Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 24 Februari 2011

Bila aku...

Bersendirian memandang bintang, segan hati untuk memandang bulan.. Bila si bulan terselindung dibalik awan, hati teringin memandang Sang Bulan.. Hanya mampu memandang dari jauh tanpa kata dan hanya bisikan hati yang berharap DIA mendengar segalanya..

Bila keriuhan, kegusaran hilang.. Bila sunyi mendatang, berdamping pula kesedihan.. Bila hari tenang, mengangkat takbir gusar hati mendatang.. Hanya DIA yang memahami lintasan kata di hati.. Dalam kasar tingkah laku, tetap ada kelembutan hati.. Dalam kasar tutur kataku tetap ada belas di hati.. Dalam ego pertuturanku, tuturan hati tidak selari..

Bila resah.. Mengigil badan.. Bila takut, cemas mendatang.. Ketenangan ku peroleh bila hati mengingati bait2 pesanan, nasihat dan dorongan lepas.. Terlalu lepas.. Tetapi masih menjadi ubat yang berkesan.. Terlalu jauh hanyut, hingga sesat di tengah lautan.. Mengharap ada Sang Ikan membantu, tunjukkan aku jalan pulang..













Amin...

1 ulasan:

Inspirationalefeks berkata...

hehe, bulan muncul di kala hari terang, menerangi pagi yang sentiasa perang , jangan berperang kalau xsudi, bersiap sedia lah untuk mengundi .. hehe