Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 28 Julai 2011

Caraku,,Caramu jua -_-"

Assalamualaikum..

Entry kosong lagi. Kali nie Mek Tie nak kongsikan ape yang Mek Tie buat jika Mek Tie pegi jalan2 ke belog @pun tanah2 online ini -_-". Mek Tie nie bukan blogger famous pom. Orang tak kenal pun. Ha3. Jalan2 nak tambah jumlah kawan2 online je. Orang lain tak kenal Mek Tie tak pe yang penting "orang-orang" kenal Mek Tie yang pendiam ini. [sila jangan percaya]. Ha3.

Perkara satu. Baca entry. Entry nie kan pada pendapat Mek Tie nie satu benda yang datang telus dari pemikiran penulis. Hi3. Nak buat entry w/pun berbentuk peribadi amat sukar nak luahkannya secara bertaip. Ewah. Jadi, kita baca. Yang baik, kita boleh guna sama. Ikut citarasa masing2 la. nie pendapat Mek Tie yer. ^_^V. Lepas baca tue kalau rajin tinggalkan komen. Kat belog Mek Tie nie ada beberapa orang yang rajin tinggalkan komen. Mek Tie amat menghargainya. Perasaan bila orang komen tue mcm "ummmm sedapnyer anggur nie".. Lebih kurang mcm tue la. Balas balik. Hehehe... Adab berkawan. Eceh. 

Perkara dua. Comment entry. Sesetengah blogger akan hadkan siapa yang boleh komen kat blog diorang. Macam Mek Tie jugak. Hadkan untuk mereka yang sanggup sign in blog Mek Tie dengan email mereka. Sekurang2nya Mek Tie boleh tahu ape nama pengkomen tersebut w/pun dia gunakan nama samaran Pendekar Penyu, Katak Comel, Musang Berjanggut, Ubi Kayu, Kapur Orang Mati and etc lah. Tiada istilah komen tanpa nama. Hi3. Untuk komen, perkara pertama mungkin anda perlu follow belog diorang dulu. Tiada paksaan untuk follow ataupun tidak. Sila berfikiran terbuka. Hi3. Mek Tie akui, setakat nie Mek Tie tak pernah jumpa apa2 kemudahan yang boleh kita kesan siapa orang yang sebenar follow, baca, lawat belog kita secara terperinci. Macam, klau kita pasang alat pengesan tersebut kat belog kita...alat tersebut akan kesan dari mana pelawat datang, kampung mana n bagi alamat terus. Hi3. IP address tue tak terperinci lagi rasanya. Mek Tie bukan pakar sangat bab2 I.T nie. Masih kesamaran. Kui3

Perkara tiga. Tengok tarikh n masa update entry. Kalau belog tue belog yang selalu Mek Tie jenguk, Mek Tie akan tengok entry paling akhir n entry yang sebelum2nya. Mana tau terlepas pandang dari membacanya. Masa n tarikh nie biasanya kita boleh tengok kat bahagian paling atas entry. Kedudukannya kiri ataupun kanan. Ada disertakan tarikh dan masa serta hari update. Dengan merujuk tarikh tersebut, maka kita akan tahu "oh,dah lama dia update entry nie". Maka, kita bukan orang pertama yang membaca entry tersebut. Hi3.

Perkara empat. Berkunjung berulang kali. Bila Mek Tie dah selesa dengan penulisan blogger tersebut yang ternyata ramah @pun memiliki ciri @pun daya tarikan yang tersendiri maka Mek Tie tak kan segan silu untuk berkunjung buat kali2 yang seterusnya. Hi3. Ada yang mek Tie baca tanpa komen n komen.

Perkara lima. Tinggalkan pesan kat shout box. Nie semua orang tahu. Senang tuan rumah nak jejak kita nanti. Ha3. Best rupanya jalan2 kat belog nie. Bila baca lawak2 yang ada, gelak mcm nak pecah perut. Suka tengok bahan2, gambar2, baca pengalaman2 orang. Kui3. Suka!! \o/




Best nyer kalau kita dapat tahu sape yang singgah kat belog kita kan, tapi sayang xde kemudahan mcm tue. Ha3. Kalau orang follow guna email yang kita tak pernah tengok + guna mana samaran, kita tak boleh kesan siapa dia yang sebenarnya. Teknologi2. Ha3. Tapi Mek Tie yakin, "orang2" tak pernah membaca ruangan ini. Amat yakin. 







^_^V




Anak dara meracik pandan,
Ditumbuk bawang lesungnya batu,
Kasih dan cinta bukan mainan,
Biarlah masa jadi penentu.

6 ulasan:

Mr iz berkata...

ye betul tu cik siti payaung...he he he.. begitulah jua... caramu caraku jua.. kita serupa tapi tak sama...he he he... eh ada pantunn....kasi jawan tengok...he he he


anak dara si cantik menawan,
berhati hati bila berkawan,
kasih dan cinta jua bukan paksaan
biarlah beriman penerang jalan...

Siti Aziz berkata...

hahahahaha...mr iz.... berpantun juga yer...

amir aizat berkata...

setuju ngn mektie! hehe

Siti Aziz berkata...

time kasih dik!!!

Ayie berkata...

kalau boleh dapat IP address, boleh trace kedudukan dia melalui GPS.. tapi tak berguna kalau orang tuh hide IP.. hehe

Siti Aziz berkata...

tapi ayie...kalau guna berokeban tak leh nak kesan jugak..semua naik k.l.. hu3...ct tak reti nak buat ke...