Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Sabtu, 7 Mei 2011

Warkah Buat KEKASIHKU

Cik Siti Bt. Abd. Aziz
3A Jalan Tani Kg Gong Dot Dot,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

7 Mei 2011 [2:28am]

   Kehadapan Kekasih Hatiku yang kini berada jauh dariku. Aku harap engkau sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sejahtera. Sudah enam tahun kita berpisah. Kurasakan keadaan ini seperti mimpi.

Kekasih Hatiku,

     Pertama sekali, aku ingin menyatakan bahawa aku tersangat merinduimu. Siang dan malamku membayangi adanya engkau disisiku. Melihat keadaan disekelilingku kini, terasa rindu itu sepertinya tidak akan sesekali terpadam untukmu.

Kekasih Hatiku,

  Mengapa engkau meninggalkan aku disaat aku masih memerlukan mu?. Namun, aku tidak sesekali menyalahkan takdir mengapa engkau meninggalkan aku. Sebaliknya aku bersyukur kerana Dia memberiku peluang untuk mengenali engkau. Aku bersyukur sayang.

    Walaupun engkau telah lama meninggalkan aku, aku tetap merasai kasih sayang antara kita dulu. Seperti bungaan yang kembang dipagi hari. Harum mewangi bak kasturi. Tak terpalit rasa benci aku padamu, malah rasa sayangku makin bertambah saban hari.

Kekasih Hatiku,

     Aku berusaha untuk jadi yang terbaik sebagaimana mahumu. Aku cuba untuk hadirkan senyuman yang indah walaupun hanya dalam buaian mimpi siang dan malamku. Aku berusaha untuk laksanakan tanggungjawabku sebagaimana mahumu. Semangatku bertambah bila aku terus mengingatimu dan Dia buat aku sedar ini adalah yang terbaik untuk hidupku.

     Sayang. Walau dimanapun engkau berada, percayalah untuk hayat ini engkaulah lelaki pertama yang bertahta dihati. Tidak perlu untukku buktikan kerana Dia adalah saksinya. Insyaallah untuk selamanya. 

Kekasih Hatiku,

       Bersama ini aku sertakan rindu dari KELUARGA KITA kepadamu. Yang senantiasa memahatkan rasa rindu walaupun saling tidak mengukapnya dengan kata-kata. Tetapi aku tahu, KELUARGA KITA sentiasa merinduimu. Teresak-esak menangis dalam mimpi, realitinya air mata itu sememangnya mengalir takkala engkau hadir walaupun tanpa mengucapkan sepatah kata.

      Setakat ini saja coretanku untukmu sayang. Semoga engkau tenang di sana. Aku sentiasa menyayangimu sebagaimana engkau menyayangiku sepanjang hayatmu sayang. Engkau mutiara dan engkaulah emas permataku. Tiada yang lain boleh mengantikan tempatmu.


Yang Sentiasa Merinduimu,
( Cik Siti Bt. Abd Aziz )


********
Al- Fatihah buat ARWAH AYAH SITI [ABD.AZIZ BIN SAID]
Pulang ke rahmatullah pada 7 MEI 2005/SABTU/ 4:35PM



Hari nie same keadaannya dengan 6 tahun lepas.. Ha3.. Hari Sabtu = 7 Mei.. Orang lain lagi berat dugaannya. Siti nie kira beruntung sangat sebab dapat juga rasa kasih sayang, tepok tampar, gelak tawa seorang ayah. Ada yang tak dapat rasa langsung. =)..


Sekian sahaje untuk kali ini. ^_^V



"JANGAN SESEKALI ANDA RASA TERTIPU DENGAN WARKAH INI"
 - Pesanan Penaja : Cik Siti

18 ulasan:

Ayie berkata...

Ouch.. tiba tiba je teingat kat encik abah.. =.=''

Siti Aziz berkata...

=.=" sentiasa terigatkan my babah..

bdk johor berkata...

takpe.. iringan doa jangan selalu dilupakan.

Momok Nadim berkata...

sentiasa doakan kesejahteraan abah..:)

dayfeda hassan berkata...

al-fatihah..T_T

Misz Muffin berkata...

T__T al-fatihah.. trsentuh..

r-5 berkata...

aduss sebak hati ini membacanya. :'(

Siti Aziz berkata...

@ budak jihor

hi3...i2 sentiasa...

Siti Aziz berkata...

@momok nadim

I2 yang sebaiknya tuk seorang anak lakukan..

Siti Aziz berkata...

@dayfeda hassan

thanks dear..

Siti Aziz berkata...

@ misz muffin

jangan disentuh.. ha3... biasa la keadaan nie kan.. semua akan rasa.. cuma cepat @ lambat je.. lumrah.. ^_^V

Siti Aziz berkata...

@ r-5

sekok sebok kawe raso.. hi3... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. eheh... hi3

Misz Nuriz berkata...

Al-fatihah..Semoga Allahyarham tenang di sana...

Siti Aziz berkata...

@ misz nuriz

Insyaallah..amin... thanks dear.. ^_^V

aleen aiden berkata...

hanya doa dari anak2nya yg dperlukan ketika nih.kamoo yg sabar ye.doakan arwah ayah kmu banyak2 tau. ^_^

Siti Aziz berkata...

itu la tugas seorang anak.. mendoakan kesejahteraan orang tuanya.. ^_^V

akuNAJWA berkata...

al-fatihah.

semoga anda tabah menghadapi dugaan tuhan :)

Siti Aziz berkata...

@ dia najwa ^_^V

Thanks dear