Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Sabtu, 23 Julai 2011

Darah Suamku -_-

Terbina gah jeti merah
Tersenyum indah keriangan menyapa
Alangkah indah kiranya berkekalan
Umpama ombak laut dan pantai..

Terbina gah si jeti merah
tanpa kerisauan laut yang masin
berkhidmat setia buat bot yang menyinggah
umpama mentari bulan menyinari bumi..

Terbina gah si jeti merah
Tanpa gundah hati bermegah
Anai-anai takkan mengusik sudah
Umpama besi takkan berkarat lagi..

Terbina gah si jeti merah
Usang menyua hari ke hari
Usah dikira tapakan yang meninggah
Bot yang menyinggah perlu dihargai

Usang terbina si jeti merah
Sepi bertaut gundah berkait
Andai ini nasib penyudah
Siapa si jeti hendak melawan ketentuan Ilahi

Gundah nasib si jeti merah
Bot berlabuh memandang sepi
Sauh diangkat enjin dimula
Berangkat pergi meninggalkan jeti

Jika nasibmu bot kembali lagi
membilang hari masa berlalu
Andai gah masih dihati
Belajar tunduk resmi padi.

Gundah malam si jeti merah,
Pagi bersua terangkat sepi
Andai ini kata penyudah
ALLAH berkuasa segala resmi.

Cantik terbina si jeti merah
bot berlabuh senang hati
khidmat ikhlas kata penyudah
Rawang si jeti berlalu pergi

Untung rugi si jeti merah
Berusaha bersabar mendatang hari
Jangan mudah merasa gundah
Jika nasibmu BOT KEMBALI LAGI..





Original Version by : SITI AZIZ -_-"

4 ulasan:

Mr iz berkata...

siapakah si jeti merah itu... apakah si jeti merah itu masih gagah meniti hari hari yang mendatang... he he he he...

cikida berkata...

si jeti merah...bertabahlah..caiyok2 !! klw la jeti merah 2 org,,mcm 2 la cikida ckp kt dy..ehe..neway,,nice entry..;)

Siti Aziz berkata...

mr iz: masih gagah si jeti berbudi. mengharap bot kembali. khidmat tak pernah menyepi... he he he

Siti Aziz berkata...

cik ida:

andai begitu, si jeti ucap terima kasih sayangku.. ewah... hi3