, tapi dia nak kurus. ^_^V.. [kurus sihat tak pe,kan kan kan].


Nie name dia Amirul *** [xde naluri keibuan langsung] Ha3

Borak2, gosip2, makan2, minum2, main2, jalan2, dukung2 budak, buli2 budak, makan ice-krim ngan budak2. Ha3. Ice-krim orang belanja.

Maghrib sampai rumah.

[28 mei]

Hari nie..Tak g mana2 pun. Ekspo kat pantai?? = Takkan g. Ha3. Insyaallah. Kenapa?? Malas nak memandang, malas nak melihat, malas nak jalan. [bukan ke engkau suka g jalan2 tempat mcm tue?] Ha3.. Hati kan bisa berubah. Mula2 suka, suka suka suka.. Lama2 jadi tak suka tak suka tak suka tak suka. Ha3… [merapu]. Titik.

Hari nie, mak cheq buat pulut sotong. Tak adil bila my adik2 duk story diorang sokmo makan pulut sotong. Mak cheq pun buat ler. Hi3.. The end.

[29 Mei]

Hari nie, aku teman ma aku g kat kenduri kawin. Tuan rumah baik sangat2.. Kawin sesama jiran memang senangkan.. Mcm anak tuan rumah nie.. ^_^V.. Orang2 kat dapur cakap aku nie baru lepas STPM!! Maksudnya, aku nampak muda.. He3.. Mak Cik, Pak Cik dan abang2 sekalian [sebab mase tue aku sorang je anak dara yang pergi tolong] ha3.. Kak Long dah 22 tahun ^_^V.. Depa tak percaya.. Ciap cakap mcm umor 18..

p/s: Kalau diri tue dah berteman, beristeri.. Tak payah nak miang2 buluh, miang2 keladi yer.. [pesanan penaja].. Ha3

Tamat ^_^V





Salam Sayang Salam Rindu Buat Masa Depan Yang Belum Pasti

Khamis, 26 Mei 2011

Luka Dilukai-SHIMA [entry kosong]

Kanan dan kiri..Cuba berlari
Masih ku dihujani..Tohmah dan caci

Jangan sekali..Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan..Hidup yang susah

Tak siapa di antara..Kita di dunia
Memilih jalan hidup..Yang derita

Aku sering dipersenda..Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka..Yang tak punya rasa

Ingin ku mengecap bahagia..Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat ku merasa..Mimpi yang di bina
Hati mudah berdarah semula..Kerana dustanya...

Terhempas lagi ..Kesekian kali
Luka yang dilukai..Menguji diri

Namun begitu..Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat..Segalanya...






: : : Ape yang aku janji, aku cuba tunaikan. Dengan izinNYA. : : :




Salam sayang salam rindu buat masa depan yang belum pasti [*_*]

Beraturlah, kerna "NYAWAMU BEGITU BERHARGA"

Assalamualaikum.. 

Bukan entry mengutuk mengata

Entry kali nie nak story sikit gaya "ORANG BIJAK NAK NAIK BAS".. Bukan nak mengutuk, bukan nak mengata. Tapi, agak keterlaluan bila keadaan ini berterusan. Burok woooo..

Alkisah, ct nie student.. Mengaji kat sebelah UTARA Malaysia. Naik bas pergi kelas memang wajib dan memang kena guna bas la sebab ct dan hampir 95% pelajar kat sini menggunakan perkhidmatan bas tuk ke kelas. 

Mase semester satu dan dua, ct memang bangga dengan pelajar2 kat tempat ct nie coz nak naik bas tak ada pun situasi berebut-rebut. Beratur. Semua kelihatan teratur. Nasib engkau la yop kalau turun lewat duduk hujung barisan. Sape suh kau bangun lewat. Beratur panjang2 nak naik bas.

Tapi.. Sekarang.. Ape dah jadi?? Tradisi tue tak kekal lama. Sebab mereka terlebih bijak untuk sedar yang "betapa bahayanya berebut2 nak naik bas". Ct tengok kelakuan student "bijak" berebut2, adoi!!! Malu kat biawak..[ merujuk kepada malu yang amat sangat].

Ct risau bila tengok orang2 bijak nie, saling tolak menolak sedangkan bas tak sempat berhenti sepenuhnya lagi. Waaaa!! Terlanggar baru tahu. Mase tue kompem kau salahkan pak cik bas, sebab bawak bas tak pandai. Jawapan aku, padan muka engkau sebab bengong sangat... Ada mata, ada akal tak leh tengok xleh fikir. Bas banyak, bukan sebijik tue je.. Ape yang korang dapat kalau berebut2 mcm tue?? Puas hati ke??

Bahaya wooo..Nie lagi satu, kat tempat aku nie ada disediakan perkhidmatan bas pergi ke pekan. Hari nie, cukup memalukan. Kat pekan tue pasti ler tempat awam. Engkau berebut2 jugak. Adoi.. Malu2. Sebijik kena marah kat pak cik bas. Padan muka semua. Ada akal, tapi tak guna. Pak cik kata, "lain kali, kamu semua tak payah ler berebut2 mcm gitu.. Bahaya, bas tak sempat berhenti lagi elok pun lagi kamu dah serbu. kalau kena lenyek kaki sape susuh?? Bas banyak, semua boleh balik. Lain kali beratur elok2".. Lebih kurang mcm tue la ayat pak cik bas tadi..

Ct senyum. Budak2 nie name je budak bijak tapi.. huhuhuhu [ bukan semua la.. hanya segelintir].. Nampak nyer, budak2 bijak nie kena paksa dengar ceramah tatacara menaiki bas dengan betui.. Baru sedar.. Agaknyer la.. 

