Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Sabtu, 31 Disember 2011

Posto dari Posmen!!

Assalamualaikum



TANAH MEK TIE AGAK SERABUT SIKIT.. TENGOK KAT ATAS TUE... NANTI MEK TIE GANTIKAN DENGAN YANG BARU... SEKARANG MUSIM EXAM..XDAN NAK RALIKKAN MASA UNTUK ULI BLOG AKU NIE.. [berlagak macam blog femes je...Hahahaha]


DOAKAN MEK TIE DAPAT JAWAB EXAM!!

31HB
2HB
3HB
6HB
9HB
17HB
19HB



19HB kul 10pm terbang balik ke BESUT!!





k, itu je dari MEK TIE




Positifkan fikiran,
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 24 Disember 2011

Musim EXAM dah nak bermula

Assalamualaikum..

Sekarang, lagi 2 tugasan belum submit. Hari Sabtu depan dah nak exam. Bagus kan. Hu3. Stress.. Tak mengape. InsyaAllah, semua akan baik2. Amin. Hu3. Lemah semangat, tapi sekarang terpaksa kentalkan perasaan sendiri. Insyaallah. Cuba sedaya upaya. -_-

Xsampai sebulan lagi nak balik kampung!! WOOOOOOOOHAAAAAA \o/

Sem 5 dah nak berakhir..Sekejap je rase..Hu3






Sedih T_T





Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 20 Disember 2011

Sunyi

Assalamualaikum..

Sunyi i2 menyakitkan.
Apa yang ada dengan "kesunyian"?
Buat seorang aku jadi letih
Buat jiwa aku makin letih
Pulihkanlah
Ikhlaskan jiwa aku
Amin.

Sumber: Abang Google




Positifkan fikiran,
Sekian, terima kasih.

Isnin, 19 Disember 2011

Kenangan 4 semester BerKELANA

Assalamualaikum..


YIPPI, YA, YA

Yippi, Ya, Ya, Yippi, Yippi, Ya,Ya.
Saya Pilih Pengakap Saja, Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian.. Cintaku Semakin Mendalam..

Ingat, ingat itu “to remember”.. Jangan lupa itu “don’t forget”
Saya sayang kamu, “I Love You”...Hanya engkau, “Only You”

Sabtu lepas dah habis ko-k. Dengan kata lain, dah tak de lagi kena pergi kelas pada hari Sabtu tuk semester yang akan datang. Sungguh tak best rupanya. Dah mula rasa tak best. T_T

Ape pun. Setiap yang berbula pasti akan bertitik. Ewah!! Ha3.. Mase semester 1, belajar dalam kelas je. Tak de g ke mana-mana pun. Berkelana dalam kelas pakai seluar trek hitam dan baju lengan panjang warna putih dan berkasut sukan. Duduk belajar dalam kelas untuk 14 minggu. Tak mesra alam lagi dengan kawan-kawan sekelas yang tak sampai 25 orang pun. 

Semester 2, tukar lecturer. Dapat la lecturer baru. Nampak gaya macam bekeng. Bila kenal, beliau memang baik. Hahahhahaha. Sem dua dah masuk fasa perkhemahan. Kali pertama berkhemah lepas kali terakhir aku tidor dalam khemah mase tingkatan 1. Mase tue perkhemahan kokurikulum sekolah. PBSM. Itu yang terakhir. Hahaha..Lame giler weh!! ^_^V


Semester 2
Semester 3, kami berkhemah lagi. Dan belajar macam biasa. Tahap nie dah mula kenal la geng-geng sekelas. Boleh bergurau senda. Ewah!! Kuikuikui. Ramai budak kelantan dalam kelas aku nie. 1,2,3,4,5,6,7 dan budak Besut 2 orang. Maksudnya, kalu kecek tue tok pelik sikit habuk.."feel free to speak Kelantanese".. Mase nie dah ada baju sendiri. Muahahahahaha. Ada dalam almari aku sekarang. Warna coklat!! 

Semester 3
Semester akhir. Kali nie berkhemah juga. Tapi ditambah dengan aktiviti kembara. Seumur hidup aku, tak pernah jalan kaki sejauh tue. Hampir 50km juga la. Kalau aku jalan kaki dari rumah aku kat Besut tue, 50 km + 25 km lagi aku akan sampai Kota Bharu, Kelantan!! Hebat!! Tapi kaki melecet la. Pengalaman? Sem 4 paling best. Paling aku suka. 

Nie antara mereka yang berjaya habiskan hampir 50km jalan kaki.. \o/

Bila g kelas, semua duk kate aku panggang muka ke?? Ha3.. Tak kesah la. Yang penting aku dan kawan-kawan buat ape yang orang lain tak berpeluang nak rasai kehebatan pengalaman itu. Gah gila ayat. Ha3..

Aku suka gambar nie..T_T
Bila dah sampai ke penghujung nie, rasa sayu tetiba je. Kuikuikui. Aku la yang rasa macam nie. Orang lain aku tak tahu la. Yang penting, aku dah tolong mak aku buat ampaian dengan gunakan ilmu yang aku belajar selama aku berkelana. Muahahahahaha. 

Kredit untuk ketua kelana kami untuk gambar nie.  :)

Aku pasti rindukan saat kita semua bersama. 
Waaaaaaa!!! 
Over weh!!





4 gambar ini kredit untuk ketua kelana kami!! Akmal!!



Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih. ^_^V

Ahad, 11 Disember 2011

Best Sangat ke Praktikum??

Assalamualaikum..

Pagi nie sesi pendaftaran praktikum bagi jurusan Mek Tie. Ape yang aku rase bila dah siap mendaftar?? Ha3.. Terasa diri aku dah begitu tua untuk perasan yang diri ini sentiasa muda remaja di utara ini. 

Bandar pilihan praktikum aku adalah Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Aku tinggal kat Besut!! Aku sangat mencintai Besut!! Ha3. Tak mengapa lah. 

Siapa yang dah USAI praktikum?? BEST sangat ke praktikum nie?? Ape pengalaman yang paling tak leh nak dilupakan sepanjang berpraktikum?? BOS ok tak?? Pekerja lain ok tak?? SOALAN ape yang Bos tanya masa mula2 sampai kat tempat praktikum tue?

Terasa cuak. Tapi nak buat macam mana. Sebab bukan nyer MEK TIE sorang je yang bakal dapat pengalaman nie. Orang lain dapat lebih lagi. Bertahanlah untuk tempoh 4 bulan bermula bulan JULAI 2012 nanti. Hahahaha... Lambat lagi rupanya. ^_^V






Selamat BERMAJIKAN semua!! Hahahahaha
Positifkan fikiran!!
Sekian, terima kasih.

Selasa, 6 Disember 2011

Gemok Pipi Bila Hati Ceria!! ^_^

Assalamualaikum..

Orang kata tekanan boleh buat kita jadi lebih kuat. Ye, saye akui. Betul. [malas nak hurai dah]



 Majlis Penghargaan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar






Malas nak kate ape-ape.
Sekian, terima kasih. ^_^V

Rabu, 30 November 2011

Mek Tie x dan................

Assalamualaikum..

Nie entry 5 saat. Nampak sangat xdan masa. Tak mengapa. Mek Tie memang xdan masa. Tak dan masa lagi nak membalas kunjungan, tak dan masa lagi nak komen entry-entry kawan-kawan.. Ape pun kalau singgah kat tanah Mek Tie tinggal link ek.. Mek Tie balas balik kunjungan ikhlas awok-awok semua nanti. Amin. 

Hajat di hati nak bercerita tentang aktiviti-aktiviti Mek Tie kat sini. Ari tue Mek Tie g LADANG ANGGUR.. Tak jugak cerita lagi. Kali pertama tengok anggur depan mata. Waaaa.. Teruja itu tersangat-sangat teruja. 

Cerita pasal majlis protokol untuk budak-budak tahun akhir tak tercerita lagi

3hb nie ada majlis tuttttt. 

6hb ada taklimat L.I

6hb ada ujian pertengahan----> rase macam budak sekolah pulak..

21hb

23hb

27hb

30hb

2hb

5hb

9 Januari 2012

15hb

19hb




Balik kampung!! Habis dah Exam.



Tapi hakikatnya lambat lagi. Sebulan 3minggu. Ling-ling!! Rindu. Keh3.. ^_^V Okey. Dah selesai entry 5 saat. Nak sambung buat a.ment. Tata.






Positifkan akal fikiran.
Jangan terlalu teruja.
Sekian, terima kasih.

Ahad, 27 November 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum.

Cepat sungguh masa berlalu..Tahun ke tahun. Pejam celik-pejam celik, sekarang dah masuk tahun baru. Selamat tahun baru. Azam tahun lepas tercapai tapi beberapa perkara tak tercapai sebab ada kekangan. Tak mengapa. Kekangan i2 dah wujudkan azam baru untuk kali nie.

Sekarang dah masuk fasa akhir untuk semester 5. Azam tahun baru mestilah untuk dapat D**** mcm semester sudah. Betul kata orang, tekanan akan buat kita belajar sungguh-sungguh. Mek Tie akui. Tekanan negatif bila dipositifkan maka hasilnya positif. Alhamdulillah.

Matlamat tahun nie:

@ habiskan dan dapat result tanpa R. Ha3
@ tanam 2 pokok anggur \o/
@ harap hujung tahun hijrah nie, Mek Tie dah start L.I
@ xcurang.


