Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Ahad, 31 Oktober 2010

Adab-Adab Makan

1- Mulakan dengan Bismillah

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)

Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.

عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan guna tiga jari

عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan

عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.

وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)

وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا

(رواه البخاري).

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)

وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ulam \o/

Pucuk Ubi Kayu

Taugeh

Salad

Pucuk Putat

Petai

Pucuk pegaga

Mentimun

Kerdas

Kangkung


Kacang Botol


Pucuk Midin


Jering


Cabai/Lada


Jantung Pisang

Ha...Nie adalah senarai ulaman faberet aku.. Memang aku suka makan ulam.. Dari kecik sampai sekarang.. Arwah ayah aku yang ajar.. Arwah mmg suka makan ulam.. ada kawan2 aku cakap.. "tie,kenape aku tengok kalau mu makan nasik dengan ulam nampak sedap je nasikyang mu makan"..Aku cakap, mana ada...Same aje dengan nasik yang mu makan.. Ha3...

Lagi.."Mak aku selalu suruh aku makan ulam, tapi aku tak pernah makan... Aku tak suka ulam...Kalau aku bawak siti balik umah aku tentu mak aku suka kat mu tie coz mu pandai maka ulam n nampak sungguh berselera..."...

Lagi.. "ko nie tak da jerawat pun..Selalu makan ulam ek??" Ha3... Aku cakap.. Ada jerawat tapi cepat hilang parut.. Kesan aku makan ulam kot.. Ha3...

Kate2 nurse mase aku derma darah.."Wah, xsampai 5 minit dah penuh satu beg darah..." Lain kali adik kena derma lagi nie.. Adik kena selalu2 makan ulam tau" .. aku jawab.. Kak, ulam tue mmg faberet saya.. Dia jawab " patut la.."

Ades, letih dah nie.. Kesimpulannya, amalkan makan ulam sebab menyehatkan tubuh badan kita...Insyaallah.. & Awek muda... Terbukti sebab ari tue ada sorang mat salleh tue cakap "AKU NIE MCM BUDAK UMUR 17 TAHUN" dia cakap mcm nie lepas aku cakap umor aku 21 tahun.. He3....

Sila amalkan ye sayang2 saya...

Bye..

^_^


Rabu, 27 Oktober 2010

ZINA

...Akibat buruk bercinta sambil bercouple berdua-duaan dan akhirnya berzina... didunia lagi tuhan dah tunjuk azabnya...

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar...

MEREKA YANG BERCOUPLE BKN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T TETAPI MEREKA ITU LEBIH HAMPIR DENGAN SYAITAN DAN TERLALU DEKAT DENGAN ZINA...

Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua. Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.

AKIBAT BURUK DAN BAHAYA ZINA

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud.???..

jom tutup aurat dan jaga akhlak


bercouple lebih hampir kepada syaitan daripada Allah s.w.t


Ahad, 24 Oktober 2010

Kosong

Assalamualaikum..

Memang tepat sangat la dengan apa yang aku rasa belakangan nie.. Ha3.. Kan aku dah cakap.. Hidup nie ibarat roda.. Jadi aku tak kan kesah tentang apa yang akan berlaku lepas nie.. Sebab nya, semua benda masih dalam keadaan samar2..Aku sendiri pun malas nak berangan2 bahagia, tidur sambil senyum simpul 14 n blablabla..

Yang penting sekarang *&^%$# tetap *&^%$# dan aku sebagai manusia yang masih berfungsi akal n fikiran kena %^&*# semuanya..

Ha3..

