Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Sabtu, 28 Ogos 2010

Xda idea!!

Assalamualaikum,,

Otak duk fikir ke nak balik kampung aje.. Belajar dalam kelas xmasuk otak.. Sengal sungguh.. @ minggu nak balik hati dah mula bercelaru, tuan tubuh sendiri rasa macam nak ponteng-nak ponteng kelas aje.. Aduhai,, tapi gagahkan diri yang sememangnya gagah nie tuk ke kelas.. Ha3..

Rasa dah tak terlalu awal untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA..

>
>
>
>
MALASKU SUDAH KEMBALI... K TATA!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Derma Darah =)

Assalamualaikum..

Kol 10:30pm tadi sempat aku g turun kat dewan kachi bila dengar pengumuman tentang derma darah..Paling last aku derma mase bulan 1 ari tue..Baru 4 kali termasuk yang nie rasenyer..Buku lak tertinggal kat kg..Ha3..Xpe, yang penting ikhlas..Kan3..Berat aku 47kg!! darah o.. Kalau sesiape perlukan bantuan aku bagitahu la ya.. Insyaallah aku memenuhi prasyarat tuk jadi penderma darah.. Alhamdulillah...


P/s: Same2 lah kite berbakti =)

Selasa, 24 Ogos 2010

Boleh Balik Kg jugak akhirnya..Ha3

Tiket bas mek tie.Panas2 lagi!! \o/


P/s: Buat lembu2, kambing2, ayam2, itik2 & sepastinya buat kerbau2 tok aku sila la bersabar.. Penjagamu akan pulang tak lama lagi..Kita akan berbual panjang.. Kamu paham bahasa aku n aku paham bahasa kamu semua!!! Hi3..Love u all..Tunggu tau...\0/

Selasa yang Indah

Assalamualaikum,,

Rasa malas nak hupdet medalah nie,, minggu lepas sibuk kalah menteri,, hu3,, tp aku sentiasa ada mase tuk berfacebook diri w/pun sekejap2..Kih3,, mcm kena badi,, tak sah kalau xonline dalam sehari.. Sepatutnya aku xleh jadi gitu.. Melalaikan..Hu3.. Tp aku akui, medalah nie ada kebaikan jugak.. Senang nak berhubung dengan saim2.. Tunggu aku sent mesej @ saling sent mesej tentu saja xmungkin berlaku melainkan mmg kawan baik.. Ha3.. Sungguh xcome perangai..

Ramadhan yang indah..Menakjubkan, sebab tiap ape yang aku rasa takut dari awalnya sampai kat pertengahan & hujung aku jadi tenang.. Tak gelisah.. & rasa mcm dipermudahkan olhNYA..Syukur..Kelmarin (isnin) ada forum untuk ECOM 2.. Aku berdebar bila tengok skrip, masalah b.i aku yang teruk tue dah satu hal, tp cuba jugak tuk bagi komitmen dalam kumpulan..Hu3.. Hasil, berusaha jugak untuk bercakap dengan kuat agar orang dalam kelas dengar n lecturer paham.. Tp sedikit masalah timbul bila aku yang jadi panel pertama xtenang disaat permulaan..

Aku teringat dulu, mase teacher suh baca artikel dalam kelas..Aku baca punyalah slow, xreti nak sebut n mcm2 la.. Memang trauma dengan b.i.. Hu3..Malu yang menempel kat muka aku nie setebal tar jalan raya tuh..Rasa nak pakai kotak je kalau jalan kat kawasan sekolah.. Penolong Pengawas yang dilabelkan garang mcm rimau, bengis mcm singa punya kelemahan.. Budak darjah 1 lebih terer dari aku.. Hu3..

Sekarang, aku cuba istiqamahkan diri aku..Hu3..Mintak nasihat orang pandai mcm mana nak reti b.i..Cakap lancar, n yang berkaitan.. Aku punya dua orang cikgu (kawan aku) yang baru aku kenal mase nak add ecom ari tue.. Aku harap sangat diorang dapat sabar dengan anak murid yang sengal mcm aku.. Sentiasa menyusahkan diorang..Tp diorang cool je..Hi3.. Cikgu Atikah & Cikgu Safihah..He3..

