Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Selasa, 8 Februari 2011

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

Dahi Jendol

Dahinya agak luas & seolah2 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat, orang yang b'dahi jendul ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dah lah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tidak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu. Sebenarnya si jendul ini mempunyai keistimewaan sendiri. Dahi jendol ini melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecerdasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka dalam apa jua situasi sekali pun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini, mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka merana. Sekali jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman w/pun dia sedar pilihannya itu punyai banyak kelemahan! Hai. Untunglah siapa yang menjadi kesayangan mereka ini. Tetapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas & berendam air mata! Setialah pada yang benar2 setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri sendiri yang sangat rendah. Sebab i2lah mereka perlukan dorongan!

Dahi Sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak2 rambut yang banyak sehingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, sangat suka berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak mati kalau hidup sorang2 pun. Meeka juga tidak mudah menyerak kalah dalam apa jua yang dilakukan. Nampak saja dahi mereka sapit, tetapi jiwa dan semangat tidak sempit! Kamu yang meniliki dahi ini tentu bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mandapat kesukaran dalam urusan pelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih.

Dahi Lebar

Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tetapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak lebar di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal mereka sendiri. Tetapi ini bukan bermakna mereka tidak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang memulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini punyai banyak wang simpanan! Baguslah.. Sebagai jaminan masa depan.

Dahi Bersegi

Ha! Sia dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itujuga dia pasti lebih menonjol daripada teman2 yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Ha.. Pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi Berbentuk 'M' @ 'hati'

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab i2 tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi i2 tak bermakna mereka tak suka bergaul tetapi lebih 'serasi' dengan orang2 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja rezeki yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu, mereka juga 'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu membuka bicara dihadapan mereka. Kalau kamu hendak berita tue satu dunia tahu, bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dgn juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman2 yang sangat memerlukan sehinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka. Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah, asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan berlembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi dan dipergunakan oleh orang lain!


Copy sini

Dahi Tauke yang mana satu ek.. Hu3.. Ada... Hampir2 tepat jugak dengan perangai sendiri.. Nie sekadar berkongsi.. Yang molek teruskan yang tak molek sila ubah.. ^_^

Tiada ulasan: