Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Sabtu, 14 Januari 2012

Perempuan wajib JAGA DIRI

Assalamualaikum..

Ini adalah pendapat peribadi Mek Tie. Kalau rasa tak berkenan, sila bagi teguran. Mungkin agak sensitif & Mek Tie tak belajar secara mendalam tentang kiasan & bahasa halus. 
***ADAKAH SESUAI TAJUK NIE??



Dulu, kini & selamanya Mek Tie rasa bila tanya pada kaum Adam "wanita macam mana yang kamu pilih untuk dijadikan ISTERI?". Mek Tie pasti kebanyakannya akan jawab "wanita tue baik, pandai masak, tak terlalu sosial, pandai jaga diri dan yang paling penting pegangan agamanya kuat [dalam erti kata lain budak jurus] cantik adalah satu bonus". Nie jawapan paling ringkas dan padat. Cantik adalah satu bonus bagi pemahaman Mek Tie ada 2 maksud. Pertama, memang dia tak kisah bakal isterinya tak lawa. Maksud kedua, cantik adalah satu bonus merupakan kata-kata untuk cover tanggapan orang lain padanya. Dalam sesetengah situasi la. :)

Kini kan, gejala sosial memang kronik pada pandangan Mek Tie. Ada ilmu tapi tak beramal dengan ilmu yang ada menyebabkan sesetengah pada kita hanyut dengan nikmatnya dunia. [Ayat Mek Tie nie ibarat pukul bola ke dinding, melantum balik ke Mek Tie]. 

Maruah pada Mek Tie amat penting. Perlu ada pada landasan yang betul setiap masa. Jika tercalar dengan perkara-perkara tertentu, pasti meninggalkan kesan yang agak lama. Orang perempuan. MeK Tie risau. Jika kita lalai sikit aje. Padah. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis orang laki nie. Bukan Mek Tie kata orang laki nie semuanya jahat. Sama sekali tidak. Segelintir daripada mereka. Dan kita orang perempuan nie pun tak semuanya baik. Kan sayang kan.

Kawan Mek Tie kata "nampak baik pada luaran, tapi dalaman belum tentu baik seperti kata-kata yang dituturnya". Ye Mek Tie akui. Dalam sesetengah situasi memang macam nie.

"Jika ingin membimbing wanita 'jangan pernah 
ungkit kisah silamnya' kerana kisah lalu adalah 'kekurangannya' dan kisah yang baru adalah penghijrahannya..."

Ayat nie Mek Tie petik dari salah seorang sahabat (lelaki) dalam Facebook Ustaz Azhar Idrus. Kalau semua lelaki boleh berfikiran macam sahabat nie, Alhamdulillah. Tapi hakikatnya, susah nak jumpa. Mek Tie suka orang yang boleh bertolak ansur. Bukan ikut kata dia je kan..

"Seorang LELAKI yang baik, dia pasti akan 
membimbing PEREMPUAN yang disayanginya 
agar lebih baik.. Bukan MENGHANYUTKANNYA"..


Dulu mase sekolah. Ustazah selalu cakap "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya". Kebanyakannya begitu la. 


Kesimpulannya di sini, jaga diri. Jaga maruah kita. Maruah zahir dan batin. Manusia nie boleh buat beribu-ribu tanggapan pada kita. Sebab mereka takkan pernah rasa letih untuk perhatikan kelemahan orang lain. Kuatkan diri. Kuatkan diri. Untuk dapat orang baik sebagai pasangan kita. Ayuh! Berubah. Cabaranya adalah untuk kekalkan perubahan tue je. Istiqamah. 




[Mek Tie cakap macam bagus je, walhal diri sendiri hampeh!! Terlalu banyak bunyi tak guna kan kan kan..]





Positifkan fikiran,
Sekian, terima kasih.

8 ulasan:

m!3yr4h_LolLy berkata...

insyallah sama sama kita menjaga maruah kita. jangan mudah terpedaya dengan orang sekelililng. i like ur entry !

amir aizat berkata...

nice entry kak ct !

Fikri berkata...

Nice.. laki pn kna jg diri gak. Hehe. sama2lah kita berubah kepada yg lebih baik. Aminn..

Apik Pehe berkata...

apik bukan lelaki baik

Siti Aziz berkata...

mirah: time kasih sayang!

Siti Aziz berkata...

adik iazat:kuikuikui..tak berape nice dik....

Siti Aziz berkata...

fikri: memang..orang laki pun kena jaga diri jugak sebab orang puan nie bahaya tau...hahahahaaha

Siti Aziz berkata...

apik: diri kita sendiri bukan kita yang menilai..baik @ tak baik, orang yang rapat dengan kita tau kita macam mana.. orang baik takkan mengaku dia baik...kebanyakannya macam tue la.. :)