Kalau sem lepas aku kenal "kak uni" dalam kelas Asas keusahawanan yang aku ambil kelas tuk pelajar foreigner..Tentu2 aje lecturer guna b.i..Hu3..Aku tak tahu kalau group A tue untuk pelajar luar negara..Aku add dengan jayanya..Masuk2 pening tengok pelajar kat dalam kelas tue..Indonesia, Thailand, China, Somalia, Itali pun ada..Paham2 je la..Aku xleh nak drop dah sebab bertindan dengan jadual aku kiranya aku nak masuk kelas lain.. Kat situ aku kenal kak uni..Pelajar akaun semester 7..Baik sangat.. Die yang selalu duk kat tepi aku..Hu2.. Jadi penterjemah time aku blur dengan ayat lecturer somalia kami..Kuikuikui..Rindu kat kak uni.. Sekarang die xda kat sini dah,,berpraktikum kat kuala terengganu..

Rasa best je bila dengar sain2 bertutur,, waaa,, nie la orang kata bersakit-sakit dahulu bersenang2 kemudian.. Disebabkan aku tak bersakit2 dahulu la jadi spt nie..Hi3..B.i nie best..Harap suatu hari nanti aku akan dapat gelak bila aku baca ape2 aje dalam b.i n dapat merasai kesedihan kiranya ayat tue sedih..Kih3..(poyo!!)

Doakan aku dapat belajar b.i dengan mudah..(Sila doakan sendiri, lebih mujarab),,Hu2..

Ok,habis pasai tue.. Aku dah tempah tiket tuk balik kampung..Nampaknyer kelewahan aku naik pepatung gergasi hanya sekadar gurauan..Bukan riak..Hanya bergurau..Aku tempah tiket bas dalam u pergi dan balik.. 2hb n 18hb sep. Hanya naik kotak besi je..Saim aku oyak, best tau naik kereta api..Kat pulau pinang turun kat tanah merah..Betul ke lokasi nie?? aku ingat2 lupa.. Nak jugak try..Ha3.. Insyaallah.. Naik kotak besi nie jam 9 malam la kut, mungkin sampai jerteh dalam kol 6 pagi la kut nyer..

Harap semuanya selamat..Amin..Hari nie aku xda kelas..Mmg free..Duk dalam bilik online & buat tugasan aku..

K lah..Bebel sampai sini je..dah kol 9:10 am nie.. Mase untuk menyental pakaian..Ha3..K, moga ramadhan nie mendatangkan keberkatan pada kita semua..Amin..

P/s: kalau rasa entry nie SENGAL, sila bagitahu..:-)

Sabtu, 21 Ogos 2010

U.N.T.U.K P.O.K L.O.H --__--"

untuk POK LOH

kah3..pok loh mintak bunga..Aku pun jadik pelik, apesal la saim aku hak nih berbunga2 jak belakangan nie!!! kah3... jangan maroh pok loh...

He3..Ros + Mawar peneman aku tuk setahun lebih nie.. Setia die duk tas meja aku..W/pun KAKU, ia ttp penyeri kamar aku dan rumet ku..Insyaallah..-_-"

Ha3,,ini dia pok loh..Saim jak sek rendah..Salah sorang anak jati SEK.MEN.RENEK..Sekarang dup UPSI..
\o/
cakar ayam--> Ha3..Gurauan semata2..-_-"

Khamis, 19 Ogos 2010

Bacalah...

Budaya Mendekati Zina KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina".

Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32). Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
•"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
•"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina belaka. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti Perak “menfatwakan” Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada “budaya taqrabul-zina”.

Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat). Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki).

Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan: "Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".

Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-zina" itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global". Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam".

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat - musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-ciri "budaya taqrabul-zina". Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

WALLAHU'ALAM...

>>> Aku copy dari BADAN DAKWAH & ROHANI (dalam f.b)

cakar ayam--> "peringatan buat aku"

Petua Makan Maggi dgn Sihat (agak sihat)

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

Aku copy dari BADAN DAKWAH DAN ROHANI (dlm facebook)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Epilog Syurga Cinta

Assalamualaikum..

Punyer la best cerita nie..Buat aku jadi mereng..Tp tak la sampai taksub.. Ha3.. Tapi mmg best la.. Suka dengan watak Cikgu Siti..Kisah Cikgu Siti yang mana tunangnya kawin dengan kawan die sendiri.. Waaa.. Sedih2.. Tp, sila ingat, jangan terlalu taksub..Jangan..Aku ada google gambar2 Epilog Syurga Cinta nie..Mmg la tersangat banyak.. Wataknyer yang come..Mia mmg budak yang comel & berbakat.. Sejuk perut ibu die.. Ape pun kat sini, aku nak cakap yang aku suka cara Fida @ Cikgu Siti tue.. Aku suka tengok lilitan tudung die.. Waaaa,,,suka-suka-suka.. K,lah..Nie je gambar yang aku nak masukkan dalam aku punya ru
mah.. Yang penting sekali,,cerita nie mmg best.. SELAMAT MENONTON EPILOG SYURGA CINTA semua!!! \o/

~ kan aku da kata, depa nie cantik & comei!! Nak pakai tudung mcm Fida..(tp xsesuai dengan muka!! keh3)

Peh!! Xda komen lain yang lebih sesuai kecuali COMEL!!! hi3 \o/

EPILOG SYURGA CINTA

Sila menonton ye!! pandangan aku, cerita nie mmg sedap..

