Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Isnin, 22 Ogos 2011

Cara Melegakan SAKIT KEPALA

Assalamualaikum..


21.08.2011 Mek Tie kehilangan seorang insan yang Mek Tie dah anggap dan hormat mcm ayah sendiri. Al-Fatihah. Mek Tie dah rasa kehilangan orang y tersayang 7tahun lepas. Tak terlawan rasa sedih yang lain sebab kita dah lalui kesedihan yang dasyat. Hmm.


Mek Tie rasa sangat bertuah kerana dikurniakan olehNYA tubuh badan yang sihat dan agak jarang jatuh sakit. Tapi entah kenapa kelmarin tubuh agak terganggu kenormalannya. Ewah. Ayat!! Ha3. Tapi betul la. Mula dari sahur dah rasa tak sedap badan, kemas rumah mcam biasa, siap bako sampah kayu kayan tepi rumah lagi. Kepala berdenyut. Tetap jugak egokan diri xmau telan obat w/pun keadaan memang mengizinkan. Ha3. [Orang perempuan, biasa la!! Woooohaaaaaa!! -_-" ]. Sebabnya memang Mek Tie tak ajar tubuh Mek Tie lega dengan ubat.

Dalam kul 3pm, terima berita sedih diatas. Lepas tue sakit kepala mula balik lepas lega sekejap bila tubuh tersiram air telaga!! Sejuk!! Tetap juga berdenyut-denyut. [Nikmat sakit, Alhamdulillah]. Petang Mek Tie ke bazar. Ingat dah bawak Minyak Cap Kapak tue, rupanya tertinggal kat rumah. Sampai bazar, asap pun banyak. Asap ayam golek, kambing golek, itik golek, ikan bakar n etc la. Ha3. Xberani nak masuk dekat. Asap tersebut menyenakkan kepala Mek Tie lagi.

Sampai rumah. Berdenyut!! Berbuka. Menakjubkan!! Mek Tie makan sikit je. Hehehehe. Berdenyut!! Makan tembikai yang sedap. Waaaaaa!! Lepas bersiap nak g rumah arwah, berdenyut lagi. Nak telan Panadol ActiFast, adik pulak tegur. "Eh, bukan ka mu makan timun [tembikai] takdi??". Mek Tie pun mengeluh. Hu3. Tahan je la.

Sampai kat rumah arwah. Okey jap. Xsampai setengah jam. Serang balik. Mohon diri tuk turun rumah. Ajak kawan pegi cari ubat dan telan. Hu3. Tewas juga. Xlarat nak tahan lagi dah. Ego dengan ubat, sakit melarat. W/pun hanya sakit kepala. Disini, Mek Tie sediakan Cara-Cara Untuk Melegakan Sakit Kepala. Ini yang Mek Tie buat dan petua dari orang-orang sekeliling Mek Tie sendiri. Mungkin anda semua dah tahu.

Pertama. Guna Minyak Cap Kapak. Mek Tie suka minyak nie sebab berangin [bukan sepoi-sepoi bahasa] ha3. Sejuk bila sapu kat kulit kita. Melegakan. Sapu di belakang tengkuk, belakang telinga dan hujung kening kiri dan kanan serta perut. Entah kenapa. Sakit kepala tapi Mek Tie akan rasa lega kalau sapu juga ubat kat bahagian perut. 

Kedua. Regangkan urat tengkuk. Macam mana nak terangkan nie ek. Buat la macam mana pun sampai keluar bunyi krak!! Lega lepas tue. Tapi jangan keterlaluan, patah juga tengkuk nanti. [Penambahan: bab regangkan urat tengkuk tu hati2... jg over pusing.. sbb kat situ ada saraf tunjang kite.. kite urat utama.. kalau tersilap gaya . lumpuh satu badan.. dah ada kes camni tau :) Dari Ukhti Syikin. ] Hati-hati ek. Mek Tie pun akan lebih berhati-hati lepas nie. Insyaallah. ^_^V