Kat tempat aku, nie ler keadaannya.. Malu kat budak2 sekolah rendah. Mai lawatan, elok2 je beratur turun n naik bas... Tapi bila tengok cara kakak2 n abang yang bijak nie.. Hampeh!! ^_^V ha3... [ jangan saman aku, sebab aku cakap benda betul].. 

Contohilah gaya mereka
Sumber gambar: sini

Tak rugi kalau kita jadi insan yang bertatatertib.. walaupun hanya sedikit.. kerna.....


"NYAWAMU BEGITU BERHARGA"


Sumber: Pak Cik Google Ku Sayang

Beratur la mcm nie.. ^_^V


Sekian 
Salam sayang salam rindu buat masa depan yang belum pasti.

Selasa, 24 Mei 2011

Entry khas 24 Mei 2011

Assalamualaikum..

[Dengan pening lalat] Kol 8:30 pm hingga 11 pm tadi [23 mei] habis kertas kedua akhir. Masyaallah. Soalan. Amat la bagus. Ha3. Tengok muka ayahanda [lec subjek tue] terus tersenyum n berkobar2 menulis. Peringatan: Tulisan kecik, halus mcm cacing akan dipotong markah sebab menyusahkan saya untuk membacanya. Ha3. Nasib baik dah terbiasa dengan tulisan besau gajah. Ok -_-".. Jujur ku akui [eceh!!] suka sangat tengok lec aku yang sorang nie, senyuman dia. Buat aku yang masam mcm limau tak masak nie jadi manis. Hi3.. Lewah2.. Bodek bodek sikit. 

Masuk dewan exam lewat, tergopoh gapah nak tulis nama.. Isi kehadiran. Paling teruk, nama ayah lec kesayangan aku boleh was-was. Kenapa nie??? Xbaik punya student. Aku dah tulis kat kertas tadi. Tapi lupa plak bila dah masuk dewan. Berdebar semacam Hu3.. [masalah hati nie] ^_^V

Okey, masuk dewan exam syarat utama semua alatan yang tak digunakan mesti letak atas lantai. H/p aku OFF dan memang tak leh bawak masuk. Duk ler kat luar. Jawab punya jawab sampai terkehel jari2.. Hi3.. Tapi tak tau betui ke tidak. Tawakkal je la yop!!

Keluar dewan kol 11:10pm.. Letih duk fikir pagi esok [24/05] paper last koi 8:30 am.. Tak tidor la aku. Hu3.. Sekarang dah kol 1:53am. Kengkawan dah mula kemas barang nak balik esok. Aku nie satu barang pun tak sentuh lagi. Masyaallah. Perasaan tak sir balik tue menebal bebenau yop!! Yang paling penting esok aku nak tidoq lusa aku nak tidoq tulat aku nak tidoq n seminggu seterusnya. Kui3

Tapi, bila dah last nie agak kecewa bila semangat nak study tue baru sampai. Kenapa baru sampai?? Sebab baru sampai. Kenapa baru sampai?? Sebab dah memang perangai aku, selagi tak senyum seikhlas hati semangat tue tak datang. [dalam maksud]. Tak dalam mana pun. 

Untuk 24 Mei paper ekonomi, aku akan buat entry khas tuk subjek tue esok. [xde orang nak baca pun weh] entry syok sendiri. Huahahahaha. Tak mengapa. 

Sekarang, semangat study dah mai. Agak kelewatan. Tak mengapa. Terima kasih sebab datang semangatku !! ^_^V


Situasi seorang aku T___T


P/s: Mintak maaf, entry2 ct xilmiah. Sekadar perkongsian aktiviti harian n suka2 sengih2 nangis2 lawak2 n entry kosong je. Terima kasih sebab singgah.


sambungan: 1:43pm




Dalam dewan exam pg tadi, perasaan aku?? Rase nak menangis sebab aku baru dapat rasa semangat semester lepas. Untuk kertas akhir, aku rasa sangat syahdu sebab aku dengan perasaan senyuman senyuman yang penuh bersemangat menjawabnya. Kenapa baru datang semangat ku?? Kesian kat aku.. Hu3.. Tapi terima kasih sebab muncul.. 




Sila la percaya yang aku memang gila. -_-"


http://www.emocutez.com


Salam Sayang Salam Rindu Buat Masa Depan Yang Belum Pasti


petikan hantu kak limah balik rumah: "kalu kito ingak kokre, ore ake ingak ko kito!!" pelawok pelawok pelawok..Saya ada seminar nie!! ^_^V Kalau dah jadi mcm tue ape namanya?? Bala tue!! Bala!! Ha3...

Sabtu, 21 Mei 2011

Lemau,,Lemau,, dan Lemau

Assalamualaikum..

Doakan aku kuat tuk paper 23 & 24 nie.


Lemau fizikal dan mental


[bila kaki dan lenganku buat hal T___T]
sabo je la.. Sob!! Sob!! -_-"

*** Balik kg perkara last sekali dalam senarai. Tapi kalau orang hantar aku balik kg, bermakna.. Ha3.


Siti akan balas kunjungan tengah hari esok [24/05] lepas exam EKOMOMI ^_^v.. Insyaallah.. Kertas akhir kalau takde sebarang masalah.. Yang penting jangan lupa tinggalkan link anda ye..
Mcm bloger pemes je
Perasan tahap dewa!! Poooorahhh ^_^V

Kepada yang bahagia: SELAMAT BERBAHAGIA
***Bunga2 cinta.. 
^_^V


Sekian, terima kasih.