Papai ^_^V

Khamis, 12 Ogos 2010

Terkini

Assalamualaikum..

Aku tambah label baru tuk x-tbt aku dalam UUM-YPU..Tadi aku g isi borang lar n anto sijil yang die nak tue..Nak dijadikan crita..Kerani kat CEDI tue baik n ramah giler..Lepas isi borang y disertakan dengan file khas, aku pun bace satu kertas yang diorang lampirkan..Waaa,,cuti semester aku BAKAL TERGANGGU.. 2 bulan pulak tue.. Abis ler..Aku harap sangat,kalau betul ada latihan praktikal BIAR BERMULA MASE AKU SEMESTER 4..Yeeehaaa!!! (Koya!!)..Kalau la..


Hari Isnin nie kami 30 orang kena g taklimat..G je la kan.. Xda masalah, surat pelepasan kuliah boleh mintak.. Nak dengo jugap ape yang diorang sediakan n aturkan tuk perintis nie..Yang aku baca tadi, tahap 1: KAMI BAKAL:
Menjalani bengkel &kursus yang berkaitan dengan asas keusahawanan & pembangunan diri spt;;
  1. Keusahawanan & Dasar Ekonomi Baru
  2. Motivasi & Jati Diri
  3. Pengetahuan Produk/ Perkhidmatan Terengganu
  4. Kemahiran Jualan
  5. Komunikasi Perniagaan
  6. Pengurusan Kewangan
  7. Pemasaran
  8. Perekaunan
Pada akhir tahap ini,PELAJAR AKAN DITEMPATKAN DI SYARIKAT-SYARIKAT PELANGGAN YPUT untuk menjalani latihan praktikal selama DUA BULAN..Waaa..Yang aku pasti, mmg praktikal kat TERENGGANU..Pada akhir latihan, PELAJAR MENYEDIAKAN LAPORAN TENTANG PROGRAM YANG DIIKUTI..Semua ada 3 tahap..Jadi SITI PASIHAH BT ABD AZIZ kena bersedia tuk hadapi sebarang kemungkinan yang berlaku..Semuanya akan aku ketahui selepas hadirkan diri dalam taklimat isnin nanti..

Tabahkan hati..Kah3

K lah..nak p kelas...


Papai ^_^~

Rabu, 11 Ogos 2010

G.E.D.I.K -_-"

Assalamualaikum..

Waaaa... GEDIK giler2 gambar PASIHAH kat atas tue.. Kih3.. Saja letak.. Jeles tengok blog orang lain come2 je gambo..Sebelum aku jumpak gambo yang sesuai, aku letak dulu gambo aku & abang, abang, abang serta akak & akak kat PULAU PERHENTIAN ari tue.. Gambar kat atas tue ada 5 orang.. Jurukamera yang tak aku tauliahkan, aku serta 3 orang kat belakang aku tue.. Waaa... Abang yang sorang lagi g ambik bot ase nyer.. Entah.. Kih3..

Kalau Si Penasihat dop ajak & paksa aku g ari tue, pah ke aku kawin aku xkan jejak pulau tue..Kah3..(Ngop, Kalau kawin tue mmg kompem aku pau laki aku g sane..) Amin..(kalau ada yang nak)..Time kasih bebanyok ler..Hari tue hari last aku duk kampung.. Malam tue aku kena naik bas da..Balik kat penjara Sintok..Hu3.. Tp berbaloi2 la kan..Hu3..

Menggedik kat kawasan aku xpe kan3.. Kih3.. Aku tue mmg la jauh dari perkataan COME.. Masih sedar diri.. Hi3..Klu POK LOH kelih gambo nie tentu die bangkit lagi isu GI
GI aku besar.. Jahat punya pok loh.. Kalau kenan ke aku baik oyak.. Jangan berselindung.. Kih3.. Sesedap die jew kutuk aku.. (padahal aku pun same)..Ha3..