Ha3..Itu saja. Yang lain akan menyusul sendiri. Ape pun, Mek Tie terperasan sesuatu. Kata-kata lec Mek Tie semester lepas. Memang jadi kenyataan. Yang baik belum tentu baik, yang buruk belum tentu buruk. Lembut gigi dari lidah lebih liat dari baldu. Hahahaha. Kita tak kan dapat jangka apa yang akan jadi pada masa akan datang. Yang pasti kita kena usaha. Bukan cakap banyak dan penuh angan-angan macam Mek Tie tapi tak kemana. Kah3.






Ling-ling kata********* [sebenarnya Ling-ling tak kata ape-ape] He3.












Selamat Tahun Baru.. (~_^)V
Positifkan fikiran.
Memaafkan lebih bermanfaat dari membenci.
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 19 November 2011

Pelakon yang TAK PANDAI BERLAKON

Assalamualaikum..

Lame nyer Mek Tie tak update. Tandus idea sebenaqnya.


Ape habaq semua? Tetamu-tetamu Mek Tie amnya. Tetamu yang sengaja dan yang singgah secara tak sengaja. Harap semua sihat. Amin. [sila amin untuk semua benda yang baik-baik- sape kate? Mek Tie la yang kata. He3]. 

Nak bercerita la sikit. Pasal tugasan. Kami kena buat filem pendek. [filem pendek ke??]. Mengenai isu tuuuuutttt di tuuutttt. Depa pilih aku sebagai watak utama. Mungkin muka aku nie yang memang dah macam buah limau masam, air muka always mengcuka dan stress maka aku lah pilihan utama. Aku fikir la. Hahahaha. Kebarangkalian betul tue 90%.

Sehari suntuk kat stesen bas di salah satu bandaraya kat negara nie. Kat Malaysia ada berape bandaraya?? Hehehehe. Salah satu darinya. Aku kena berlakon tut dan tut dan tut dan tut.. Kali pertama seumur hidup. Bila aku tengok balik video tue, menyampah pulak. Muka aku macam cuka. Hahahahaha.

Tapi tak kesah la, yang paling penting komitmen yang ahli group bagi. 10 orang. Memang sporting semuanya. Ape yang penting? KERJASAMA. Yang aku nak tegaskan kat sini, kami bukan budak SENI. Keh3.




Sila abaikan TONG BIRU itu ^_^V




Muke macam mak cik singa tak makan setahun!





Entry kosong.
Sekian, terima kasih. ^_^

Khamis, 3 November 2011

[tanpa tajuk khas]

Assalamualaikum..


Hai semua. [tak tau sape yang baca]. Sekarang Mek Tie ada kat kg dah. Dari 27hb sampai 11hb nie insyaallah. Ape perasaan ambe......selama duk kat rumah..... Rasa best sangat-sangat la. Hi3. Perkara sampingan banyak. Tapi rasanya tak perlu dilayan. Kerna ianya hanyalah perkara sampingan.

Orang kat kampung semua sihat nampaknya. Kiri kanan belakang depan. Tak de masalah. Kawan-kawan nak kawin, Mek Tie tolong teruja untuk diorang. Giliran diri sendiri tak tau la bila. Kih3. Mendoakan agar orang keliling bahagia. Hi3. Tengok orang nak kawin nie, senyum meleret je. Ha3. [tapi tak semua senyum meleret] hahahahahaha.

Ape pun, semoga bahagia la. Undangan kembar sendiri pun belum tentu Mek Tie hadir mase majlis beliau. Memang bula 11 nie musim orang kawin. Hahahahahaha. [tibe-tibe muncul isu kawen]. Kawin la. Bukan benda salah. Benda baik. :) dan paling penting, Mek Tie bakal naik pangkat jadi Cik Long. Tua dah la aku. Hahahahahaha. Anak sedara sulong. Akan datang. Insyaallah.

Balik nie punya la bersemangat wat balik tugasan. Tapi satu pun tak jalan. Name dah cuti. Harus dicutikan sepenuh hati. Ewah.






Malas nak merapu dah. Hi3. Yang penting ada Ling-Ling. Ewah!! 




P/s: Jika kita nak buat benda baik, tak perlu risau tak perlu ragu. Buat je. Insyaallah DIA pasti akan tolong permudahkan urusan kita. Amin.





Selamat Pengantin Baru.................................semua. Hahahahahaha
Sekian, terima kasih.

Selasa, 18 Oktober 2011

^_^ [tak tau nak buh tajuk ape]

Assalamualaikum..

Kali pertama Mek Tie rasa sepenuh hati tak kesah ape yang akan berlaku 'nanti'. Ha3. Terima kasih dengan 'kata-kata' itu. Memang tersangat positif sampai hati bertambah 'bernyawa'. Hehehehe. Kita nampak sekarang. Kita nampak sekarang. Kita nampak sekarang. Hi3.

