Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 31 Mac 2011

Sampai Bila Aku Perlu Menyusahkan 'Orang' Yang Tak Ada Kaitan Dengan Aku???? Ade Jawapan Tak?? Huhuhuhu ;(

Assalamualaikum..

Terpaksa menyusahkan & dipaksa menyusahkan.. Keadaan paling tenat bila masing2 berada dalam situasi 'terpaksa'.. Lebih tepat paksa rela.. Kenape tajuk entry panjang ngat?? Sebab tak da ayat pendek yang sesuai.. [sambil mengeluh panjang].. Rasa yang akan timbul bila kita terpaksa menyusahkan orang yang tak sepatutnya disusahkan memang seksa.. Biar mereka kata ikhlas pun.. Tapi tafsiran tetap takkan berubah.. Sebab orang i2 tak da kaitan dengan hidup kita.. Kalau sedara mara, adik beradik sendiri tak kisah dan orang takkan kisah..

[mengeluh panjang lagi]..Tertanya.. Sampai bila.. [hati dah tahu jawapannya].. tapi tetap jugak nak temenung, merenung, tertenung, tercongak sampai bila.. hmmm.. Nampak mcm tak da ape2, tapi sebenarnya memang 'apa-apa'.. Kenapa??  Entah.. [mengeluh lagi]..

Sebolehnya xmau la menyusahkan.. Tapi memang lumrah hidup, kena jugak susahkan orang lain w/pun sebesar zarah w/pun kita tak berniat nak susahkan orang tersebut. [mati pun kita tetap akan bergantung pada orang lain, mandi, kapan, angkat p kubur, tanam].. Hu3..

Sebolehnya seorang aku, mencoba untuk tak menyusahkan.. Tapi tetap jugak menyusahkan.. [sadis nyer rase].. Hu3.. Untuk orang yang aku dan keluargaku susahkan, maaf sebab menyusahkan anda.. Melainkan anda  tidak berada di situ makanya tak kan ada lagi yang menyusahkan diri anda.. [hmmm]..

Terasa segan tahap dewa bila tetap jugak bergantung pada orang w/pun dah buat janji takkan menyusahkan orang lagi.. Hukumnya berdosa kan.. Untuk mengelakkan terus dapat dosa.. Hmmm.. Entahla.. ''Sampai bila aku perlu susahkan orang yang tak ada kaitan dengan aku??".. Jawapan.. SAMPAI SUATU MASA.. Harap masa tue bukan 10 @ 20 tahun lagi.. Harap 10 @ 20 hari je lagi.. Amin..

Ingat satu.. Tak kan ada ape yang kekal.. Tanggapan awal.. Mungkin sekarang aja kita susahkan orang, nanti2 bila dah pandai berdikari tak kan lagi menyusahkan.. Amin.. Bukan bermaksud lupa diri tapi untuk kebaikan orang yang disusahkan sebab terlalu dan terlalu serta terlalu banyak aku menyusahkan orang..

Harap suatu masa nanti, apa yang aku cakap dan ucap dapat aku buat.. Amin..








Harap 'orang' sabar buat sementara.. nanti aku akhirkan semua kesusahan yang orang terima dari seorang aku yang tak da kaitan dengannya.. Anggap aja aku DOREMON dan poket ajaibnya.. Kotakan permintaan orang aku ^&*&^&* w/pun permintaan i2 tak terucap tapi bait kata, tingkahlaku, dan mata memberiku maksud yang sebenarnya..






terima kasih untuk orang yang disusahkan







Orang kalau 'hagah' tak semestinya bila naik marcedis..  -_-"  = aku

Selasa, 29 Mac 2011

Nak 'MARAH' !! !! !! ''LAMAN CARI JODOH''!!

Assalamualaikum..

Alkisah.. Pagi nie aku nak masukkan widget WAKTU SOLAT bg memudahkan diri aku sendiri nak tengok time solat.. Aku pun copy ler kod.. n paste.. n save.. turun cafe tapau makanan tuk brunch n dinner.. sampai2 kat bilik, letak makanan tas meja, ops sebelum tue aku g basuh tangan.. panaskan air nak wat air 'MELO' sebab dah dilanda kesejukan dek hujan yang tak henti2 jak semalam di bumi Sintok.. Renyai2 je la.. Tapi pelik la sekarang, bulan 3 dah ujan, kalau tahun lepas aku rasa panas semacam..

Sambung:.... 'Darling a.k.a laptop' dah lelap.. jagakan dia balik.. mata aku tertumpu pada gambo atas belog aku yang aku editkan semalam.. Sesaat lepas tue terpandang 1 widget yang 'TAK PERNAH' aku letak dalam belog aku.. 'KENAPA' tiba2 wujud kat kawasan LADANG AKU!!!! Kat bahagian KIRI BELOG.. 'LAMAN CARI JODOH'!! woi.. aku tahu la aku solo.. Tak 'sewel' akan aku nak masukkan widget cam gitu kat belog haku!! Hu3.. 

Jangan PEDAJAL aku dengan medalah nie.. Aku akan usaha hilangkan widget nie.. Aduhai.. Aku tak pernah boh pun..TETIBA wujud.. Cam tahu2 je aku SINGLE AND AVAILABLE.. Ceh!! Tak Suka!!.. Adekah ia berpunca dari widget waktu solat yang aku tambah pagi tadi?? Aku dah buang..

Nanti kalau sesiapa nampak LAMAN CARI JODOH ade kat mana penjuru belog aku, bagitahu ya.. Line kat bilik slow macam siput bulan.. almaklum la ujan.. Hi3.. 






Aku tak perlukan LAMAN CARI JODOH untuk dapatkan JODOH [riak ke???].. Hu3.. Nampak mcm terdesak dan dah takda ikhtiar dah.. Hu3

Ahad, 27 Mac 2011

Aku, Dia & Kamu

video

Tak tahu nak kata ape.. Sedih.. Hu3..