Mmg aku kalah.. tapi tak pe sebab aku tak kesah..Ha3... K, bye.. =)

~~~~~~~~~~~~> aku rasa aku tak perlukan buku merah lagi..lagi banyak helaian aku habiskan lagi banyak benda aku rasa..Ha3.. Stop je la.. Cari buku biru pulak.. Tentu best,,,Ha3

mcm novel...hahahahaha

Ahad, 17 Oktober 2010

K.A.W.A.N

Assalamualaikum..

Kawan nie mmg penting kan3... Seramai mana kita ada kawan adalah satu ukuran..Kuikuikui.. Ape2 je la weh.. Semalam, aku g mall.. (-_-) --> edit a.ment!!! Pastu terserempak dengan senior sek renek.. Abang Faizal a.k.a faizal akram...Kuikuikui ^_^... Aku tanya dia, g ke dop program perintis usahawan hujung minggu nie?? Die pun oyak g, TIE g ke dop?? Aku cakap, g.. (xpenting lagi sampai sini...Panjang lebar kami berbual kat mall y RAMAI sangat orang y kelaparan ha3.. Abang peja pun tanya aku:

"TIE,ABE PEJA TENGOK TIE SOKMO SORANG..
XDA SAING KE?? LEMAH SUNGGUH"

Nah..Ambik engkau..Kah3...Aku jawab ada kawan..Tue..Tp dia duk s.m.e.. Kuikuikui.. Motif ku ceritakan benda tak penting nie adalah untuk menyatakan tahap sosial aku..Sungguh lemah..Kawan aku cuma kawan sekumpulan tugasan.. Banyak jenis kawan.. Tp kawan yang baik merangkap kawan baik tue tak ada.. Aku mmg sorang.. G beli makan pun sorang, g changlun pun xda masalah kalau aku g sorang.. Ha3..Aku tak sir,kalau aku ada kawan baik..Aku tak mampu nak hargai dia..Sebab aku bukan lah SESEORANG YANG BAIK UNTUK DIJADIKAN KAWAN.. Tak mampu untuk mengikut kawan.. Pade aku menyusahkan orang, lebih baik menyusahkan diri sendiri..Ha3...

Kepada senior aku, xperlu risau.. Mek tie ada kawan cuma xjumpa lagi kawan baik yang sekepala perangai mcm mek tie.. Kalau mek tie susah, abang2 n kakak2 senior mase kat sekolah ada kat sini.. Abg peja,abang adam, abg jeny, pok ju, abang jijan, abang pa, kak jue, kak lin, kak lisa, kak juliana.. & sebaya.. Hasni, suha,udim, wati, sepu.. Ramai kan3...

Untuk dapatkan kawan yang baik, mektie kena ubah diri biar jadi baik dan xberkira.. Tentu orang suka..Kuikuikui ^_^ formula nie boleh pakai ke tidak?? Ha3...

Harap, kawan baik akan muncul tak lama lagi..Amin...

Isnin, 11 Oktober 2010

10/10/10

TARIKH Y CANTIK

SEPATUTNYA AKU KENA NIKAH ARI NIE...KUIKUIKUI

^_^V

TP AKU TAHU, ADA ORANG TUE KANKANKAN...
die cakap nie ulang tahun perkahwinan y pertama..
kuikuikui...

Ape pun, pade sesiape yang kawin pada tarikh nie, sambut ari jadi ke..

MOGA SELAMAT SEGALANYA..AMIN..

------------------------------------------------------
------------------------------------------------------

HARI ISNIN (11/10/10)

Hari nie aku tak tahu aku meraban ape dalam kelas ecom11..Hari nie ada speaking test.. dapat tajuk alhamdulillah.. Tp disebabkan ketidakpandaian lebih memenuhi reruang otak aku nie lebih banyak dari kepandaian makanya aku pada tahap BOLEH-BOLEH je la..

Kembali risau bila teringat final exam yang makin hampir..Semester nie aku mmg *^%$# sikit.. Tp entah la..Aku syukur pada ALLAH TAALA sebab berikan (*&^%$#) pada aku...

)(*&^%$$%^&*

^_^ kepada yang berkenaan, aku tak tahu nak jelaskan mcm mana..aku pun tak tahu nak cakap ape..semalam aku tahu yang kamu dan kamu saling mengenali sjk dari sek rendah lagi..Tp seingat aku kamu cakap kamu tak kenal.. Rasa mcm diperbohkan ke tidak?? Tidak kut (aku cuba tuk fikir positif)..Kkuikuikui ^_^.. Baru je aku nak cakap aku suka, dahtertoleh kembali rasa itu..kuikuikui..Tp janji tetap janji..aku akan kotakan w/pun lambat..

Untuk pak itik yang aku sayangi..Time kasih tuk segala nasihat..pertolongan, n sifatmu yang ala-ala )(*&^%$#) menyebabkan aku rasa nak v hadiah KENTUT yang paling enak (w/pun selalu v) pada abad ini...ha3...sayang itik sangat2...saya sememangnya AYAM yang bertuah...kuikuikui...

KEPALA OTAK YANG BENGOM SUDAH KEMBALI...AKU NAK BERHENTI SEKARANG SEBELUM BERLORI2 AKU MELALUT...^_^

SALAM SAYANG TUK SEMUA YANG SINGGAH...

ops!! KALAU KAK NASRINA HONEY singgah kat sini...

Kak, sila berusaha tue KURUS...kuikuikui ^_^V

Khamis, 7 Oktober 2010

Pesanan utk AKU!!

SIIIITTTTTIIII AZZZZZIIIIIIIIZZZZZZ.....

KKKKKUUUAAAAATTTKKAAAANNNN SSEEEMMAANNNGGGAAATTT!!

.....hUhUhUhUhUhU =(
*sedapnyer nasik ayam...
*sedapnyer moi sup...
*sedapnyer a.b.c ais-krim...

# k,lah..nak naik bilik,TIDO..^_^