Teringat mase budak-budak (waktu xbanyak dosa).. Mek Tie berdoa mcm orang dewasa. Kih3. Mintak padaNYA __________. Bila _____ nanti, Mek Tie nak ________ _______ Mek Tie _______, _______ same-same. Tengok sekarang. Makin terserlah. Tak mau cakap banyak, kang tak jadi malu pulak. Ha3.

Allah Maha dalam segala hal. Hari nie KEKEBALAN hati makin bertambah. Seimbang untuk tempoh yang lama. :)







Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Semakin 'HAMPIR' ke garisan 'PENAMAT'

Assalamualaikum..

Nak melepaskan lelah sikit. T_T



Sekarang, tersangat hampir dengan garisan penamat. (mengeluh panjang).  Tersangat hampir. Setiap saat rasa terlalu membebankan, walhal tersangat tak perlu rasa terbeban. Tak semena-mena terasa letih. Letih akal. Fizikal pun terkena tempias.

Belajar ok. Tersangat berharap untuk habiskan belajar tepat pada masanya. Tersangat berharap. Tapi DIA yang Maha Mengetahui. Insyaallah, semua selamat.

Hampir setahun lepas, Mek Tie tak balik RAYA HAJI kat rumah. Rasa mcm baru je berlaku. Sekarang, dah nak RAYA HAJI lagi. Rasa MATI lebih cepat. Sesaat kedepan, kebarangkalian untuk tidak bernafas lagi sangat tinggi.

RAYA HAJI tahun nie. ENTAH la. Semua tak ape. Orang lain berebut tempah tiket, Mek Tie steady..rilex.. Ha3. 









Okey, dah lepaskan lelah. Hanya 0.10% sahaja. 90% lagi bersedu sedan dengan YANG BERHAK.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 11 Oktober 2011

Mek Tie 'BERHARAP'

  1. Tak jumpa
  2. Tak bau
  3. Tak bertembung
  4. Tak makan
  5. Tak minum
  6. Tak terdengar
  7. Tak mendengar
  8. Tak terlintas
  9. Tak bunyi
  10. Tak tengok muka
  11. Tak tengok bayang
  12. Tak buka puasa
  13. Tak bersahur
  14. Tak menjamu
  15. Tak dijamu
  16. Tak ditanya khabar
  17. Tak bertanya khabar
  18. Tak senyum
  19. Tak disenyum
  20. Tak mengenali
  21. Tak dikenali
  22. -
  23. -
  24. -
  25. -
  26. -
  27. -
  28. -
  29. -
  30. -


Manusia itu lagi seumur/sepanjang hayat ku yang masih bersisa. :)






Tetapi, Dia yang uruskan segalanya. :)









Apepun, tak sabar nak terima TAMU dari BESUT. Hehehehe. Jauh perjalannya (tamu) untuk datang ke sini (Sintok). Ape pun, akan diberi layanan terbaikkkk!! Hahahahaha. Agak teruja. :p






Nasihat untuk hari ini. Awasi hati dari bersifat riak. Mek Tie sendiri pun agak gagal kadang kala. Hu3.
Positifkan fikiran.
Sekian, terima kasih. 
Assalamualaikum. 

Ahad, 9 Oktober 2011

Kami yang Ceria \o/

Assalamualaikum..

+han :10 Okt 2011- Mek Tie mintak maaf, Mek Tie tak sempat nak balas kunjungan kawan-kawan. Betul-betul tak sempat. Kejar masa. Nak tidor pun curi-curi masa. Sedih betul. Tapi Mek Tie akan balas balik nanti yer. Minggu depan ada exam. Mek Tie tak baca lagi. Tugasan5x, bentang2x. Bizi sampai kalah orang dekan. Hu3. Tekanan. Tapi always sempat berfb!! Kah3. Sengaja lewahkan perkataan bizi, walhal buat-buat bz. Hal-hal sampingan/peribadi terlalu mengusik ulu jantung. Hi3. Sayang awak semua. Koya jadi bloger pames!! Woooohaaaa.. \o/.. Mek Tie tujukan lagu DARI HATI untuk pembaca semua-semua-semua. Mek Tie dah tersukakan lagu nie. Hu3. Sekian.




Mek Tie tak mau buat entry panjang lebar lagi. Nak tunjuk 2 gambar ceria tentang aktiviti kami 7 & 8 Okt. 11. Hihihi. Semua ceria tentang ceria. Tak de cerita DUKA. Hi3.. ^_^V


Dataran Canselori UUM. (Setengah jam sebelum majlis penutup) he3

Kami adalah antara mereka-mereka yang berjaya menyelesaikan misi jalan kaki sepanjang 50km tanpa sebarang masalah kecuali melecet jari. Hi3. 44 orang ahli, 23 orang berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!! Syabas!! Hehehehehe.