Video nie sedang menyindir seorang aku ke??

Jom tengok!! -_-"

Jumaat, 25 Mac 2011

26 MAC 2011 EARTH HOUR


Eheh!! tangan sapo tue!! Wooohaaa.. 

klik sini untuk tengok bilangan yang menyokong mengikut negeri kat m'sia..

kat atas tue dia ada tulis PLEDGE NOW kan.. klik untuk same2 berikrar tuk tutup lampu esok.. 

alamak!! blogger TERENGGANU.. tolong sesame naikkan bilangan penyokong negeri TEGANUNG KITE!! hehehehe ^_^

Jom kite same2 menyokong [skema ayat tue] kempen JOM TUTUP LAMPU selame 1 jam!! Wooohaaa.. 1 jam je dalam gelap.. dah boleh mula cari pelita ayam, pelita kambing, pelita itik raya, pelita buluh.. Lilin.. Hi3.. Okey, same2lah kita menyahut kempen ini wokeh.. [kepada yang dah kawin ^_^, kepada yang belum kawin jangan coba2] --> apekah maksud nyer?? Poe tanya cekgu sastera!! Wooohaaaa!! 

Pada aku, untuk 1 jam tue bukan aje tutup lampu, tutup semua suis.. kipas,peti sejuk yang sejuk, air-cond, laptop, charger pon,pon, n bla2.. hi3.. kepada yang sesak nafas bila dup dalam gelap pastikan anda mencari alternatif lain agar tak gelap di sekeliling anda.. kang tak pasai2 pengsan.. hi3..

Keterujaan lebih dah nie..sempat lagi edit gambo.. Baru belajaq semalam.. Hi3.. kalu ada fakta yang salah, harap deme yang membaca betulkan... 





MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!! [ops, salah cannel la!!!!! ^_^V]

Khamis, 24 Mac 2011

jangan tiru gaya saya.. -_-"


"I have my own way to reduce my stress''

Makan gula-gula!! Setengah jam, dengan jayanya menghabiskan dengan cemerlang.. Hu3.. Hate everything!! Tak habis2 dengan stress.. 

Kalo anda stress, jangan tiru gaya aku.. Rongak gigi nanti.. kuikuikui.. -_-" kalo tak sayang gigi boleh buat.. kuikuikui.. 









p/s: Butakan mata dan butakan hati..

Isnin, 21 Mac 2011

Kerana terluka [nurul] & bila kita bercerita, dia menitis air mata..


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakah daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan..

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu duka lara hidupku ini
Tak terkata
Aduhai sayang..

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya..

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini...

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah air mara yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa...


BILA KITA BERCERITA, DIA MENITIS AIR MATA

Kita selalu dengar kawan, kawan baik, keluarga, mereka2 yang minx menumpang bahu untuk merembeskan air mata sebab dia tak ada tempat untuk meluahkan perasaan dengan erti kata lain tak ada tempat untuk berbual dari hati ke hati dan tak da yang boleh menasihat dan bagi pandangan mata ke mata dan terus ke hati..

Selalu kita ikhlaskan diri untuk relakan telinga kita untuk dengar masalah kawan2 sebab meraka2 inilah yang bangkit mempertahankan kita bila kita turut merudum jatuh.. Itupun kalau kita dapat kawan yang ikhlas jiwa.. Bukan hanya kawan sewaktu gembira @ sewaktu duit PTPTN masuk ke akaun kita.. [selingan].. I2lah situasinya.. 

Orang selalu kata.. kawan yang boleh bagi nasihat dengan baik adelah kawan yang berlawanan jantina dengan kita.. [untuk masalah y berkaitan sahaja, bukan untuk semua masalah yang kita hadapi].. Bercerita rasa pedih dia, rasa gembira dia.. Kita, hanya mendengar..Paling tidak kita suruh kawan kita tue sabar.. dan bebel2 nasihat.. maka nasihat tersebut lekat dalam hati.. =).. Yang baik, maka baik lah jadinya.. Sebab tue semua AKAN JADI BAIK lepas tue.. =)

Bila kita selalu dengar masalah orang, kita boleh lontarkan penilaian.. pendapat tentang masalah yang dia hadapi.. Contohnya la.. masalah cinta.. Contoh 1: Pakwe terlalu mengongkong dan terlalu curiga.. Pendapat dari kawan2 yang selalu tengok si dia nie menangis sebab tak tahan dengan perangai pakwe dia spt y disebutkan di atas.. Putus kejap, sambung balik.. Ok la tue.. Kalau boleh sabar dan yakin tue jodoh.. Sabo je la.. Ha3.. Tapi, bila kita bagi nasihat pendapat.. Tuan tubuh nie kata.. "Aku sendiri pun tak pasti dia yang sekarang nie akan jadi suami aku".. Ha3.. Aku senyum.. Aku setuju.. I2 la manusia.. Setiap manusia sememangnya 'ada masalah tersendiri'.. w/pun masalah hampir sama, tapi jalan ceritanya lain2..

Hanya pemendam, bukan pendendam.. bagus.. Tapi orang kata ''diam2 makan dalam'' lebih kurang ''diam besi lama2 berkarat''.. ''Diam ubi lama2 berisi''.. Diam pada aku terbahagi dua.. Diam munuju ke arah positif dan diam ke arah negatif.. [minx jauh].. dia bercerita tentang diri dia dan masa depan dia dan cita2 dia serta siapa suami dia yang sebenarnya sambil membandingkan dengan keadaan seorang aku pada tanggapan dia aku sememangnya bahagia.. =).. Maka yang sebenarnya diam aku buat dia menitiskan air mata.. Perit keadaan dia pada dia, perit lagi keadaan aku.. Pada aku, aku takkan gunakan segala cadangan yang dia hujahkan.. Sebab i2 bukan diri aku.. =)..