Sangat suka pemandangan kat pulau tue.. Saat bermula 1001 kisah..=[

Papai ^_^ v
SELAMAT BERPUASA SEMUA =)

Isnin, 9 Ogos 2010

Agaknyer Ape Ek??

KEPADA PESERTA PROGRAM PERINTIS USAHAWAN UUM-YPUT-Sehubungan dengan itu anda diwajibkan hadir ke Institut Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (CEDI) PADA 12/08/10 (KHAMIS INI) untuk mengisi borang. Sila bawa bersama SIJIL WATIKAH PERLANTIKAN..(amir haliah,PERMATA-UUM).

Assalamualaikum..

Makanya seperti yang sedia maklum la kan.. Aku adalah salah sorang dari peserta perintis.. Agak nyer la kan3..Adakah pihak pentadbir akan bagi projek kat kami..Contoh nyer la kan..Bagi modal n kami kena mulakan perniagaan.. Kalau la betul-betul terjadi..Ko tahu aku akan buat ape?? Rancangan tue dah ada dalam kepala,, Aku nak ianya jadi kenyataan..N kurasakan ianya idea yang ok la kut..Itu pun kalau ada kerjasama dari pihak yang ketiga..

Tapi, aku awal2 nie mane boleh mengharap ape2 lagi kan3.. Sebabnyer, yang pasti..Geng perintis akan g kursus time cuti sem nie dulu kat mana2 perniagaan y berjaya..Itu yang aku diberitahu awal2 aku daftar dulu..Hu3..Aku tak kesah sebab kursus tue kat tempat aku sendiri..kat Terengganu..Ha3..Terengganu...Negeriku...Tanah berdaulat...Penuh semangat....Lalalalala~

Ape pun yang terjadi ari kamis nie aku akan story balik..Moga2 ape yang aku fikir tue betul la w/pun hanya 10%..Hi2...

K,nak g kelas Metod..

Jaga diri, jaga peribadi..& jaga dompet anda...Hi3...

Ahad, 8 Ogos 2010

Lemah Semangat..

Assalamualaikum..

Lemah semangat hampir tahap kritikal.. Perlukan seseorang tuk berleter kat telinga aku.. Perlukan seseorang tuk perhatikan tiap langkah aku.. Perlukan seseorang tuk tolong aku bila aku lemah.. Perlukan seseorang untuk ceriakan aku.. Aku perlukan satu bahu tuk lecuhkan dengan air mata bila aku rasa xkuat.. Perlukan seseorang y ringan tangan tuk ketuk kepala aku bila aku buat silap..

Hmm..Ade ke seseorang yang prihatin mcm tue?? Xkan ada seseorang yang prihatin mcm tue selagi aku tak prihatin dengan orang kat sekeliling aku..Sila jangan mimpi.. Rasa down sangat.. Sape yang boleh buat aku senyum?? Entah.. Takkan ada orang yang boleh buat aku senyam kecuali aku yang buat orang senyum terlebih dahulu..

Ape tujuan aku sebenarnya?? Entah..

Sekian..

Selamat berpuasa..
SAMPAI SYURGA

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

: Kau bukan yang PERTAMA, tp InsyaALLAH kamu adalah yang TERAKHIR

Jumaat, 6 Ogos 2010

Online memanjang..

Hu2..Musti ada yang terdetik..Budak CT nie online sokmo..Asal aku online je die mesti ade.. Waaa...Nak buat guane weh.. Da la kena berebut tuk dapat line..Kalu dop aku kena tunggu kol 2,3,4 pagi baru boleh online dengan aman.. Makenyer dengan itu.. Jangan pelik la kalau termanpak aku tiap mase lam fb ke ym ke..Mmg aku sentiasa buka..Time aku g turun mall cari makan pun aku buka.. Time aku g perjumpaan kumpulan pun aku buka.. Time aku duk buat kija pun aku buka..

Tapi kan rase segan jugak kat sesetengah orang tue..Macam la aku nie tak da kerja lain.. Hmm..Nak buat guane kan..Sekarang nie rase senang ler bila dapat online kat bilik je.. Hu3..Kalau dulu terpaksa turun dari tingkat 4 g bilik rehat.. Seksa.. Jadi nyer..Ades..Ape motif aku nie..

Aku segan!!

Sbb sentiase online..

Segan..

(Aku tak paham!!)

Siti Pas Aziz sudah goms!!