Lepas nie boleh la Mek Tie pegi pekan jalan kaki je. Dekat je kot. Ape lah sangat kan sayang kan. Hahahahaha. Kalau bermotor makan masa 15minit, kalau jalan kaki mungkin 4jam. Hahahaha.. Mek Tie bertuah sebab bertubuh badan sihat. Alhamdulillah. -_-

Setengah jam sebelum sampai ke garisan penamat!! Woooohaaa \o/





Apapun yang terjadi, ku akan berjalan tanpa henti.
W/pun berliku jalan menanti, akan ku redahi.
Yang menanti menjadi pasti.
Hehehehe.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 6 Oktober 2011

Sangat 'BZ'

Assalamualaikum

Mek Tie kat sini!!! Keh3. [sewel ke budak Ct nie??] 


Abaikan. Tak de ape yang menarik yang Mek Tie nak kongsikan. Cuma sekarang/ketika ini jam 10:32am bersamaan 6 Okt.11 Mek Tie duk mengemas la. Petang nanti nak gi kem and bermula jam 8am esok [Insyaallah] akan mula aktiviti berjalan kaki sepanjang 50km.

Hmm. Hati sentiasa nak mengeluh. Tak baik kan. Kenapa hati nak mengeluh?? Macam ada sesuatu yang tak lepas kah?? Entah. 'rasa teraniaya'. Titik. Tak perlu hurai panjang-panjang. 'orang cerdik payah nok bikas'. Hehehe.

Pejam celik pejam celik. Dah nak sampai pertengahan sem. Lemau. Tapi tak mengapa sebab kelemauan itu berbalas akhirnya.

Mek Tie sebenarnya dah lama terfikirkan satu benda nie. Nak menasihat untuk diri sendiri dan untuk pembaca juga. Tentang hidup kita. Mati kita. Amalan kita. Kesalahan kita. Kesedaran kita. Mek Tie bukan baik pun. Menitis air mata bila sebut perkara yang Mek Tie birukan nie.

Okey lah. Tak mampu nak bariskan perkataan yang sesuai  tuk perkara yang Mek Tie birukan. Dah tulis, tapi ku padam balik. Sangat terbeban.




Ape pun, untuk remaja perempuan khasnya. Jaga diri anda baik-baik. Jangan lalai dengan keseronokan dunia. Ingat tue. Peringatan tuk diri Mek Tie jugak. Jaga diri, jaga peribadi. Sebab bila dah sesuatu terjadi, orang takkan mudah nak terima kita dengan seadanya dah. Melainkan mereka benar-benar ikhlas. Watak 'mereka' sangat susah dicari. 



Positifkan fikiran. [pesanan penaja]
Sekian terima kasih.

Sabtu, 1 Oktober 2011

[tiada tajuk khas untuk entry merapu] Ha3

Assalamualaikum!! 

Sungguh lama rasenyer tak hupdate. Tak de idea nak tulis pasal ape sebenaqnya. Sekarang musim kepala pening dengan tugasan yang melambak-lambak dan Mek Tie pulak MALAS NAK BUAT!! Ha3. Tapi semangat nak buat dah datang dah. Sebab nak hantar lusa!! Wooooohaaaaaa!!! \o/ http://www.emocutez.com

Bersunggguh-sungguh nak selesaikan huraikan jurnal b.i neh. Mek Tie memang teror b.i. Dengan budak darjah 1, mereka lagi hebat. Ha3. Hancur-hancur. Usaha tangga bas kan. ^_^. 

Sekejap je kan Ramadhan & Syawal berlalu. Sekarang kita semua dah masuk bulan baru. OKTOBER. Lagi 2 bulan akan tamat tahun 2011. Sungguh pantas masa nie. Mek Tie pulak akan KAWIN!! [tak tahu tahun mana. 2020 agaknya. Ha3] Mek Tie doakan semua orang akan kawin dan bahagia dunia akhirat!! Amin. Aduhai, bila dah masuk era tua nie asyik cakap pasal kawin je. Ha3. Orang tua-tua kata, kalau kita asyik cakap nak sesuatu benda tua, insyaAllah takkan dapat. [faham tak maksud Mek Tie??] hahahahahaha. -Merapu dah. T_T





Tak sabarnyer nak balik rumah. Hehehehe. Tujuan? Mesti la nak jumpa family n dia. Perh!! Sabo je la yop!! Hehehehehehe. Kata la gajah rimau pun, seorang saya yang letih satu mase dahulu dah kembali ceria dengan cara 'kami'. Ha3. Tak da kaitan langsung. Hajat di hati nak fokuskan entry ini pasal tugasan sekolah Mek Tie nie. He3. Ye, betul. Mek Tie tak pernah serius. Ha3 http://www.emocutez.com




Time kasih sebab baca entry kosong Mek Tie. Biasalah. Kat sini hanyalah tempat untuk Mek Tie singgah, berkata-kata diwaktu 'ceria' dan juga diwaktu 'lelah' dan pergi untuk teruskan 'realiti' kehidupan seorang Mek Tie dengan 'hepokritnya'. Hahahahahahahahaha. Cukuplah kiasan untuk pagi yang bersemangat ini. 