Panduan Merawat Hati..- penulisnya Munirah bt Hasyim.. Banyak benda yang terkena pada diri sendiri.. =) Kita memang susah nak sedar kalau tak terhantuk.. Ha3.. Bila terhantuk, kuar darah berai2 [ha3, frasa yang paling cool] baru celik mata.. manusia manusia..

''Hai orang yang beriman! Berlaku sabarlah, kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedialah (disempadan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu memperolehi kebahagiaan.''
(surah: Ali 'Imran, Ayat 200)

Dalam penulisannya [m/s 106].. Bala ialah ujian Allah dengan tujuan untuk membuktikan orang yang benar-benar sabar. Tidak semua orang memiliki sifat ini maka sebab itulah ianya dianggap mahal dan tinggi nilainya dan termasuk sifat terpuji.. 

Banyak benda kita nampak perjalanan dia, tapi tersangat banyak benda yang kita tak nampak pergerakan dia.. Terlalu banyak.. Sebab tue kita sebolehnya tak boleh mempersoalkan apa yang bakal jadi esok hari.. Sebab esok masih ghaib.. Nampak tak pentingnya sabar.. Harap jelas.. Jelas untuk diri aku juga.. Sabar.. makna kata lain..satu kerja yang dilakukan oleh hati yang mana ia akan bawa seseorang ke arah kebahagiaan sejati.. 

Sedarlah aku, penasihat sabar mungkin ini lah hasilnya.. =).. Untung dari segala kesakitan yang dia hadapi selama nie.. Sabar dia.. lalui hari2 yang suram.. maka bertemu dengan seseorang yang memahami dia dengan segenabnya.. Sabar aku.. masih tak bertitik.. =).. titik.. titik..








Selingan: Buat pertama kali guna perkataan 'penasihat'..









I wish both of you happy always




Ahad, 20 Mac 2011

aku dah lupa ingatan @ banyak benda yang aku fikir???

Assalamualaikum..

Al-kisah!! Hupdate kol 2:03am 20 mac 2011.. gara2 mata xleh nak lelap walhal kol 12:05am tadi mata aku tersangat berat tahap mengantuk lavel 10.. Tapi disebabkan oleh ''satu baris ayat yang punyai ENAM titik-titik'' mata aku terus hilang rasa mengantuk.. Tersangat jelas bahawa, otak aku, fikiran aku, jiwa aku masih lagi mereng dan tak sedar diri sedangkan dah terhantuk kat dinding dengan kuat.. [gedegang!!]..

Kuasa dari ayat 6 titik2 yang tak seberapa bagi orang lain yang membacanya, tapi ia satu yang membuatkan aku jadi kembali sesuatu.. sedang aku berusaha untuk nekad senekadnya, masih lagi ada jejak yang aku tinggalkan.. hmmm.. ape lagi cara?? 

aku bangun dari pembaringanku bila mana mata yang tak cantik dan tak redup ini dah tak mengantuk.. bangun dan capai berus gigi dan ubat gigi serta pencuci muka.. berjalan dengan fikiran entah kemana.. aku lalui singki 3.. Terpandang sesuatu yang mcm aku kenal.. dahi aku berkerut 10!! Pap!! Ya Allah!!!! 

Dua bijik mug aku tersadai dalam singki dari pagi tadi lagi!! Adoi.. Mcm mana boleh lupa nie.. Pagi tadi, aku kelek mug nie, dalam otak dah atur molek rancangan.. Bawak mug--> letak dalam singki jap--> bersiram---> usai--> basuh mug---> balik bilik---> buka almari--> simpan mug.. Selesai.. Aku ingat lagi.. Tapi kenapa masih tersadai dalam singki??? Kemanakah fikiran aku melayang?? Hu3.. Kali pertama dalam sejarah duk kat sini.. Pelupa @ buat2 lupa??

Apa yang aku fikir sampai aku tak leh fokus langsung pada benda yang aku rancang?? Mujur jugak aku bangun g bilik air pepagi buta nie.. Terima kasih kepada "ayat 6 titik2'' sebab dah buat aku tak leh nak tidur.. Asar tadi aku g ambik wudhu' aku tak perasan.. Kesian kat aku..

''Aku harap lepas nie ayat 6 titik2 takkan muncul lagi''.. Sebab ia hanya buat aku tak leh nak tidur.. Sedangkan ''Ayat 6 titik2 dapat tidur dengan lena + senyuman yang melebar dan hati yang berbunga2''.. Aku tak pasti ''ayat 6 titik2 tue muncul dan baca @pun tak entry nie.. Aku memang tak tahu.. kalau dia baca sekalipun, akuharap sangat2.. Agar ada lagi rasa simpati ''ayat 6 titik2'' tue pada aku.. Aku tak harapkan apa2.. Cuba agak berbesar hati kiranya aku langsung tak nampak, baca, dengar @pun ape sahaja tentang ''ayat 6 titik2''..

Hanya i2 ubat aku..




mujarab ke tak, tak mengapa.. yang penting aku berusaha untuk kotakan janji aku pada dia yang langsung aku tak kenali secara batinnya..








Yang baik2 i2 hanya datang dari DIA, yang buruk dan hina i2 kelemahan dan kesilapan seorang aku..

Khamis, 17 Mac 2011

Buah kecewa itu bahagia

Kecewa? Bahagia? Antonim benar kedengarannya. Pelbagai persoalan @ pertanyaann yang akan mula kita fikirkan. 

Bagaimana kecewa akan menjadi bahagia?
Bahagia ke nanti?
Boleh ke jadi macam tu?
Kalau dah kecewa, mana boleh bahagia!
Entah apa-apa je. Banyak kali aku kecewa, tak pernah pulak bahagia.