Salam Sayang Salam Rindu Buat Masa Depan Yang Belum Pasti
T.T

"Wacana Kenal Pasti Blogger Bersama Bro Wacana"

Assalamualaikum.. ^_^V
Hai semua. Sesiape yang singgah. Kat atas nie header belog Abang Wacana. [ehem!! da kawin..Ha3] Aku pangkat adik2 je wokeh. Kena hormat. Kena hormat. Kelik sini untuk singgah dan berkhelah di tanah Bro P.Wacana. ^_^V

Pembawa Wacana
Sebenaq nyer, baru beberapa hari nie ct jumpa belog bro nie. Baca2, komen. Ha3. Nie bro wacana wat keluaq satu teka tekok. Ha3. Teka mana satu Bro Wacana n Pak Cik Ujang. Ct berusaha sedaya upaya untuk mengesan yang mana satu tuan tubuh. Rujuk punya rujuk, buat bandingan dengan gambaq asal [mungkin la ^_^V] ct pun bulatkan seperti gambaq kat atas tue la. Harap betul la. 

Kompiden ct bulat gambaq bro wacana. Kalau salah, jawapannya dapat malu free. Hi3. Pak Cik Ujang tue same la, duk tilik2 header blog nie, kiranya nie la gamaknya belog Pak Cik Ujang. [jangan marah sebab panggil pak cik, tanda hormat] hahahahaha. Dah terbiasa. ^_^V

Ct suka belog Bro Wacana [baru kenal] dgn penilaian dari entry2 yang ct baca, kalau ct gelak,ct gelak kuat2.. Bila ct baca, ct paham ct akan angguk dalam otak terus taip perkataan BAGUS.. Pada ct semua ada LAWAK+SANTAI+BERINFORMASI=P.W. Rase tak lewah sangat la ayat ct nie. 

Tapi ade jugak entry lawak2 tue mcm [bukan mcm tp mmg ya] hahaha ada unsur kedewasaan. Ha3. Adekah mek tie sudah dewasa?? Insyaallah. 

Harap Bro Wacana dapat salurkan lebih banyak ilmu2 yang bagi manfaat kpd pembaca. Ayat yang digunakan memang menarik perhatian. Maksud ct, ayat tak berbelit2. Orang mudah paham. [kuat main angin!!] Bukan main angin, tapi realiti. Hi3..

Satu perkataan yang memang best dari salah satu entry Bro Wacana : Hikayat Kedai Kopi- Aku Tak Makan Babi [...............ngok!!....]

Ha3.. Ct suka perkataan tue. Sila la baca yer hi3.. Sekian saje untuk teka tekuk Bro Wacana. Singgah2 la ek, xkan menyesal. ^_^V




Sekian Terima Kasih

Selasa, 17 Mei 2011

Oh!! Honda Samah [50cc] n Honda Bulat [70cc]

Assalamualaikum..

Entry pasal motor weh!! Ha3. Antik gitu. Aku selalu tengok kat MUDAH. [oit!! ikut perangai sape la suka tengok mudah nie T_T]. Saja cuci mata. Duit memang la tak de nak beli sendiri. Tapi mungkin suatu hari nanti, kalau ada rezeki. Ha3. Sebenaqnya arwah ayah pun memang suka barang antik cam gini. Dulu ada motor plat DK ---- & DR ---- n AR ----. Memang antik habis. Ha3.

Paling utama, aku bukan reti pun bab2 motor nie. [cc bagai tue ape ??] ha3. Nak tukar tayar pancit pun tak leh. Ha3. Yang penting, tak layak tuk beli motor atas name sendiri sebab cheq xdak lesen lagi. Pakai lesen agong. G jalan2 guna lorong tikus. Ha3.

Duk meMUDAHkan diri, aku jumpa la motor nie. Dua-dua Kelantan mari. [gomo kelate gomo!!] Ha3. Suka2. Jiran tue. Tapi tak tau la masih available or not. But, tak salah kalau nak kongsi kan3. Motor untuk dijual. Kalau ada ada duit n ada lesen, insyaAllah pikir 2 kali je nak beli. Xpikir 4 5 kali. 

sumber: Mudah [boleh klik tuk tengok terus]

Tengok no plat Si Biru yang cantik nie. Hampir same dengan darling [motor mak] kat rumah. [6349] Entah, tak tengok pun lagi!! Ha3. Si Biru nie tuan dia nak jual RM2400. Waaaaa.. Nak!! [mimpi je la mung mek tie] . Kalau berminat, tengok la kat Mudah!! He3 ^_^V

Jiran aku ada sebijik motor nie. Comel. Warna oren. Aku pernah merempit secara berhemah poie ambik adik aku kat tadika. Perh!! Aku rase aku la perempuan pertama yang buat mcm nie. Siap pakai helmet oren lagi. Masih ku ingat pak cik mak cik abang n kakak2 serta budak2 ngan cikgu2 tadika tengok aku naik motor nie. Mereka pandang motor je la. Aku yang TAK CUN nie mana diorang pandang. Lagi hebat kalau OM PUAN lawa naik motor oren nie. Segalanya akan terjadi pada masa depan. Ha3. [Merapu sudah]

sumber: MUDAH [boleh klik tuk tengok terus]

Kat Besut, aku ada kawan sekolah. Dia ada 3bijik honda samah [50cc]. Perh. Sangat jeles bila aku selisih dengan dia sambil membonceng motoq pink nyer. Dia tue lelaki. Ha3. Sekarang lelaki dan pink da tak pelik. Kalau dulu, ada lelaki pakai baju warna pink, aku kompem dia musti kena kutuk habis lepas nie. Jambu kata orang. Sekarang tak lagi dah. ^_^V

Kat atas tue tuan dia nak jual RM9000. Boleh runding lagi katanya. [Semua mekti rujuk MUDAH ye]. ^_^V. Motor cam gini ler yang kawan aku ade sampai 3 bijik tue. Ha3. Siap ade kepala helang n rambu2 lagi. Ha. Memang kelas la.






> Berangan tak salah. Tapi jangan tinggi sangat. Bimbang tak kesampaian. ^_^V
> Berangan tak salah kalau kita terus buat perancangan tuk gapai ape yang kita nak.
> Berangan tak salah kalau kita usaha tuk realitikan angan2 supaya 

Yang FANTASI jadi REALITI



Tata ^_^V
Salam Sayang & Salam Rindu Buat Masa Depan
yang 
INDAH
AMIN ^_^V

Oh Celcom Kesayanganku!!

Assalamualaikum..

Adoi. Pak Cik Celcom sayang. Awak buat saye jadik bingung!! Saye tak call sape2, saya tak buat permintaan tuk pinjam kredit [mcm y selalu2 buat sebab sengkek sangat, hi3]. Saya cuma mesej dengan kawan saye je pak cik. Tue pun no dia saya da senaraikan dlm 8pax

Oh pak cik celcom ku sayang. Tadi saye check baki banyak lagi. Check balik susut RM3. Banyak tuh. Boleh beli nasik kerabu!! Ha3. Kenape pak cik buat saya mcm nie?? Saya xda suami tuk bagi nafkah top up tiap2 bulan. ^_^V Xda. Pak Cik amat kejam dengan saya.

Maka dengan ini, saya putuskan untuk kawin dengan Maxis @ happy @ Digi ade lagi tak?? Ha3. Baik pak cik jangan buat hal, sebab saya sayang pak cik. Kita dah hampir 4 tahun bersama. Sebelum nie berpapan no aku tukar. Ha3. 

sumber: pak cik google

Peluang terakhir untuk pak cik tak buat hal sampai 18hb nie. Kalau buat hal lagi, kita bercerai kat tong sampah. Ha3. Nak cari yang baru sebab yang lama buat hal. 

w/apepun.. Saye sayang pak cik. Pak cik selamanya dihati saya. Jangan buat hal ye. Ha3. Sila setia pada yang setia ye pak cik celcom. Kalau pak cik tak setia, saya & orang lain juga akan balas "tak setia pada pak cik". Ha3.



Ape pun "I LOVE U pak cik...................celcom!!" Ha3. 




Salam sayang salam rindu buat pak cik celcom!!
p/s: Jangan saman aku haaaaahahahaha T____________T

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru ^_^V

Assalamualaikum 

Hari nie bangun pagi "Alhamdulillah, masih bernafas". Banyak benda lagi tak selesai. Insyaallah. Dia akan permudahkan semua sebelum pejam mata [tak tau bila] amin. ^_^V.

Okey. Hari nie bertarikh 16 Mei 2011. " Selamat Hari Guru " kepada mereka2 yang secara rasmi dan tak rasminya jadi cikgu kepada seorang aku. 

Bermula dengan Pasti Al-Iman [Setiu] 2tahun, Sek.Keb.Bintang [Setiu] 6 tahun, Sek.Men.Keb.Renek [Besut] 6tahun setengah dan kat tempat sekarang. Hari nie tak de exam. Kalau tak, aku dah ucap kat lec. Ha3. Ucap tak semestinya kat depan2 mereka kan. Fb ada, email ada, sms ada, call pun boleh. Ha3. Yang paling utama doa.

Mari kita sama-sama bacakan doa untuk guru-guru kita.

" Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, pada isnin yang mulia ini kami mendoakan agar semua guru-guru kami yang mengajar kami dari kecil sehingga besar walaupun hanya sekecil-kecil perkara berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Jauhilah mereka dan keluarga dari segala penyakit dan bala bencana. Permurahkanlah rezeki mereka. Lindungilah mereka dari segala bentuk ancaman. Ya Allah, tenangkanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka di dunia dan diakhirat kelak. Ya Allah, rahmatilah tugasan harian mereka sebagai seseorang yang menyampaikan ilmuMu kepada hamba-hambaMu Ya Allah. Mohon padaMu Ya Allah.Mohon padaMu Ya Allah. Mohon padaMu Ya Allah. Amin."

sumber: Pak Cik Google

Terbentang luas sawah padi,
Tempat membiak si kunang-kunang,
Cikgu insan yang sangat berbudi,
Sampai mati jasamu tetap ku kenang.

Ape pun, untuk semua guru. "Selamat Hari Guru" ^_^V

http://www.emocutez.com

SITI SAYANG CIKGU ^_^v


geng semekar-uum [makan malam anak2 Besut]

> Cikgu ada singgah sini tak??? Ha3.. Tengah hari tadi, ada reunion dengan geng2 senior. Aku selaku junior yang baik, pergi ler. Ha3. Kakak & abang2 dah sem akhir kan3. Kak Ju, Kak Malinda, Kak Shu, Abang Mat, Abang Pa n Abang Semi. Junior paling utama adelah aku, yang lain tak payah sebut. Ha3.

> Senior rancang, cuti nanti nak buat program kat sek. Aku on je. Hehehehe. Kan junior yang baik dan diakui kebaikan nyer oleh senior2. [ Ayat masuk bakul angkat sendiri!! ^_^V]. Ha3. Cikgu2, tunggu kedatangan kami yer. 