Salam ceria!! http://www.emocutez.com
Sekian, terima kasih!! ^_^V

Isnin, 26 September 2011

Puas hati la ek??

Seorang saya bukan nak berlaku biadap!! Sama ada salah ingatan saya tentangnya @pun memang disengajakan untuk memberi masalah kepada seorang saya.


Untuk segalanya. Terima kasih dari HUJUNG RAMBUT hingga ke HUJUNG KAKI. Berselesalah dengan nikmat sekarang. Bersenang-senanglah. Langsung semuanya tak 'berbikas' dijantung seorang aku. Remember that one. 


"IBARAT BUNGA TAHI AYAM!!"












Saya orang yang 'busuk' i2. Hmm..
Sekian, terima kasih.

Sibuk Dunia

Assalamualaikum


Seperti yang sedia maklum, Mek Tie dah hampir 3 minggu mulakan semester 5 dalam erti kata lain semester pertama tahun akhir. Tekanan amat berbeza dengan semester lepas. Titik!!

Tugasan dah mula menjengah. Ilmiahnya, ada tugasan luar yang terpaksa ke negeri sebelah. Hi3. Agak2nya ada tak rezeki Mek Tie nak naik jambatan P.P?? Orang lain tiap2 hari duk ulang alik guna jambatan tue. Tak mengapa, itu orang lain dan bukannya Mek Tie.

Tugasan semester akhir Kelana Siswa. 6,7 & 8 Oktober nie Insyaallah kami akan berjalan sepanjang 50km lebih untuk melaksanakan peringkat akhir berkelana. Apa persiapan yang Mek Tie buat??

@Cari kasut khas tuk jalan atas tar. 50km tue, jalan kaki okey!
@Lampu suluh- penting sebab malam kena jalan kat kawasan bukit yang lori lalu n xda lampu jalan.
@Baju hujan- Penting!! Sekarang asyik ujan je.
@Ubat- Penadol sakit urat!!, minyak panas dan lain-lain.
@Tongkat- Buat pertahankan diri memandangkan kami hanya kumpulan kecil.
@Water bag!!- Nak tibai yang Ling-ling punya. Insyaallah.
@Losyen/Sunblock. Ha3. Bukan takut terbakau kulit, tapi langkah berjaga2 sebelum si hitam bertambah hitam. Ha3..


Ada apa2 cadangan untuk persiapan Mek Tie tuk jalan jauh nie. Ada tip berguna tak?? Mek Tie tak start joging pun lagi nie. Hu3.



Ape-ape pun. Doakan Mek Tie selamat. Amin







Malas nak cerita dah.


Sekian, terima kasih. T_T

Khamis, 22 September 2011

Ubah TEMA ^_^v

Assalamualaikum ^_^V

Buat darling. En.Nuffnang. I LOVE U!!



@ Mek Tie bersalin kulit. Ha3.
@ Kenape BIRU MUDA + PUTIH?? = Menenangkan. Muahahahaha [Gelak jahat!!]
@ Suka benda yang ringkas, + pink pun lawa kan!!
@Masih terfikir mcm mana nak hasilkan header yang cun melecun memandangkan Mek Tie TAK CUN?? he3







Suka keadaan sekarang. Nampaknya SEMUA ORANG BAHAGIA!! Alhamdulillah.. ^_^







Sekian, terima kasih. :)

Ahad, 18 September 2011

Sukanya Bila Dia Ceria

Assalamualaikum..


Mek Tie dop sihat sikit. Ha3. Tak da yang bertanya pun kan. Ewah!!.


SUKANYA BILA DIA CERIA!! ^_^. Sekian terima kasih!!. Hais, tak boleh titik lagi. Nak story sikit. Firstly, nak tanya. Apa perasaan anda bila orang senang hati dengan kita? Secondly, apakah perasaan anda bila orang tengok kita terus dia senyum?

Jawapan Mek Tie. Rasa BERTUAH. [perasan lobih eden nie!!] Sebabnya kita adalah manusia yang bisa buat orang senyum dan secara automatiknya kita akan rasa puas hati serta gumbira bila dia senyum dengan ikhlasnya. Macam mana nak tahu dia ikhlas senyum @pun tidak? Caranya, kesan dengan hati sendiri. Penilaian akal dan yang paling menjadi pandangan mata dia.

