Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum

Hupdate dengan jayanya jam 4:21am = 1 May 2011. Hari nie dah masuk May. Sekejap je rase. Tanda2 khiamat makin hampir. Masa makin pendek je rasa. Dah terjaga dari tidor nie, susah pulak nak lelap balik. Bangkit buat entry 1 May ler. Ha3. [w/pon masih berstatus student].

Selamat bercuti buat ma saya Puan Tom [muahahahaha, cuti ke??], buat bekas majikan saya Pak Cik [ aku jadi bibik dulu ] selamat bercuti. Kerja leklok, tingkatkan prestasi kurangkan kontrolbesi!! [sila kawal tahap gila kau wahai Siti Aziz. Okey!! Fine ]. Buat semua lar y cuti ari nie. Fokusnyer buat meka2 y bermastautin kat negeri TEGANUNG, KELATE n KEDAH. Kang biasanya Ahad kerja. Hari nie cuti dengan jayanya. 

Lec Ekonomi Malaysia ada ler cakap2 dalam kelas. "kamu2 semua nie la kek lapis PELAPIS pemimpin masa depan. Bila dah masuk alam pekerjaan, kamu kena jadi seseorang y MEMBERI MANFAAT kepada negara. Sekarang kita selalu dengar dan alami sendiri betapa tak efisyen nyer sesebuah jabatan [jabatan mana?? rahsia]. Sebab, sebab utama pekerja kat jabatan tue sendiri. Mentang2 diorang dah jadi pekerja tetap, sambil lewa je kerja. Dengan kata lain, acuh tak acuh. Kerajaan banyak rugi tanggung pekerja mcm nie. Diorang nie bila dah buat mslh, mana boleh dipecat sesuka hati [kerja gomen], paling teruk pun dapat surat tukar cawangan, pindah tempat kerja. Kalau kerja swasta, buat masalah goodbye ler jawabnyer. Masa akan datang, kamu kena jadi pekerja y berdaya saing. Jangan jadi beban pada negara" n soon.. Ha3.. [bukan semua agensi tak efisyen, ibarat kata ''kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" ada kiasan disitu].

Time nie kami sedang bincang pasal sektor awam. Saya suka lec saya y satu nie, dia cakap benda betul. Saya akui. Dia nie best student u kami.. Y penting orang Teganu. ha3.. Bila dah hujung2 tanduk nie baru ada kesedaran nak belajar elok2, xnak jadi beban pada negara [harapnyer la]. Ha3.. 

Ehsan PAK CIK GOOGLE

Kadang2 bila kita lakukan benda y sama saban tahun, jadi jemu jugak kan. Mungkin sebab tue la kualiti kerja makin menurun. Tapi, kalau diikutkan teori, mungkin ada cara lain y boleh MAJIKAN buat tuk naikkan mutu dan keunggulan pekerja2 mereka. Hahahaha, bos y prihatin penentu kepada kebagusan pekerjanya!! [perh!! teori mana y kau bawak nie!!]..

@pun, sokongan ORANG TERSAYANG. Ha3. Tiap2 hari bagi semangat suh poi koje baik2, buat kerja baik2, jangan banyak tangguh koje, jangan banyak rehat, jangan banyak termenung.. Ha3.. [Nie bukan bagi semangat, nie dah membebel] ha3.. 

DIRI SENDIRI. Kalau diri sendiri ikhlas, Insyaallah selama mana kita buat sesuatu pekerjaan tue w/pun sama tiap tahun ia pasti akan mendatangkan kepuasan pada kita sendiri. [perh!! awat mcm karangn bm].. 

Bersyukurlah sebab anda semua dah ada pekerjaan. Aku nie, lagi setahun setengah tak tau nak kerja ape lepas tue. Bukan aku je, budak2 lain pun same. Jadilah pekerja y berwibawa. Hehehehe. 





Ketermerapuan keterjelasan. Ape pun, SELAMAT HARI PEKERJA.  ^_^V

Tiada ulasan: