Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 17 Mac 2011

Buah kecewa itu bahagia

Kecewa? Bahagia? Antonim benar kedengarannya. Pelbagai persoalan @ pertanyaann yang akan mula kita fikirkan. 

Bagaimana kecewa akan menjadi bahagia?
Bahagia ke nanti?
Boleh ke jadi macam tu?
Kalau dah kecewa, mana boleh bahagia!
Entah apa-apa je. Banyak kali aku kecewa, tak pernah pulak bahagia.

Mungkin inilah kata-kata yang akan mula jasi perbualan anda semua. Mengapa? negatif benar fikiran kita bila dengar @ baca berkaitan dengan kecewa. Tapi kalau dengar bahagia positif pula. Mengapa? Sebenarnya hal ini menjadi impak kerana kita set @ tetapkan pemikiran kita seperti ini.

Banyak yang saya pelajari dari kedua-dua perkataan ini. Kecewa yang paling semua insan ingin hindari dan bahagia yang semua insan ingin kecapi. Ya! Semua ini impian dalam diri insan yang mempunyai naluri untuk hidup dalam ketenangan dan damai agar segala nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T dapat dikecapi dengan kebahagiaan.

Kebahagiaan tanpa kekecewaan tidak akan terasa nikmatnya. Berlari tanpa pernah jatuh tidak akan terasa keseronokannya. Kenapa? Hidup ini perlu diwarnai dengan pelbagai warna. Seperti makan. Andai kita kerap kali makan makanan yang sama juga akhirnya akan mengundang bosan dan jemu. Betul? Jadi, kekecewaan adalah salah satu warna kehidupan kita. Kecewa umpama tangga. Bahagia adalah ganjarannya. Siapa yang dapat meniti tangga dengan cekal dan tabah walaupun kadang kala terasa penat dan lelah, dialah yang akan menjadi insan yang paling bahagia sekali. Percayalah.

Saya pernah kecewa kerana gagal dalam kerja, belajar, keluarga, persahabatan dan yang masih berbekas adalah kehilangan orang yang tersayang untuk selamanya. Sangat sakit, tetapi hidup ini harus diteruskan. Perjuangan ini harus menemui penamatnya tetapi penamat yang bagaimana? Kecewa @ Bahagia?

Saudaraku...
Bangkitlah dari kekecewaan ini agar kita menjadi insan yang terhebat. Berterima kasihlah kepada kecewa dan insan yang buat kita kecewa kerana mereka yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari mereka. Jangan pernah memandang hina kepada diri sendiri tetapi lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita lihat.

Kekecewaan ini hanya ujian kecil tanda Allah sedang menyayangi kita dan tidak pernah lupa kepada kita. Pandanglah dari sudut positif kecewa. Kecewa adalah tangga menuju bahagia. Tidak semua kecewa itu pahit. Tidak semua bahagia itu manis.

Bangkitlah saudaraku!
Senyumlah pada diri sendiri. Kita hebat sebenarnya daripada apa yang kita fikirkan. Kita terunggul! kita hebat! kekecewaan kali ini adalah jalan untuk kita peroleh yang lebih baik daripada apa yang kita punya hilang kini. ALLAH sentiasa dengan kita! Allahuakhbar.

 copy: sini 


----------------------------------------------------

Aku rasa.. Kecewa i2 sesuatu yang bagus. Bagus untuk sedarkan diri sendiri agar sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Yang salah yang khilaf, yang tersasul yang sengaja disasulkan..Segala yang ''ter'' dan tidak di ''ter'' kan buat kita sedar.. dan menyesal.. Dari sudut lain, kecewa i2 pada aku sebagai petunjuk untuk kita buat pembetulan.. Yang lepas memang dah lepas.. Yang akan datang jangan lagi jadi mcm yang lepas.. kira sebagai guard line pada kita.. Beringat dan sentiasa tanamkan dalam otak, fikiran dan hati..

Kalau sebelum nie kita ''mcm nie''.. Bila kecewa, kita sedar dan tak sepatutnya kita ''macam tue'' dan kita kena jadi ''macam nie''.. I2 satu kecewa yang baik insyaallah.. Kalau dulu kita jenis ''bergantung pada orang'', bila kecewa kita pun sedar yang kita kena belajar sebab tak selamanya orang akan relakan bahunya untuk kita tumpang sedih sendu melainkan mereka benar2 ikhlas. Jadi kita kena berusaha untuk ''tidak lagi mengharapkan bantuan sesiapa''. Berdikari dengan kata lain.. 

Kalau dulu kita hanya bersemangat bila kita selalu kena ''bebel'' dengan orang ''yang kita sayang''.. Bila kecewa, ''bebelan'' i2 masih boleh kita gunakan untuk kita sendiri bebelkan diri sendiri bagi diri sendiri bersemangat..

Kecewa nie kita akan rasa berat bila kita selalu fikirkannya.. Untuk kurangkan dan yang sememangnya kita tak boleh hapuskan ingatan kita untuk terus ingat rasa kecewa nie bolehla kita buat mcm nie.. Sibukkan diri dengan kerja/ rutin.. Sibukkan diri dengan aktiviti sosial.. Selalu berada dalam kelompok ramai. Selalu berborak dengan kawan2, keluarga @ ape sajalah.. Cara nie yang kita nampak.. Cara yang peribadi, hanya antara DIA dan kita.. DIA lebih tahu..

Tapi, sampai satu tahap..Kita akan rasa semua rasa kecewa tue akan jadi angin.. dan macam air sungai.. mengalir.. Berlalu mcm tue saja.. Untuk sampai ketahap tue, kita kena berusaha.. Berusaha dengan cara zahir dan batin.. Bukan hanya tau cakap, tapi nekad sepenuh hati.. Insyaallah.. Ingat, kita kena jadi berani w/pun sebenarnya kita takut.. Kena dan terpaksa pada awalnya takkan menyakitkan kita pada akhirnya.. Insyaallah..



Kecewa i2 hempedu yang pahit tetapi ubat kepada penyakit HATI.. 

2 ulasan:

digital kelok berkata...

kekecewaan hanya ujian kecil..

Siti Aziz berkata...

kekecewaan hanya ujian kecil.. =)