Percaya @pun tidak para pembaca coretanku sekalian. PANDANGAN MATA kita dapat tunjukkan apa sebenarnya yang kita fikirkan. Agak jarang individu yang dapat sembunyikan kesedihan yang dia alami dengan sinar matanya seperti tidak berlaku apa-apa.

Contohnya. Mek Tie nak bagi contoh nie. Ha3. Kita tanya dia "awak @ [panggilan manja, hahaahahahaha] sayang saya tak??". Dia jawab "saya [panggilan manja @ skema] sayang awak". Tapi mata dia cakap sebaliknya. Abaikan. Situasi mcm nie banyak DALAM NOVEL & REALITI. Ha3. Dan juga sebaliknya la situasi itu. Kalau kita harapkan orang itu ceria, kita jangan tipu dia tau.


Pengalaman tidak semuanya indah dan sweet untuk dikenang. Adakalanya, yang lebih pahit dari HEMPEDU itu lebih bermakna dalam hidup dan bekalan untuk masa hadapan. [Siti Aziz, 2011].


Mek Tie suka kalau orang-orang yang Mek Tie sayang gembira. [was-was. Ikhlas ke tidak??] Jawapan benar adalah IKHLAS. Bila kita ikhlas dan redha, KITA TAKKAN SESEKALI LEMAH UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI GETIR PADA KITA SUATU KETIKA DAHULU.

Untuk buat orang yang kita sayang ceria. Bagaimana?? Itu bergantung kepada individu. Itu abstrak. Ewah. Kena redha je la kalau dapat bakal bini segila Mek Tie. Ha3. [Ling-ling ok tak??]


:-) Ha3..'sepit rambut bunga2' dari oversea tue.  ^_^V


Yang sewel itu aku. Orang lain 'ayu'. Hehehehehe.
P/s orang kepada Mek Tie: Lebih baik dicintai dari menyintai. [Ape2pun, jika semuanya adalah elok pada pandanganNYA, jangan SESEKALI MENYESAL. Remember that!!]

P/s/s: Hargai dan ingatilah SESEORANG kerana KEBAIKANNYA pada kita. Itu lebih menenangkan HATI daripada dikenang kepedihan yang tidak SEBERAPA. [Siti Aziz,2011]

P/s/s/s: Buat ORANG SAKIT HATI lebih mudah daripada BUAT ORANG SENYUM!! ha3





Sekian, terima kasih.

Sabtu, 17 September 2011

P/s

Jangan terlalu banyak BICARA
&
Jangan terlalu banyak KETAWA.





***Suka-suka itu duka.





Sekian terima kasih.

Khamis, 15 September 2011

Hakikat i2 menyakitkan

Kerana




RUPA
&
ILMU











;(
Sekian terima kasih..

Selasa, 13 September 2011

[mood: tak tau nak kate ape]

ALLAH bagi aku jadi seorang yang KUAT
ALLAH bagi aku jadi seorang AKU
ALLAH bagi aku jadi manusia yang SEDAR
ALLAH bagi aku jadi seorang manusia yang BERJIWA BATU
ALLAH bagi aku jadi seorang manusia yang BERAIR MATA
ALLAH bagi aku sekeping HATI yang SEMAKIN MATANG
ALLAH hantar kepadaku SESEORANG
SESEORANG itu MENYINDIR aku secara halus
TEGUH wahai 'seseorang' dgn PERUBAHAN ITU
Sudah hampir TERTITIK langkahmu.
Langkah yang BENAR dan TIDAK PERLU menyesal.
Amin seorang aku untuk SEGALA KEBAIKAN buatmu.
:)







Tak layak aku untuk pertikaikan setiap aturanNYA. Sekerdil seorang aku tak layak untuk aku nyatakan bahawa seorang aku masih TIDAK BERNASIB BAIK. Masyaallah. KAU bagi aku sakit. Sakit dan teruji dengan cara tersendiri. :) Berbahagialah sekeping hati. InsyaALLAH. DIA permudahkan segalanya. Amin.






Berlalulah bayang dari hidup aku. Aku letih.
Terimalah aku, kerna aku seorang aku.
Yang terindah & yang terbaik hanya dariMU.
[perasaan LUCU tak pernah hilang] Ha3

Hikayat C.I.N.T.A

Assalamualaikum..

Pagi nie, Mek Tie masuk kelas AutoCAD. Kelas tiga jam. Awok-awok tentu tau ape itu AutoCAD kan-kan. Bidang yang takde kena mengena dengan SASTERA kan. Ha3. Ini hanya cerita dan cerita nie tiada yang tidak benar melainkan BENAR-BENAR belaka. Ha3.

