Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Rabu, 29 Jun 2011

Angkuh Sebuah Mimpi

Hakikat hidup antara aku dan mereka. Hidup pelbagai rasa. Indah, gundah tertitik binasa.


Aku tak pernah minta mereka datang. Mereka datang. Aku tak pernah minta mereka senyum tapi mereka senyum. Aku tak pernah minta mereka untuk menolong tapi mereka menolong. Sepantas masa, semua berlaku sepantas masa. Tak sedar mata berkelip, berkelip setiap masa. Sepantas itu satu persatu berlaku. Tak tertitik satu pun.


Hari berganti hari, gurun sahara berubah menjadi taman bunga yang sangat indah. Indah pada pandangan manusia barangkali. Hari-hari yang diisi curahan hujan yang sangat lebat beransur perlahan. Masih berdiri. Menjadi pungguk. Bulan ditenung saban hari, tak pernah jemu. Hakikatnya, gapaian langsung tak tercapai oleh tangan. Begitu angkuh sebuah mimpi yang sangat menyakitkan. 


Hari yang indah sudah berlalu, mendatang tiba entah bagaimana. Sesal menggunung ibarat sia-sia. Malu menghadap Dia Yang Esa. Sungguhpun begitu, bernafas untuk pertahankan maruah yang masih bersisa. Kematang yang tidak pernah wujud pada mata mereka. Begitu angkuh sebuah mimpi.


Percayalah pada yang bersisa. Ada zat disebaliknya. Kiranya masih berpaling, duduklah seketika. Jangan bergerak kemana-mana. Setia pada yang berjasa, hadkan marah pada yang berbudi kerna itu resmi kita yang hidup tidak seorang diri. Dilontar batu, diamkan saja. Dibaling hina, kau diam saja. Suara kata yang tajam sudah cukup untuk lumpuhkan nadi seorang insan. Begitu angkuhnya sebuah mimpi.


Andai kelaku sepertinya menolak takdir, bukan itu yang tersirat. Tersurat lebih dasyat. Apa yang paling mampu untuk insan hina lakukan. Akhirkan sebuah mimpi dan berlalu pergi. Indahnya andai selamanya pergi akan tetapi sebaliknya terjadi. Wujud kembali lebih memeritkan hati.


Hidup ini tidak semudah teka silangkata. Dipandang remeh, neraka menanti. Penyesalan sudah dihati, kenapa sukar hendak menukar diri. Begitu angkuh sebuah mimpi.




"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu.  Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
[iluvislam]




***Sekian. [rekaan semata2, tercopy n paste dari otak sendiri] lenaku terganggu lagi. ^_^












perkara 1: Berat 50kg [sekarang] sebulan lepas 44kg. ^_^
perkara 2: tak sabar nak habiskan cuti. [2 bulan 10hari] hu3.. puah sgt3.
perkara 3: Takkan buat projek barden powell. Woooooohhhaaaaa...
perkara 4: Rejab da nak habis. 

4 ulasan:

cikida berkata...

yup2,,hidup tidak semudah teka silangkata..hadapi ia dgn redha.;)

Ayie berkata...

hidup seperti Sudoku, penuh trick, salah satu jawapan, efek semua sekali.. huu.. =.=''

Siti Aziz berkata...

cik ida

ye sayang...kena hadapi dengan redha... hu3

Siti Aziz berkata...

ayie

jari kiri yang terluka.. pedihnya jari kanan pun rasa...