Sekian Terima Kasih \o/

Sabtu, 14 Mei 2011

LiMa AnGkA ^_^

Assalamualaikum.. ^_^V

Ada ape dengan lima @ 5 @ V ??? Hahahaha.. Time kasih buat Ayie sebab tag Mek Tie.. ^_^.. Dengan jitunyer mek tie buat malam kelmarin, tapi ku drafkan dulu.. Huahahahaha.. Jom ke sesi Q & A.. Ha3.. 

5 Tarikh Penting
  1. 15 Julai [ hari lahir ma ]
  2. Tarikh setat puasa Ramadhan
  3. 09/09/11 [ setat sem baru ]
  4. 26/05 n 11/02 [kembaq]
  5. 21/07,10/09,25/12,30/04 & 07/10 serta 03/09 [hari lahir anak beranak] ahaks.
     31/11 [hari pertunangan] & 31/04 [kawin] --> hahahaha extra 1

5 Perkara Dibuat Semalam
  1. Bace
  2. Termenung
  3. Makan
  4. Solat 
  5. Online
5 Perkara yang Buat aku rase gumbira
  1. Bila aku dapat 5 KETUI GIGI PALSU AKU BALIK.
  2. Bila aku dapat lunaskan hutang ptptn
  3. Bila aku XDAPAT ape yang aku nak
  4. Bila dapat makan tomyam
  5. Bila aku balik aku tak nampak itik lembu kambing ayam cacing kerbau itik serati itik gembo2 puyuh [hmm] 
5 Sebab Jawab Soalan
  1. Sobab aku di tag oleh Ayie ^_^
  2. Sobab aku baru lopas exam
  3. Sebab aku puah
  4. Sebab nak jawab
  5. Semua sebab diatas. Huahahahahaha
Tag kepade 5 orang kengkawan

     1,2,3,4,& 5 --> My Love [my kazen] kompen dia ta buat, ha3]


Baru buat.. Tapi tak lapuk lagi ye En.Ayie. Ha3..

Jumpa ARTIS KOREA versi MALAYSIA

Assalamualaikum..

Ehehehehehe... Tadi lepas BERPINAU xleh jawab exam, balik bilik bukak darling n online. Ha3.. Godek punya godek, kali pertama singgah kat belog http://yayahana.blogspot.com/. Tak tau nama sebenaq tuan rumah ape.. He3..Tengok2, bace2.. Mek tie terus teringat kat cerita korea. Drama. Eheh.. Bagi mata mekti memang ada "mirip2" gitu. He3..


Hah!!  Sape suka drama nie?? 

Lawa kan  dia : Han Chae Young

Panggil Cik Hana boleh x?? He3.. Mek tie kata betui, ada mirip Han Chae Young. Xberani mek tie nak ambik gambar Cik Hana n letak kat sini. Sape2 yang singgah nie, sila la ke belog Cik Hana, tengok ada mirip x dengan pelakon yang Mek tie Maksudkan nie.. 





Mek Tie kata, ada mirip w/pun sikit. Ada. He3. Titik.. 


"Kalau da tengok Cik Hana kat tanahnyer, bagitahu ct ek ade mirip ke tak.. Hi3.. " 


^_^V

Jumaat, 13 Mei 2011

Doa untuk "HILANGKAN RASA SUSAH HATI"









" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenangan-wenangan manusia".










Bersabarlah dan bertawakkallah wahai hati. Katakan pada dirimu, hatimu, fikiranmu dan jasadmu yang semuanya akan jadi lebih baik. Tiada apa yang tidak berguna apabila Dia berikan pada hambanya. Tiada apa yang letihnya bila memangku apa yang terjadi. Semuanya Dia yang tahu. Diri sendiri perlu sedar, khilafmu dimana. Ilmu yang ada masih tak cukup kuat untuk pertahankan diri. Sila amal. Sesuangguhnya Dia Maha Pengampun. Dia Maha Mengetahui.


Rabu, 11 Mei 2011

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam.
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut,
Tak luruh dipukul ribut,
Bagai karang di dasar lautan,
Tak terusik dilanda badai.

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu,
Dalam senang awasi kealfaanmu,
Setitis dilanda derita,
Segunung kurniaannya.

Usah harapkan ke segalanya,
Dalam perjuangan penuh pengorbanan,
Usah dendam berpanjangan,
Maafkan kesalahan insan.
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu,
Dalam tenang buangkanlah amarahmu,
Suburkanlah sifat sabar,
(Di) jiwamu itu.




Amin, Ya Allah.




Perkataan hari ini : ISTIQAMAH. Insyaallah.


Selasa, 10 Mei 2011

: Berperibahasa kite hari nie

Assalamualaikum [versi Maya Karin dalam citer CUN] Ahaks!! ^_^

KAIN LAMA DICAMPAK BUANG
KAIN BARU PULA DICARI

Bukan rekaan Mektie nie, tapi dah sememangnya termaktub dalam PERIBAHASA MELAYU. Maksud peribahasa diatas adelah.... [ google sendiri ] muahahahaha.

Kali pertama baca peribahasa nie, petang tadi. Hehe. Sebab letak peribahasa nie kat header kat atas tuh adelah kerna Mekti tak setia. Selalu tukar2 pasangan [bukan la weh!!] header n warna belog. Belog xsemegah pun. Ha3. Bukan ape, bosan duk saja. Ha3. Peribahasa memang indah. Memang sesuai dengan keadaan. [jangan saman saya] ha3.

Nak ulang sekali lagi. 