Ape2 je la..Kesimpulannya,harap xda yang pelik kenape aku online tiap mase..Hu3,,Ape yang tak kena dengan aku kali nie.. Entah la.. Aku sendiri jadi borink..Waaa...Tak da manfaat sungguh..K,bye..

Khamis, 5 Ogos 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


Nie aku hanya COPY & PASTE je..Xmampu nak kuar ayat sendiri..Sila la KLIK.. Kuar ah tempat yang aku ambik bahan nie..

Bila Mase aku hadap Buku???

Assalamualaikum...

Aiii,,, Da nampak sangat nie aku lara.. Xbermakna..Duk tunggu email dari kawan.. Suh die sent a.ment kumpulan.. Tp tak jugak aku dapat.. Da kul 1 pagi nie.. Aduhai.. Esok kelas politik xda.. Kelas metod paling aku tunggu2.. Rancangan tempatan xda lagi.. Aduhai.. Susah tul.. Esok jugak aku kena usaha sesuatu..A'ah..

Sampai kat sini je la... Puah!! Sori la..Bukan blog ilmiah nie..Hu3..

Okey..Sambung balik... Hari nie ada kelas Metodologi Penyediaan Pelan Pembangunan aje.. Waaa.. 2 kelas batal.. Lec semua cibuk.. Hu3..Maka dengan itu, aku balik awal.. Mata pulak rasa mengantuk yang amat sangat.. Tp sabar la dulu.. Aku xleh pejam mata lagik.. A.ment ta beres lagi..

Nak merapu ape ek kali nie.. Entah la.. Semua rutin.. Tak tahu nak story ape.. A'hah.. Mungkin hari isnin nie aku g Kuala Perlis.. Kajian luar siket.. Tak pernah aku sampai sane.. Xpe la.. Khabarnyer tempat tue best.. Depan hotel putra ke ape entah.. Tanah lapang depan hotel tue sasaran projek kami.. Tapak kajian.. Kah3..

Tp sebelum tue aku kena usaha dapatkan rancangan tempatan.. Nak cakap mcm mane ek.. Aku nie penyegan sikit.. Hu3.. Koya.. Harap nyer a.ment nie berjalan seperti yang aku harapkan.. Aku tak sekumpulan dengan senior,, jadi kurang pengalaman la sikit berbanding kumpulan yang lain..

Sabo ajew la..

Cakar ayam--> "jam 3:10pm..mata dah layu.."
Cakar ayam lagi--> "tak tahan da nak celik"
Lagi2 cakar ayam--> Tidur dulu..Ament sambung pas nie..Hu3"







Selasa, 3 Ogos 2010

Dah Tertunai

Assalamualaikum...

Aku nie mmg ada banyak cerita..Ha4..Pagi td aku g cuci gigi kat P.K.U...Lepas cuci gigi aku pun tergedik2 nak g naik timbangan..Ha3.. Lama dah aku duk cari benda nie.. Nak tau sangat berat aku berapa kilo.. Dengan penuh debaran..Mengharapkan berat aku xmelebihi 53kg.. Aku tanggalkan kasut..Ermmm...

Sebelum tue aku check dulu sama ada timbangan tue rosak @ x.. Ha3..Aku pun naik, erm...Takut nyer.. Jeng Jeng Jeng... "BERAT ANDA 47KG"...Ha3...Tersengih aku dalam klinik tadi.. Ha3...Xpuasa lagi, tp hasrat da tertunai. .Ha3..Ha3..Target aku lepas nir 45kg saja,,,Ha3...Amin...

Dulu, mase duk asrama, berat aku mmg giler2...Makan tidur, makan tidur.. Dagu jadi 2..Pipi tembam mcm roti bata baru siap.. Tp aku ttp hitam mcm arang la...Ha3..Gemuk... Sain2 ada jugak tegur kalau aku pakai baju tshirt n seluar sukan, nampak sangat aku gemuk n pendek.. Ha3.. Sekarang nie.. Ha... Tue dia..Penangan duk tingkat 4.. Mmg wajib turun naik tangga kalau nak masuk bilik.. Bagus jugak.. 47kg.. Waa... Sungguh x percaya.. 47kg nie berat aku mase tingkatan 4.. Sekarang nie angka tue datang balik.. Ha3..

Sila jangan jamu aku makan nasik dengan ulam.. Sbb nyer aku akan jadi orang sawan kalau aku jumpa nasik+ ulam + ikan + budu..Ulam tue ikut aje ulam ape pun.. Aku bedal.. Asalkan warna hijau.. Ha3..Balik umah nanti lagi best.. Jumpa budu tiap2 hari.. Ha3.. Waaaa... Sedap nyer..