Ketiga. Mandi. Mandi nie, bukan main siram aje. Cara nie ustaz Mek Tie yang ajarkan. Basahkan badan dahulu. Biarkan wap panas badan kita keluar 2 3 minit lepas tue barulah basahkan rambut dan keseluruhannya. Kita amal tiap kali nak mandi la, baru dapat tengok kesannya. Mungkin kita akan terhindar dari sakit kepala. Masa mandi tue jugak kita hempuk-hempuk kepala kita dengan tapak tangan. Jangan pulak hempuk dengan TUKOL BESI!!. Ha3. itu bukan MELEGAKAN tetapi MEMATIKAN. Keh3.

Keempat. Urut kepala dan rambut. Bagi mengurangkan rasa sakit yang melanda, Mek Tie selalu juga buat mcm nie. Genggam rambut dan tarik ke atas dengan pantas. Ore kelate kata senjoh kuat. Ha3. Insyaallah lega. Paling teruk pun anda akan kehilangan rambut anda saja. Hi3.

Kelima. Telan ubat. Panadol ActiFast. Selain daripada ubat nie, Mek Tie tak tau ubat cap ape dah. Mungkin sesetengah orang dia ada ubat yang khas untuk legakan sakit kepala mereka. Mungkin tahap kesakitan yang mereka alami itu perlukan satu ubat yang khusus. Mek Tie nie hanya kesakitan biasa saja. Orang lain sakit kepala sampai ada yang berpeluh n guling2. Tersangat sakit. Tapi sakit itu nikmat. Jadi bersyukurlah.

Keenam. Jumpa doktor!! .

Penambahan lain. Ketujuh. Boleh juga gunakan Minyak Yuu Yee. Ukhti Syikin yang kongsikan. Mek Tie nak cuba juga. Lagipun minyak tue kan minyak bayi. Jadi sepastinya ia bagus. Insyaallah. Time kasih Ukhti!! He3.

Kelapan. Dari En.Awie. Tutupkan satu hidung bernafas dengan laju gunakan hidung lagi satu yang masih terbuka, lakukan gilir2 dengan hidung kiri dan kanan. Terima kasih En Awie.


Sekian, terima kasih!! ^_^V








En.Katak ajak Mek Tie cari PENGHUJUNG PANTAI. Ha3. Sampai mati pun takkan jumpa sayang oi!! Ha3.. ^_^

7 ulasan:

Mira R. berkata...

al-fatihah buat org yg mektie sayang.

dan, terima kasih utk petua sakit kepala. sebab sy pn slalu sakit kepala.

apik pehe berkata...

mek..al fatihah...

untuk saket pale tu..takder sape nk urut pale apik..weeeeee

awie958 berkata...

siti, lain kali sakit pala cuba cara ni tengok kut2 la bekesan, tutupkan satu hidung bernafas dengan laju gunakan hidup lagi satu yang masih terbuka,lakukan gilir2 dengan hidung kiri dan kanan.

apisv2 berkata...

;)

Zaujah Encik Mamat berkata...

hehe :) kalau sakit kepala . akak kalau pakai minyak pun pakai minyak yuu yee .. minyak baby tu hehehe :p

bab regangkan urat tengkuk tu hati2... jg over pusing.. sbb kat situ ada saraf tunjang kite.. kite uraat utama.. kalau tersilap gaya . lumpuh satu badan.. dah ada kes camni tau :)



anyway akak tgok roti jala awk kt bawah td hehe.. mcm mana tu.. akak pakai kuali tu alhamdulillah menjadi.. maybe adunan terpekat/tercair... then masa menjala tu lenggok dia kena elok.. baru dia turun cantik..

Mr iz berkata...

active fast...kena jaga tu...tekanan darah naik tu kot... bersabar ye cik ti...he he he he... nak Ah Tat urutkan ke...hoiyooo.... kali ni mau kena lempar dengan moto oleh bini aku...he he he

Raja Noraisyah berkata...

thanks tok petua ni