Mungkin inilah kata-kata yang akan mula jasi perbualan anda semua. Mengapa? negatif benar fikiran kita bila dengar @ baca berkaitan dengan kecewa. Tapi kalau dengar bahagia positif pula. Mengapa? Sebenarnya hal ini menjadi impak kerana kita set @ tetapkan pemikiran kita seperti ini.

Banyak yang saya pelajari dari kedua-dua perkataan ini. Kecewa yang paling semua insan ingin hindari dan bahagia yang semua insan ingin kecapi. Ya! Semua ini impian dalam diri insan yang mempunyai naluri untuk hidup dalam ketenangan dan damai agar segala nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T dapat dikecapi dengan kebahagiaan.

Kebahagiaan tanpa kekecewaan tidak akan terasa nikmatnya. Berlari tanpa pernah jatuh tidak akan terasa keseronokannya. Kenapa? Hidup ini perlu diwarnai dengan pelbagai warna. Seperti makan. Andai kita kerap kali makan makanan yang sama juga akhirnya akan mengundang bosan dan jemu. Betul? Jadi, kekecewaan adalah salah satu warna kehidupan kita. Kecewa umpama tangga. Bahagia adalah ganjarannya. Siapa yang dapat meniti tangga dengan cekal dan tabah walaupun kadang kala terasa penat dan lelah, dialah yang akan menjadi insan yang paling bahagia sekali. Percayalah.

Saya pernah kecewa kerana gagal dalam kerja, belajar, keluarga, persahabatan dan yang masih berbekas adalah kehilangan orang yang tersayang untuk selamanya. Sangat sakit, tetapi hidup ini harus diteruskan. Perjuangan ini harus menemui penamatnya tetapi penamat yang bagaimana? Kecewa @ Bahagia?

Saudaraku...
Bangkitlah dari kekecewaan ini agar kita menjadi insan yang terhebat. Berterima kasihlah kepada kecewa dan insan yang buat kita kecewa kerana mereka yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari mereka. Jangan pernah memandang hina kepada diri sendiri tetapi lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita lihat.

Kekecewaan ini hanya ujian kecil tanda Allah sedang menyayangi kita dan tidak pernah lupa kepada kita. Pandanglah dari sudut positif kecewa. Kecewa adalah tangga menuju bahagia. Tidak semua kecewa itu pahit. Tidak semua bahagia itu manis.

Bangkitlah saudaraku!
Senyumlah pada diri sendiri. Kita hebat sebenarnya daripada apa yang kita fikirkan. Kita terunggul! kita hebat! kekecewaan kali ini adalah jalan untuk kita peroleh yang lebih baik daripada apa yang kita punya hilang kini. ALLAH sentiasa dengan kita! Allahuakhbar.

 copy: sini 


----------------------------------------------------

Aku rasa.. Kecewa i2 sesuatu yang bagus. Bagus untuk sedarkan diri sendiri agar sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Yang salah yang khilaf, yang tersasul yang sengaja disasulkan..Segala yang ''ter'' dan tidak di ''ter'' kan buat kita sedar.. dan menyesal.. Dari sudut lain, kecewa i2 pada aku sebagai petunjuk untuk kita buat pembetulan.. Yang lepas memang dah lepas.. Yang akan datang jangan lagi jadi mcm yang lepas.. kira sebagai guard line pada kita.. Beringat dan sentiasa tanamkan dalam otak, fikiran dan hati..

Kalau sebelum nie kita ''mcm nie''.. Bila kecewa, kita sedar dan tak sepatutnya kita ''macam tue'' dan kita kena jadi ''macam nie''.. I2 satu kecewa yang baik insyaallah.. Kalau dulu kita jenis ''bergantung pada orang'', bila kecewa kita pun sedar yang kita kena belajar sebab tak selamanya orang akan relakan bahunya untuk kita tumpang sedih sendu melainkan mereka benar2 ikhlas. Jadi kita kena berusaha untuk ''tidak lagi mengharapkan bantuan sesiapa''. Berdikari dengan kata lain.. 

Kalau dulu kita hanya bersemangat bila kita selalu kena ''bebel'' dengan orang ''yang kita sayang''.. Bila kecewa, ''bebelan'' i2 masih boleh kita gunakan untuk kita sendiri bebelkan diri sendiri bagi diri sendiri bersemangat..

Kecewa nie kita akan rasa berat bila kita selalu fikirkannya.. Untuk kurangkan dan yang sememangnya kita tak boleh hapuskan ingatan kita untuk terus ingat rasa kecewa nie bolehla kita buat mcm nie.. Sibukkan diri dengan kerja/ rutin.. Sibukkan diri dengan aktiviti sosial.. Selalu berada dalam kelompok ramai. Selalu berborak dengan kawan2, keluarga @ ape sajalah.. Cara nie yang kita nampak.. Cara yang peribadi, hanya antara DIA dan kita.. DIA lebih tahu..

Tapi, sampai satu tahap..Kita akan rasa semua rasa kecewa tue akan jadi angin.. dan macam air sungai.. mengalir.. Berlalu mcm tue saja.. Untuk sampai ketahap tue, kita kena berusaha.. Berusaha dengan cara zahir dan batin.. Bukan hanya tau cakap, tapi nekad sepenuh hati.. Insyaallah.. Ingat, kita kena jadi berani w/pun sebenarnya kita takut.. Kena dan terpaksa pada awalnya takkan menyakitkan kita pada akhirnya.. Insyaallah..



Kecewa i2 hempedu yang pahit tetapi ubat kepada penyakit HATI.. 

Rabu, 16 Mac 2011

^___^ meroyan di pasaq malam.. wooohaaaa

Mak aku tanam kangkung..
Assalamualaikum... ^___^


Adalah hari ini amat memenatkan.. hehehe... Kelas setat kol 9.30 habis kol 5 petang.. 5.15 petang ke p.m.c [pasar malam changlun!!].. Hi3...[kejadah nyer benda2 cam gini pun nak citer ke??] = [ suka hati mek la ye] hi3.. ke sana sebab teman cikgu b.i mek beli beg sandang = beg jangok.. coz beg die putus belepas tali mase lam kelas ayah petang tadi.. hi3..

G pasar dengan baju kurung yang dari kol 9.30 pagi tadi.. Peduli ape.. asal tak bau ketiak sudah.. He3.. [tak sopan-tak sopan] ha3.. Dalam kedai beg, minah yang kat belakang aku pening nak pilih beg yang mane.. dia sangat jeles bila tengok beg aku tahan 2 semester..beg dia baru beli tak sampai 1 bulan dah putus.. aku beli kat kuala besut je.. yang kedai lambak2 tue.. RM20 je.. hi3... yang penting lasak..besar bas pun tak ape, aku sandang jugak.. =)

cermin kat depan aku nie sarankan ''cik siti pasihah, pergi la ke singapo, betulkan hidung, angkat tulang pipi, sempitkan dahi, g tanam rambut kat dahi sebab dahi luas mcm sawah padi..hi3..g tukar gigi palsu...sebab semua gigi aku palsu.. xda yang asli.. sebulan perlukan 3 poliden.. hi3.. gusi aku pun palsu,, [hati palsu jugek ke mek??] = [hati tak palsu!! dengan penuh yakin woooohaaaa!!!] pipi aku bengkak sikit nampak sebab baru lepas kena tumbuk dek seseorang dalam mimpi.. Ha3..

Lepas tue, kami g pasaq malam.. adoi, macam duk kat dalam pasar kuala besut pulak rase.. hi3..  tapi kuala besut punya pasar hari jumaat n pasar malam 3kali ganda ramai lagi la.. Hi3.. [peringatan: suka2 i2 duka].. selisih dengan senior2.. base junior nie wat muka kerang busuk.. ha3.. takpe, asal senior tak lupa junior, junior takkan lupa senior.. Ha3..

Aku nie lapaq..Cari ROTI JALA tak da.. Hu3.. Makan je la nasik ayam.. kak wani ngan cik atik pun same.. tunggu bas nak balik dpp lambat lagi.. bila duduk kat bangku tue, aku terpandang la seorang abang tue.. terimbau kembali sebuah memori...hmmm.. aku diam.. abang tue awek dia cantik, 100kali aku pandang dia pun dia takkan pandang kat aku dah.. =).. jadi aku makan je la.. makan dengan asyiknya.. Alhamdulillah..

Selingan: Kenape hidung aku nampak mancung??? ha3... biasanya mcm jambu air belah dua.. Ha3

Dah tergigit lidah sendiri.. Makan + mengelamun + lembab mcm siput sedut.. i2 adelah seorang aku bila makan.. tak reti aku nak macam macam ribut.. zup zap zup zap dah selesai.. Bukan aku tues!! ha3.. i2 POK LOH.. kah3.. sila sopan.. sila sopan.. nie la gaya seorang minah hodoh bila makan.. =).. terlalu hodoh.. zahir dan batin..

k lah, bila mood moody dah sampai, aku jadi malas nak menaip walaupun tadi banyak sangat nak meraban..  aku tak paksa untuk orang singgah dan baca,, sebab nie hanya belog peribadi.. 




SINGGAH-->BACA---> BERLALU..









aku seorang budak hodoh yang teramat bodoh..T_____T
Jangan jadi mcm aku..
Syurga berjuta2 nikmat dari NERAKA..
t___________t

Selasa, 15 Mac 2011

Novel2 yang ''menyentap jiwa'' seorang aku -_-"


JIRANKU KEKASIHKU


HANYA KAU KUSAYANGI


AKU YANG KAU TINGGALKAN


AKU BUKAN UNTUKMU


TANPAMU DI SISI


ANDAI ITU TAKDIRNYA


SEPUPUKU SUAMIKU
larilah hingga ke hujung dunia,
berenanglah hingga ke dasar lautan,
terbanglah hingga ke langit ke tujuh,
KALAU SUDAH JODOH,
PASTI BERSATU JUA..




JIRANKU KEKASIHKU,
HANYA KAU KU SAYANGI,
AKU YANG KAU TINGGALKAN,
AKU BUKAN UNTUKMU,
TANPA MU DI SISI,
ANDAI ITU TAKDIRNYA,
SEPUPUKU SUAMIKU...








Al-kisahnya hari nie bersamaan Selasa 15 mac 2011.. Aku dan 4 kawan yang lain ke Alor Setar sebab kami ada tugasan luar.. Tiga tempat yang berbeza.. Bertolak dari dpp kami kol 8.30am.. g makan pagi kat taman uum di jitra sana.. best gile!! wooohaaa!! \0/.. [buat2 ceria].. temujanji kol 10am kat Am Bank aloq setaq.. Hi3.. Sampai2 kat sana.. [ehem2!! skema2kan diri jap] masuk jumpa pegawai bank.. dah tel buat temujanji awal2 lagi.. untuk subjek satu tue.. hi2.. pegawai nyer.. amat baik dan sopan.. layan kami dengan baik sekali.. Alhamdulillah.. Banyak maklumat dapat.. =).. Selesai kat tempat pertama kol 11.30 am.. Pastu kami jalan2 lagi kat sekitar bandar..

Aku tetap seorang budak yang skema.. ke mana saja aku hanya berbaju kurung.. hi3.. sampai kawan aku malu nak ajak g karaoke bimbang aku nie jenis tak suka benda2 mcm tue.. Hi3.. Kesian2.. hi3.. Aku nampak kawan aku berbisik tanya kawan baik aku.. Dia cakap dia segan nak ajak g tempat karaoke sebab sia tengok aku selalu skema.. -_-"..