KAIN LAMA DICAMPAK BUANG
KAIN BARU PULA DICARI





Sekian, trima kasih. [ nak layan cerita CUN lagi lah- buat kali ke berape entah ] ha3

Isnin, 9 Mei 2011

Buat HEADER sendiri ^_^V

Assallamualaikum

Eheh.. Bila duk godek2 belog orang tue Mek Tie terjumpa la satu belog nie.. Belog Cik Mimie cute. Ha3. Meriah sungguh belog tuan tanah. Duk bace2, mate pun tertangkap satu tutorial yang Cik Mimie buat. Mek Tie pun ape lagi, terus bukak PS n follow step2 y Cik Mimie ajokan. Hasil pertama buat header tranparent menjadi. Hi3. Alhamdulillah. 

Kat atas tue ler hasil nyer. Huduh2 je, sebab Mek Tie buta seni. Main ikut jari je. Eheh. Ape pun, sesiape y membace nie free boleh la cuba. Poi aje kat belog Cik Mimie. Klik sini. Ha3.. Lepas exam nie nak mengedit gila2, wlaupun memang da tau semua hasilnyer nanti tak berseni pun. Ha3..

Tapi, kejelesan masih berganda bila baca entry En.Ayie pasai dia punya header y sempoi tue. Xguna PS pun. Guna PAINT, PP n M.O.P.M je. Kreatif tol. Kuikuikui. Aku da bajet, musti kombang hidong kalau Pak Cik Ayie [cheq tak tau umoq dia berapa abad ^_^V] bace. Ha3. 

Aku budak2 lagi. Banyak lagi keno blajo. Ha3. Junior xleh lawan senior. Muahahahahaha. ^_^V . Latar belakang tukar jadi PUTEH sobab warna lain buat lambat nak loading masok ke sini. Tau dari mane?? Dari belog tutorial mane entah. Aku tak ambik linknyer. Kui3. ^_^V




Sekian. Time kasih.

Ahad, 8 Mei 2011

Berusaha Seorang Hamba

Berusaha seorang hamba tuk tidak memandang kesakitan dan kelukaan hati yang berlalu
Berusaha seorang hamba tuk tidak mengimbau kembali kesakitan itu
Tetapi terlalu perit, sepintas memandangnya air mata terus menitis
Kerna terlalu perit, rasa itu semakin mati.

Berusaha seorang hamba untuk abaikan perkara itu
Berusaha untuk tidak memandang
Berusaha untuk tidak mendengar
dan Berusaha untuk tidak menyebut
Kerna hanya diri sendiri yang merasa
Kerna diri sendiri yang menanggung.

Berusaha seorang hamba untuk matikan hati
Berusaha seorang hamba memohan padaNya agar bawakan dia pergi
Berusaha seorang hamba untuk membenci walaupun hati tak pernah sudi
Berusaha seorang hamba mencari apa silapnya
Berusaha seorang hamba untuk mengiakan apa yang terjadi
Berusaha seorang hamba menyejukkan hati kembali
takkala hanya memandang sesaat lalu hati berdarah kembali

Ya Rabbi
Selamatkanlah hambamu
Selamatkanlah jiwa hambamu
Selamatkanlah air mata hambamu dari menangisi perkara seperti itu

Ya Rabbi
Sembuhkanlah jiwa ini
Tabahkanlah hati ini
Kabulkanlah doa hambamu ini

Bawalah dia pergi jauh dari pandangan hambamu
Bawalah dia pergi bersama bayangannya
Bawalah dia pergi tanpa tinggalkan apa-apa kesan

Amin.






Hanya rekaan semata2.. Jangan SAMAN AKU ;p [hade aku kesah?? ] ha3


********
Abang Kasih Diterima pakai baju biru.
Kasih Kasih Diterima pakai baju warna merah..

Pen merah pen biru,
Jangan marah u labi i..
^_^

Sabtu, 7 Mei 2011

Warkah Buat KEKASIHKU

Cik Siti Bt. Abd. Aziz
3A Jalan Tani Kg Gong Dot Dot,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

7 Mei 2011 [2:28am]

   Kehadapan Kekasih Hatiku yang kini berada jauh dariku. Aku harap engkau sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sejahtera. Sudah enam tahun kita berpisah. Kurasakan keadaan ini seperti mimpi.

Kekasih Hatiku,

     Pertama sekali, aku ingin menyatakan bahawa aku tersangat merinduimu. Siang dan malamku membayangi adanya engkau disisiku. Melihat keadaan disekelilingku kini, terasa rindu itu sepertinya tidak akan sesekali terpadam untukmu.

Kekasih Hatiku,

  Mengapa engkau meninggalkan aku disaat aku masih memerlukan mu?. Namun, aku tidak sesekali menyalahkan takdir mengapa engkau meninggalkan aku. Sebaliknya aku bersyukur kerana Dia memberiku peluang untuk mengenali engkau. Aku bersyukur sayang.

    Walaupun engkau telah lama meninggalkan aku, aku tetap merasai kasih sayang antara kita dulu. Seperti bungaan yang kembang dipagi hari. Harum mewangi bak kasturi. Tak terpalit rasa benci aku padamu, malah rasa sayangku makin bertambah saban hari.

Kekasih Hatiku,

     Aku berusaha untuk jadi yang terbaik sebagaimana mahumu. Aku cuba untuk hadirkan senyuman yang indah walaupun hanya dalam buaian mimpi siang dan malamku. Aku berusaha untuk laksanakan tanggungjawabku sebagaimana mahumu. Semangatku bertambah bila aku terus mengingatimu dan Dia buat aku sedar ini adalah yang terbaik untuk hidupku.

     Sayang. Walau dimanapun engkau berada, percayalah untuk hayat ini engkaulah lelaki pertama yang bertahta dihati. Tidak perlu untukku buktikan kerana Dia adalah saksinya. Insyaallah untuk selamanya. 

