Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Isnin, 19 Disember 2011

Kenangan 4 semester BerKELANA

Assalamualaikum..


YIPPI, YA, YA

Yippi, Ya, Ya, Yippi, Yippi, Ya,Ya.
Saya Pilih Pengakap Saja, Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian.. Cintaku Semakin Mendalam..

Ingat, ingat itu “to remember”.. Jangan lupa itu “don’t forget”
Saya sayang kamu, “I Love You”...Hanya engkau, “Only You”

Sabtu lepas dah habis ko-k. Dengan kata lain, dah tak de lagi kena pergi kelas pada hari Sabtu tuk semester yang akan datang. Sungguh tak best rupanya. Dah mula rasa tak best. T_T

Ape pun. Setiap yang berbula pasti akan bertitik. Ewah!! Ha3.. Mase semester 1, belajar dalam kelas je. Tak de g ke mana-mana pun. Berkelana dalam kelas pakai seluar trek hitam dan baju lengan panjang warna putih dan berkasut sukan. Duduk belajar dalam kelas untuk 14 minggu. Tak mesra alam lagi dengan kawan-kawan sekelas yang tak sampai 25 orang pun. 

Semester 2, tukar lecturer. Dapat la lecturer baru. Nampak gaya macam bekeng. Bila kenal, beliau memang baik. Hahahhahaha. Sem dua dah masuk fasa perkhemahan. Kali pertama berkhemah lepas kali terakhir aku tidor dalam khemah mase tingkatan 1. Mase tue perkhemahan kokurikulum sekolah. PBSM. Itu yang terakhir. Hahaha..Lame giler weh!! ^_^V


Semester 2
Semester 3, kami berkhemah lagi. Dan belajar macam biasa. Tahap nie dah mula kenal la geng-geng sekelas. Boleh bergurau senda. Ewah!! Kuikuikui. Ramai budak kelantan dalam kelas aku nie. 1,2,3,4,5,6,7 dan budak Besut 2 orang. Maksudnya, kalu kecek tue tok pelik sikit habuk.."feel free to speak Kelantanese".. Mase nie dah ada baju sendiri. Muahahahahaha. Ada dalam almari aku sekarang. Warna coklat!! 

Semester 3
Semester akhir. Kali nie berkhemah juga. Tapi ditambah dengan aktiviti kembara. Seumur hidup aku, tak pernah jalan kaki sejauh tue. Hampir 50km juga la. Kalau aku jalan kaki dari rumah aku kat Besut tue, 50 km + 25 km lagi aku akan sampai Kota Bharu, Kelantan!! Hebat!! Tapi kaki melecet la. Pengalaman? Sem 4 paling best. Paling aku suka. 

Nie antara mereka yang berjaya habiskan hampir 50km jalan kaki.. \o/

Bila g kelas, semua duk kate aku panggang muka ke?? Ha3.. Tak kesah la. Yang penting aku dan kawan-kawan buat ape yang orang lain tak berpeluang nak rasai kehebatan pengalaman itu. Gah gila ayat. Ha3..

Aku suka gambar nie..T_T
Bila dah sampai ke penghujung nie, rasa sayu tetiba je. Kuikuikui. Aku la yang rasa macam nie. Orang lain aku tak tahu la. Yang penting, aku dah tolong mak aku buat ampaian dengan gunakan ilmu yang aku belajar selama aku berkelana. Muahahahahaha. 

Kredit untuk ketua kelana kami untuk gambar nie.  :)

Aku pasti rindukan saat kita semua bersama. 
Waaaaaaa!!! 
Over weh!!





4 gambar ini kredit untuk ketua kelana kami!! Akmal!!



Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih. ^_^V

4 ulasan:

iszieylyanziy berkata...

wah,,sonok kan camping,,nak2 camping relax,,ngee

m!3yr4h_LolLy berkata...

best gila bila ko-k xdop. oyeah ! mirah sem nie baru mula rasa rindu terhadap ko-k. hee

fendy berkata...

happening je camping ni. baru terfikir,lama dah x camping sy ni,huhu.

Juliet_iRa~" berkata...

wahh sekali berpengakap selama2nya berpengakap..

:)