Kawan aku lak cakap.. Tie kita nie nampak je mcm nie, tapi dia sporting.. He3.. [time kasih kawan sebab paham jiwa].. Bila dia kawan aku yang berbisik tadi dengar aku cakap dalam kereta .. ''sedap nyer lagu nie!!'' = lagu jayjay..tajuk aku tak ingat.. lagu yang sesuai untuk orang curang dan dicurangi.. ha3.. dia cakap.. ai, tak sangka tie minat lagu jiwang2.. Wahahahaha...my best friend sampuk.. Tie nie kalau g bilik aku, aku menyanyi, dia menyanyi same.. Hi3... Dia cakap, tak sangka.. He2.. 

Dengan hikmah dan nikmat suara aku yang mcm katak puru nie, aku menyanyi la lagu BUNGA CINTA LESTARI.. yang satu2nya aku minat tue.. Hu3.. ngilu hati aku nak habiskan lagu tue.. Hu3..

Sambung.. Kami tak la masuk tempat karaoke.. Jalan2 masuk kedai, keluar kedai.. Gaya orang pokai.. Ha3.. Bila masuk FIRST LADY.. mata aku tertaut kat jubah hitam yang cantik.. hmmm.. kenapa ek.. hmmm... beria2 aku,, tapi aku rasa mcm tak layak.. tak layak.. rasa terhina.. i2 yang aku rasa.. =)...

Aku tertaut hati kat satu medalah tue.. aku memang suka benda2 warna merah.. =) terus aku beli.. hi3.. comel la bagi seorang aku.. bagi pandangan orang yang buta seni.. hi3.. teringat kat seseorang yang aku dan dia tak pernah sependapat.. ngilu lagi hati.. =).. aku beli nak letak kat putih.. ari tue dah gantung keychin nama artis yang aku minat tue ''MAWI''.. sayang nak letak lama2..makin luntur nampak.. jadi kena letak yang lain.. =)..


kol 2..kami ke bangunan zakat.. pejabat alam sekitar tingkat 2 dalam bangunan tue.. kalau kat k.trg, pejabat zakat yang besar kat situ [boleh bayang kat mana, tapi aku tak tahu nama jalan..].. ha3..lepas tue kami ke urusan ke tiga.. cop2.. kat pejabat alam sekitar tue, penolong pengurus pun sangat2 baik.. sanggup dia tunggu kami w/pun kami dah terlewat setengah jam sebab makan buah langsat.. Hi3..

Lepas urusan ketiga.. aku dan kawan2 [skema ayat mcm nak buat karangan bi..] ha3.. g rumah nenek kak wani.. kat alor setar jugak.. hi3..


Lepas tue balik.. sampai bilik kol 7pm.. badan letih w/pun aku tak memandu.. al-maklum la.. ada lesen agong.. tak dapat eden nak bantu.. hi3..




selingan: novel2 kat atas tue aku ambik gambo mase masuk kedai buku  sementara tunggu kol dua.. yang SEPUPUKU SUAMIKU tue yang paling tak boleh nak pandang.. seriau hati.. hu3.. aku baca sinopsis, meremang weh.. hu3.. takleh nak bayang [sambil geleng2 kepala].. terlalu kerap dia wat gitu, aku makin kuat untuk patahkan semangat dia.. baik aku wat mcm tue kan.. aku terus terang terus.. lagipun aku xda nadi nak &*^%$$


Aku harap perasaan aku, hati aku, fikiran aku, ingatan aku sentiasa tenang.. tenang.. tenang.. w/pun masih jugak lagi berada dalam ambang ''kengerian''.. Jauhilah aku dari NERAKA.. amin.. hmmm..

Isnin, 14 Mac 2011

Jangan terlalu "tunjukkan'' rasa tak suka @ benci anda -_-"

Assalamualaikum..

Genting Highland!!! Aduhai.. ''HARAP MAAF, AKU TAK BLH TERIMA KAMU''.. Seriau weh.. Hu3.. Terlalu peribadi sampai usus aku reject keluar air yang aku telan.. Aduhai.. Bila terlalu berani pun susah, terlalu takut pun susah.. Terlalu setia pun susah.. Tapi terlalu ''TAK SETIA'' amat mudah.. Ha3.. Sila terpukul sekarang!! Pang!! Pang!!

Lepas nie xde lagi P.P.. Xde lagi perasaan gedik2 nak pegi sana.. Tak mungkin!! Tolong!! Tolong!! Lemas dalam kecetekan dan ketandusan.. Gambaran sekarang?? Aku ''SERIAU'' tahap dewa.. Dulu, dulu dulu.. tak de la seberani nie.. Bila dah besar2 nie, jadi berani sampai terlebih berani.. aku berpesan: "sila kawal tahap kegilaan anda!!" --> aku seram..

Mak aku pesan.. Kalau tak suka, jangan tunjuk sangat rasa benci tue @ jangan tunjuk sangat rasa tak suka tue.. Buat macam biasa je.. Biar ''dia'' tak terluka aku pulak tak merana.. Kah3.. Tapi nie dah parah weh!! Sabar!! Sabar!! Tolong nasihat aku.. Tak boleh nak bayang.. (sambil geleng2 kepala).. T____T..

Bila aku kata.. Ma, si *&^% cakap dia ^*&% kat ore.. Geli ma.. Seriau bulu roma..Ma jangan bagi no.*$%^ ore ke dia.. Ma aku balas: ''No.komen." Sebab mak aku dah lama tahu.. Hu2..Tak suka2.. Tapi Tak benci.. Hu3.. aku kata tak mungkin, dia cakap dia yakin 100%.. 



Jangan tunjukkan rasa tak suka dan benci kita yang melampau.. Sebab semua tue akan jadi sebaliknya.. Benci jadi sayang.. Mengada2 jadik manja2.. Menyampah jadi sesumpah!! Ha3.. Jangan main2.. Ngilu2..