Kekasih Hatiku,

       Bersama ini aku sertakan rindu dari KELUARGA KITA kepadamu. Yang senantiasa memahatkan rasa rindu walaupun saling tidak mengukapnya dengan kata-kata. Tetapi aku tahu, KELUARGA KITA sentiasa merinduimu. Teresak-esak menangis dalam mimpi, realitinya air mata itu sememangnya mengalir takkala engkau hadir walaupun tanpa mengucapkan sepatah kata.

      Setakat ini saja coretanku untukmu sayang. Semoga engkau tenang di sana. Aku sentiasa menyayangimu sebagaimana engkau menyayangiku sepanjang hayatmu sayang. Engkau mutiara dan engkaulah emas permataku. Tiada yang lain boleh mengantikan tempatmu.


Yang Sentiasa Merinduimu,
( Cik Siti Bt. Abd Aziz )


********
Al- Fatihah buat ARWAH AYAH SITI [ABD.AZIZ BIN SAID]
Pulang ke rahmatullah pada 7 MEI 2005/SABTU/ 4:35PM



Hari nie same keadaannya dengan 6 tahun lepas.. Ha3.. Hari Sabtu = 7 Mei.. Orang lain lagi berat dugaannya. Siti nie kira beruntung sangat sebab dapat juga rasa kasih sayang, tepok tampar, gelak tawa seorang ayah. Ada yang tak dapat rasa langsung. =)..


Sekian sahaje untuk kali ini. ^_^V



"JANGAN SESEKALI ANDA RASA TERTIPU DENGAN WARKAH INI"
 - Pesanan Penaja : Cik Siti

Jumaat, 6 Mei 2011

Rase nak menangis SEKARANG!!

sumber: pak cik google

Okey!! Sabar2.. Sabar.. 
Sebagai hadiah untuk diri sendiri
Habis je exam, terus pergi pekan
Masuk kedai kek
dan
dan
dan
dan
Kau makan kek nie kat kedai tue terus
itu
pun 
kalau
kau
dapat 
jawab
exam dengan JAYANYA!!

Oh!! TIRAMISUku sayang..
[kecur air liur dah nie]
Sila tunggu ayang datang kat kedai kek nanti ya
dengan penuh senyuman
[harapnyer la]


Oh!! TIRAMISUku sayang..
[rase mcm mengidam la pulak] ^_^V
wish me luck!! Ha3..



SELINGAN!!

Tak sempat nak balas kunjungan: Dahi da panas, demam EXAM. Tapi kekal jugak status PEMALAS tuk telaah buku.. Waaaaaaaaaa!!!

Khamis, 5 Mei 2011

Tak tau nak buh tajuk ape

Assalamualaikum..

Ehehehehe.. [tuk siang]

"Mintak MAK NGAH [mintak maaf] la ek.. Saya sendirian. Cuma ada kaitan dengan pamily saye aje. Kamu xde kena mengena dengan seorang saya. ^_^.. Bukan pakwe, bukan tunang n bukan jugak suami. Kesimpulannya, saya bebas tuk memasamkan muka saya lebih masam dari LIMAU muda .. 

Lalalala.. ^_^

Ehehehehe.. [tuk malam]

Mgrb tadi, usai saja solat mgrb n bukak puasa. Terkocoh2, tergopoh-gapah siap2 tuk g masjid. Pst!!!! Gosok gigi paling penting, kang terlokat sambal nasik lomak kat gigi den. Eceh!! Ha3.. Memang tiap sem kat masjid ada buat solat hajat perdana time nak exam. Kali nie memang rezeki aku la. Alhamdulillah.. Hehehehe..

Lepas selesai solat hajat, baca yasin n solat isyak. Lepas tue ada tazkirah. Dari Imam Muda Hizbur Rahman Bin Omar Zuhdi. ^_^.. tak pasti pulak wifenyer ikut same ke tak.

Nie la, dulu pengetua sekolah selalu pesan. Kalau nak p majlis @ kemana2 aje bawak pen ngan kertas. Boleh catat. Sebab otok kita nie tak mampu nak ingat semua y orang sampaikan. -_-"

Satu yang aku ingat. Kenape kita susah nak study. Sebab pertama adelah ada gangguan hati. Hati tak tenang. Asyik duk fikir benda2 yang tak perlu. Duk fikir benda yang tak beri manfaat pada diri sendiri. Seorang aku pun termenung. Benar kate ustaz nie. Memang benar sangat2..

Antara part2 yang melekat kat kepala aku. "Allah Maha Pengampun. Banyak mana pun dosa kita, bertaubatlah". Jauhi ZINA. Setiap masa INGAT MATI. 







tak mampu untuk aku teruskan bercerita. Terima kasih kerna membaca. "BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM TERLAMBAT".. mcm poyo je ayat aku kan. Hmmm, aku tak kisah. Poyo ke tak poyo, nanti bahana kita yang tanggung.. Sebesar zarah yang tersorok pun kita dapat tengok balik kat padang masyar. Hu3.. 




wasalam.



[ape nie.. sekejap SAYA..pastu AKU] -_- sabo je la

Rabu, 4 Mei 2011

Terima Kasih AWAK ^_^v

sumber: p.c.k GOOGLE

Hanya nak ucap "trima kasih"
Tak perlu kata apa2..
^_^V

Selasa, 3 Mei 2011

Saye Orang BESUT


Muahahahaha.. Rindu sama sekolahku. "Rindu sama sekolah @ rindu sama orang nya??"  Tak kira la. Yang penting rindu. Ha3. Rindu nak luku kepala budak2 lambat turun kat tapak perhimpunan. Rindu nak betulkan barisan dalam perhimpunan, rindu nak kejo budak2 malas g surau. Rindu nak check kebersihan kelas. Ha3.. Yang penting rindu nak masuk kelas lambat2.