Sila Jangan Takut \o/

Cakar ayam--> xsabar nak pakai baju raya..
Cakar ayam lagi--> Hi3
Lagi2 cakar ayam--> Da nak balik dah!! =)

Ramadhan da nak sampai..\o/

Assalamualaikum..

Ramadhan da nak sampai nie.. Ha3.. Gembira rasa.. Terawih ape cerita tahun nie.. Kalau aku buat perangai berat kaki lagi, memang aku seorang makhluk yang tak guna.. Bengom, goms.. & segalanya la.. Harap aku xbuat perangai mcm tahun lepas..

Puasa kali nie, terpaksa bersunyi..Kih3...Hidupku tanpa periuk nasi kesayangan..Aku da pos balik minggu lepas.. Aku bawak mase semester 1 lagi..Waaa, rasa mcm nak nangis je mase duk timbang berat barang kat pejabat pos ari tue.. Sangat2 sedih...(lewah giler ayat)...=)

Tajuk kali nie aku rojakkan...Macam tajuk yang lepas2 jugak la.. Blog ak nie bukan ape2 pun...sekadar kongsi rase aje.. Aku mmg sika nulis benda mcm nie.. Ha3..Dulu suka conteng diari.. Sekarang conteng blog.. Sampai diari merah aku tak terusik pun...Hmm... Nak balik...

Sebut pasal nak balik...Tahun nie rase nak balik awal dari biase aje.. Tapi bimbang lecturer buat kuiz..Jadi terbantut niat nak balik awal tue.. Moga Allah permudahkan..Hu3..Rase tahun nie aku tak leh nak pau sape2.. Penasihat pun macam gitu2 jer.. Rase macam gitu je..Hu3...

Best sangat2 kan kalau kita belajar kat negeri sendiri..(nampak sangat hati aku tak ikhlas).... Tiap mase boleh balik umah..Nikmat nyer kalau aku belajar kat UMT..1 jam 30 minit bermotosikal da pun sampai..Nak rilex lagi naik bas depan umah aku, 2 jam lepas tue sampai depan pintu pagar UMT.. Tp angan2 je la.. UUM nie 7 jam dari rumah aku..Jauh sangat2.. Naik flight 1 jam je..Nak naik flight x?? Nak3..=) (koya!!)

Lambat nyer nak abis belajar...Ha3...Berkulat la aku kat sini..Ha3..Mmg rojak tul entry kali nie.. Mana penasihat, lama xmuncul..Hu3..Teringat kat dia.. Bizi bebenor die sekarang..Xpuasa lagi, tp die dah sibuk2 bagi duit raya..Harap penasihat sentiasa lam keadaan y memuaskan hati..Ha4..

Malas!!!

Bye2..(xda orang baca pun) -_-"

Ahad, 1 Ogos 2010

Xkujangka -_-v

Assalamualaikum..

Td..Aku terfikir2 pasal sorang kawan aku nie..Kawan mase sek la.. Perempuan..Aku duk fikir apekah "die saling mengenali dengan die tue?"..Die yang pertama tue merujuk kepada kawan aku, die yang kedua merujuk kepada perempuan jugak..Tapi aku xkenal die..Name pun aku xtahu..Terfikir aku tentang sesuatu..Dulu-dulu punya cerita.. Hmm..Die orang nie orang baik2..Motif aku..Sebenarnya aku nak tahu latar belakang perempuan yang kedua tue.. Aku tahu aku pasti akan tahu jugak suatu hari nanti..Xpe, aku akan sabar..

Pagi nie syukur sangat2 pada Allah sebab demam kura2 aku dah mula kebah..Memang kura2 sungguh..Hu3..Jarang2 dapat peluang demam kura2 nie..Hu3..Ramai gop sain2 aku demam..

Td, trafik blog aku ada tunjuk sesuatu..Ha3..Xsangka..Xda ape pun.. SILA JANGAN GELABAH .
.Hi3..Tp aku ttp tak sangka..Tak sangka tahap xsangka..Ape punya ayat la kan..Tp belum tentu..Untuk perenggan nie hanya aku n penulis blog yang lain je faham..Pssssstttt...Rahsia..Dah kul 4:57am nie..Mata xngantuk lagi..Suhu badan pun dah turun..

K lah..

Cakar ayam--> "sila jangan gelabah"
Cakar ayam lagi--> Ha3..
Lagi2 cakar ayam--> Tido!!!