Harap aku gila sekarang.. maka haram untuk aku %^&*(.. kah3)...







Selingan dia: ''Solat bersama pun tak boleh ke??''
Selingan aku: '' xxxxxxxxxxxx"



Kembali seriau.. Hu3... Rindukan bapak rimau.. Termelampau dan terlampau2 merinduinya.. T____T









Cerita ini adalah rekaan semata2 T_____________T.....

Sabtu, 12 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Dpp Bank Rakyat & S.M.E Bank

assalamualaikum..

Jumaat lepas aku dan kengkawan masuk la perarakan sambutan maulidur rasul peringkat dpp kami.. lebih senang paham peringkat BUKIT KACHI.. Hi3.. Malam jumaat tue setiap blok kena hantar wakil untuk buat banner belok kat dewan kachi.. semua sekali 16 blok untuk 2 dpp.. Aku pun turun la jugek.. Orang suh turun 9.30pm aku lajak sampai kol 9.45 sebab aku bukan pandai pun melukis neh!!! Muahahaahahahha... Tapi ape yang penting, kerja sama!! ha3.. Dalam kol 2pagi banner kami siap!!

Untuk hari jumaat, kami a.k.a budak2 blok g bersepakat nak pakai seragam.. baju hijau tudung hitam.. Woooohaaaa!!! kebetulan aku ada warna hijau.. Awalnya ada cadangan nak pakai telekung putih.. Hi3.. Ramai lak yang segan.. Aku lak on je.. Cadangan kedua nak pakai baju kaler ungu!! tapi ada pulak yang tak de warna tue.. Kesimpulannya, sepakat kami nak pakai kaler hijau.. Hi3..

Kol 8.am kumpul kat depan pejabat dpp bank rakyat!! Dengan tersengguk2 ku gagahkan kaki (hehehe) untuk memeriahkan suasana.. Hi3.. Kol 9.30 mula berarak mendung kelabu!!! lalalalala.. Hi3.. Ramai2 selawat.. Terimbau kembali sebuah memori mase sekolah dulu.. Berarak ramai2.. hu3.. Best nyer.. Pakai baju kurung kasut sekolah dengan baju melayu.. (Ensem2!!).. Hi3..

Sebelum tue biasa la.. Gambau2 dulu sementara menunggu mereka yang sakit kaki nak datang awal.. Hi3...

Layan~~~

: Kak wani dan cik atikah!! Ha3

: Ja, cik pas, cik ayu, adik, n kak wani!! ja tuh kembar tak seiras aku.. Ha3

: nie adik2 junior blok g.. 

: Nie geng kakak senior.. gambor kabur sikit.. -_-"

: Nie cik pas.. "kau nangis ek??" mane ade weh!! Semalam tidoq lewat..banner punya pasai!! ^_^V
Muka makhluk yang tak kenal bedak @ pemalas nak tepek bedak tebai2.. Hi3.. Takpe, kompem da memang tak da yang nak pandang.. Muahahahahaha...






Terima kasaih kat kawan2 yang tolong ceriakan hari aku.. Heret aku balik ke dunia asal dari lamunan yang mematikan diri.. Time kasih kat mereka yang menegur perubahan aku.. Terima kasih kepada mereka yang meniupkan semangat.. Time kasih!! =)..





Tidak selamanya senyumanku terhapus,
Tidak selamanya ikatan itu kukuh,
Tidak selamanya ia kekal,
Akan tertitik jua
semua itu..





KAU selamanya dihatiku..Syukur kerna KAU kembalikan aku, terjaga dari kelalaian aku.. 

300 terkorban (gempa bumi di JEPUN)

TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat. Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear. Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.



Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.


Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali. Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang. Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.



Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori. Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung. Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.



Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai. Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu. Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan. Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud. Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.



“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit. Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP



copy: SINI

Rabu, 9 Mac 2011

Malam nie!! & Dua tahun yang ''PANTAS''

Assalamualaikum =]


Malam nie aku n geng2 jadik ajk tuk 1 majlis akademik..Malas nak cerita.. Yang penting sira dan sijil.. Ha3..


Kak Wani, Cik Atik, Nina, Cik Ayu, Cik Piha & Cik Pas

Cik Atik + Cik Pas

Cik Nina + Cik Atik

Tengku Fariz + Cik Atik

Cik Trima Kasih + En. Kasih Diterima =)

Hi3.. Geng Ajk.. Gambaq penuh nanti2.. 




Hi3.. Aku rasa seronok la untuk sekarang.. Hi3.. Tapi untuk lepas2 nie.. Insyaallah akan bertambah seronok... Ha3... Amin.. Jangan biarkan hati terlalu lama berduka.. Ingat NERAKA.. Syurga.. =)








Dua tahu yang agak pantas.. Kalau dulu.. Awal bulan 3 nie, kami sekeluarga sebok2 buat persiapan kawin adik aku..13/03/2009.. Sekarang dah nak masuk 13/03/2011.. Sangat pantas masa berlalu.. Kisah aku pun begitu.. Sekelip mata gembira.. Gembira.. Gembira... Pastu Duka.. dan padan muka.. Ha3.. Lucu rasa.. Hidup aku tak lepas dari perasaan lucu..Sangat2 tak sangka.. Sejujurnya, perasaan aku tak ''mati'' untuk adam.. tapi dah jadi takut untuk berhadapan dengan mereka.. Seribu rasa hina, aku rasa.. Kalau macam tue ''mati'' dah la hatiku... Ha3..