Rindu nak tolol2. Rindu nak makan colek dengan kengkawan, rindu nak gelak2 dalam kelas, rindu nak dengar leteran cikgu2. Kalau cikgu tak berleter, tak jadi manusia geng2 aku sekarang. Ha3. Rindu nak tolong Cikgu Harun tanda kertas Sains Sukan, rindu nak paw duit Ustaz Mad, rindu nak duk asrama. rindu nak buat makan ramai2.

Hmmm.. Zaman sekolah memang best w/pun banyak air mata mengalir. Ha3. Rindu nak kena sekeh kat cikgu pengajian perniagaan, rindu nak kena marah dek kengkawan sebab slow math, rindu nak jadi ceti dalam kelas. Ha3..

Rindu nak ke surau ramai2, rindu nak berbuka puasa ramai2, rindu nak buat ketupat nasi gotong royong sampai pagi.. Ha3.. Rindu nak pakai baju sekolah putih, rindu jugak nak pakai baju sekolah biru, n rindu jugak nak pakai baju batik tingkatan 6. Ha3.. n baju ko juga.

Rindu kat pak ali. Orang yang paling baik kat sekolah. Dia y jaga makan minum kami kat asrama. Rindu nak tolong pak ali bagi makanan pagi2, rindu nak tolong pak ali habiskan makanan time sahur.. Ha3.. Rindu nak kait buah rambutan kat belakanhg kantin asrama. Rindu nak buat cucuq kat rumah warden [ayah @ cikgu g].

Rindu kat pagar sekolah, rindu kat bilik ping pong. Rindu kat cikgu2 y sokong aku. Rindu kat budak2. Rindu kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU.





Ha3.. Takkan tertitik rinduku ini. Ha3.. [melalut].. Sekian.. [rindu juga pada dia, dia, dia, dia,dia, dia] ha3..

Isnin, 2 Mei 2011

Seorang saya TAK BERSEMANGAT T________T

Assalamualaikum

Hu3.. Rindu semangat semester lepas2, kenapa sem. nie lumpuh sangat semangat seorang AKU. Why?? Why?? Jangan cam gini. Xbagus tue result nanti. Kang menangis sedu sedan pulak. Hu3. Kertas pertama 8/5 nie. Dah la paper projek. Study la MAK CIK. Pliz.. 

Ku seru semangat study, datang kemari. Hu3.. Buku ada depan mata. Tapi tak ku sentuh. Bala apekah ini. Hu3. 


Menangis tengok buku sebab hati tak terasa nak baca buku pun. Ya Rabbi. -_- Siap conteng kertas lagi. Hu3..Buku pulak yang baca muka aku. Dah boleh bayang dalam dewan exam nnt. Hu3. Okey. Sila paksakan diri untuk baca. Belajar ikhlaskan hati dengan ilmu. Belajar lawan nafsu dan belajar lawan setan2 yang sedang menghasut supaya aku TIDO dan TIDO. Hu3.. 

Sila bebelkan seorang aku.. http://www.emocutez.com




Salam kasih salam sayang salam rindu dari seorang aku di hutan Sintok. http://www.emocutez.com


Hu3.. T_______T

Berapa xpenting, DIMANA i2 sgt penting -__-

Assalamualaikum..

ANDA PELAWAT SAYA?? Xkisah no berape, tapi ANDA DARI MANA?? i2 penting la.. Sebab saya suka tengok orang y singgah kat tanah saya dari mana.. Hu3.. Saya suka..

ANDA DARI MANA?? Sila jawab ^_^V

klik untuk TEMBAMkan ^^

Yang dalam kotak KUNENG tue, sepastinya TUAN TANAH.. Ha3.. Hari2 mesti bajak tanah sendiri.. Dalam sehari lebih dari sekali.. Ha3..


Yang dalam kotak HIJOU tue y saya selalu perhatikan. Tak de ape pun, sesaje je.. Ha3.. Tak pernah ada y serasi. Kuikuikuikui... Ooooo mak minah sayang.. Hi3..

Sekian utk kali nie.



ANDA DATANG DARI MANA?? hi3 ^_^V


Okey.. kpd tuan tanah y rasa nak letak alat pengesan  pelawat nie [bm habis!!] ha3 boleh daftar kat SINI. Lepas tue ikut arahan y dah disediakan.



klik utk TEMBAMkan!! ^_^V
klik SINI utk daftar!!

Okey, bila dah siap daftar tue klik kat simbol


y dalam kotak tue..

HASILNYER



Tada!! Hehehehe.. Kat ruang dalam kotak kuning tue la kitaboleh tengok mcm2.. klik je.. Kalau nak tengok dari mana klik kat RECENT VISITOR ACTIVITY..

Sorry la ye.. Disebabkan Mek Tie bakal jadi LAWYER BURUK makanya terserlahlah ketidakpandaian dalam mengolah ayat n bagi penerangan. Yang ayat berbelit2 mcm ULAQ SAWA KENA PALU tue harap2 pembaca dapat paham ler ape y ct nak sampaikan.. memang tak da bakat nak buat tutorial.. hi3..


Boleh rujuk belog Bro Nescafe Ais kalau nak tahu lebih lanjut klik CARA KESAN IP ADDRESS VISITOR BLOG




Tata ^_^V