Tak mengapa.. ''SETARAF'' tue penting.. =).. aku cuma dalam taraf papa dan kedana.. Emas berlian, permata, namrut nilam xda.. =) pakai manik harge rm2 je.. hi3.. Ilmu pulak hanya secetek air yang cetek..Jadi kena sedar diri.. Hodoh macam badut sarkas.. tinggi, xde potongan badan.. Ha3..Hitam legam.. Busuk.. Dua tahun yang agak pantas.. banyak benda yang berlaku.. Hati teramat ngilu dengan apa yang berlaku.. Matikan hatiku.. matikan hatiku.. Matikanlah hati Siti Pasihah Bt Abd Aziz untuk adam.. dan sebaliknya.. =) dua tahun yang agak pantas.. Pulau i2 memang berpuaka.. pulau memendekkan jodoh bagi mereka yang xda ikatan yang sah.. Ha3.. Mungkin kebetulan... Ye mungkin.. Kebetulan.. Allah Maha Mengetahui..

Isnin, 7 Mac 2011

Tolong Jangan Jadi 'PENIPU'

Jangan jadi ''PENIPU''

"Jangan menipu dengan zahirkan rasa sedih yang MELAMPAU sedangkan hati berbunga BAHAGIA.. sebab semua tue orang boleh baca.. Jangan menipu tak BAHAGIA sedangkan semua terzahir depan mata.. Jangan kata SUSAH sedangkan semuanya MUDAH.. menipu ZAHIR rasanya tak seteruk menipu BATIN (perasaan).. Sedangkan begini, makin berbunga kebencian sedangkan rasa benci susah nak datang.. "

Untuk diri sendiri: Jangan pandang belakang lagi.. Jujur pada diri sendiri.. Berani buat ape yang 'orang' tak berani buat.. w/pun yang dikendong dah dikendong 'orang'.. 

Untuk diri sendiri jugak: JANGAN JADI PENIPU..

Ahad, 6 Mac 2011

makan macam tak makan

Dikatakan bahawa sekiranya EMOSI berada dalam keadaan tidak stabil MAKANAN YANG KITA MAKAN SEPATUTNYA MENGENYANGKAN TETAPI BERUBAH MENJADI SEBALIKNYA.. [skema gila ayat].. Lulus ujuan b.m penulisan.. [c- aku v markah untuk diri sendiri] ha3..

Masuk ptptu hari tue, aku dah berli stok makanan.. Preh!! Banyak.. Meggi 3 bungkus [3 x 5= 15] banyak dah nie.. Biskut2222...Miloooooo....dan lain-lain!! hi3.. Tak cekak nak list.. [sebab tak banyak habis beratus] ha3.. minggu lepas aku habiskan 7 paket meggi.. Makan nasi, makan meggi.. Hu3.. Kawan aku cakap '' mu nie makan meggi banyak tue, nak mati cepat ke??''.. aku cakap ''UBAT UNTUK LUPAKAN INGATAN''.. ha3..  Biasa la setakat rasa reput tulang tue.. tahiyat akhir, rasa nak londeh sendi kaki.. betapa bahaya nyer medalah tue.. Kesimpulannya SILA LA AMAL MAKAN MEGGI untuk KESUSAHAN MASA DEPAN.. he3.. untuk diriku sendiri la.. 

Xpelik langsung meggi dengan dak2 yang belajar.. Sinonim.. hi3.. Dan STOK MAKANAN AKU PUN DAH MAKIN KURANG DAN BERKURANG seberkurangnya duit ptptu.. ha3..







sekian terima kasih.. nak balik kat rumah no 2.. nujumajaib.blogspot.com ^_^V

Jumaat, 4 Mac 2011

Mencuba untuk....

  1. Tidak usik jerawat..Biarkan dia tumbuh.. Kalau usik nanti tinggal parut.. 
  2. Makan sekali sehari w/pun keadaan untuk ''nasi ayam'' semakin menghimpit..
  3. Berusaha untuk BELAJAR RAJIN2 w/pun perasaan sangat ''MALAS''..
  4. Berusaha untuk pakai pelindung payung/buku/sweater dalam keadaan sejuk dan panas..
  5. Berusaha untuk baca AL-FATIHAH 21x .. =(
  6. Berusaha untuk tidak jadi seorang yang MANJA KELEDEK w/pun tak mampu..
  7. Berusaha untuk tidur alas kepala guna bantal..Tapi tak berjaya sebab dah  TERSANGAT BIASA xguna bantal..
  8. Berusaha untuk tidak botak..
  9. Berusaha untuk senyum dengan manis w/pun tuan tubuh tak manis..
  10. Berusaha untuk sakit ttpi tak berjaya sebab ALLAH bagi nikmat sihat..








      11- berusaha untuk tidak ''SEDIH, KECEWA, RINDU''..







Berusaha untuk jadi mayat yang diterima bumi.. Tapi =(... Aku.....

Selasa, 1 Mac 2011

Makin malas -_-

Aku dah semakin malas..a.ment melambak.. 2 minggu aku duk saja..tak sentuh ape2.. Nak balik semangat macam semester lepas.. Aku rasa semester nie memang lemah layu sayu je semangat aku.. Hmm.. Mengeluh aje kerja.. Jangan siti.. Jangan.. Tapi mcm tue jugak aku.. Hmmm... Malas datang tiap masa.. Kelas pun rasa nak ponteng je.. Malas.. Malas nak buat segala2 nyer.. Hmm.. 

Kenape sukar sangat nak dapat jodoh.. Dr.Fadilah Kamsah..-motivasi pagi nie

1- Serik nak bercinta
2- Hidup tak seimbang..
3- Sindrom orang bujang yang masih tebal..
4- Kurang berdoa pada ALLAH untuk mintak dekatkan jodoh..
5- Kurang usaha yang sesuai..
6- Tidak istiqamah dalam bercinta.. "berkawan biar 1000 bercinta biar satu''


Sila bersemangat la hati.. Hajat pagi nie nak kotakkan ape yang patut aku kotakkan.. Tapi ternyata masih jugak tangan aku kaku untuk mengalih/mengangkat/ambil barang2 yang berkaitan masukkan ke tempat yang sesuai.. Tak mampu..










-_-