Lec masuk. Dengan riak wajah yang agok SERIUS!!. Mek Tie selawat banyak-banyak. Ha3. Sebelum nie tak pernah belajar dengan beliau. Kali pertama katakan. Tempat duduk Mek Tie barisan depan dan betul-betul depan muka lec. Ha3.

Mula kelas. T/tangan kehadiran. Bagi nama, no.h/p, no. metrik & email @ fb. Tujuan??? Senang nak berinteraktif!!! Ha3. Beliau tanya apa itu AutoCAD?? Fungsi dan lain-lain. Biasa la tue kan. Budak-budak kelas pun jawab. AutoCAD ialah bla bla bla bla and soon la.

Lepas tue bermulalah kisah. Lec saya berjenaka. Sekelas ketawa. Kih3. Tapi yang tersiratnya CINTA YANG AGONG TIDAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN- kata lec. AutoCAD saya. Dua kali beliau ulang. Beliau pelik, kenapa orang dewasa seperti pelajarnya [yang masih bujang a.k.a belum kawin] terlalu setia pada pakwe dan makwe dia. Beliau kata lagi. Jangan terlalu setia, nanti diri sendiri yang akan terluka. Lebih kurang mcm tue la maksudnya. Ha3. Keadaan kelas masa tue memang dah kecoh dah.

Beliau bagi nasihat lagi. SETIA yang TERAMAT SETIA hanya kepada seseorang yang bergelar SUAMI @ ISTERI kepada kita sahaja. Ha3. Memang pun kan. Ada betui!! Mek Tie like 1000x. Ha3

Ops!! Lec Mek Tie nie lelaki tau. Mase tue perasaan Mek Tie mcm masuk kelas campuran. +sastera. Ha3. Tak mengapa. Orang tua bagi nasihat, orang muda kena dengar. Sebab mereka lebih dulu makan garam cuka belacan dari kami. Ewah.

Beliau kata lagi. [alamak!! Dah lupa la] Ha3..

'Seseorang' Mek Tie bagitahu. Jangan terima seseorang atas dasar kesian. Bukan dia je yang bagitahu Mek Tie gitu, diri Mek Tie sendiri pun fikir benda yang sama. Mek Tie ada baca satu ayat. Kita perempuan jangan jadi seorang perempuan yang memerlukan lelaki, lebih elok kiranya kita jadi perempuan yang lelaki perlukan dalam hidup dia. Mendalam maksudnya.



Ape pun. Orang kata semua itu boleh dipupuk.



Kesimpulannya, sila lah kukuhkan EKONOMI kamu. Selepas itu, KAWIN. Akan tetapi, BERSIAP-SEDIALAH untuk memikul tanggungjawab dunia dan akhirat. Ewah.







Sekian, terima kasih.

Ahad, 11 September 2011

Cabaran Baru T_T

Assalamualaikum..

Hari nie kelas pertama [4 kelas]. Kesimpulannya:






 Mek Tie nak pinjam riba. Hu3. Nak bersedu-sedan 30saat je. Hu3 T_T








Nak baham maggi sekarang. Cara untuk ubatkan resah y melanda hari nie. Hu3
Sekian terima kasih.

Sabtu, 10 September 2011

[tak tau nak boh tajuk ape]

Assalamualaikum.. T_______T


Selamat Hari Raya!! [SYAWAL kan sebulan ^_^V] 


Pagi tadi jam 4.35am sampai kat sini. T_T

Nak cerita sikit. [w/pun tak tau ada yang baca ke tidak, tak mengapa T_T]. Hari nie dah mula kelas pertama. Pukul 2pm tadi. Berkelanalah seorang aku untuk semester akhir. Sepatutnya sem 5 dah boleh rilex dari sebarang aktiviti pada hari Jumaat ngan Sabtu. Hi3.

Jumpa dengan kawan-kawan. Raya. Banyak cerita. Kena pindah asrama la dan macam-macam. Mek Tie rasa bersyukur kerna untuk 5 semester nie masih lagi sama keadaannya. Dpp, blok dan bilik yang sama. Tak perlu angkat barang-barang macam kawan-kawan yang lain.

Bila dah 3 kotak besar barang-barang berkembah dalam bilik, agak makan masa untuk kemaskan balik. Hmm. Agak terkilan bila terpandang barang-barang yang agak 'sentimental value' pada Mek Tie. Nak ku simpan kat planet mana semua yang ku kotakkan tadi. Nak ku pandang lagi, rasa ngilu. Hmm.. Biarkan. Ada semangat disitu. T_T

Cuti pun dah berubah. Xkisah la. Semangat tuk dapatkan result yang molek n baiki result yang sebelumnya sudah tertop-up. Alhamdulillah. ^_^V Tapi tak tau akan kekal sampai bila semangat yang ada nie. Insyaallah.

Nak tidoq awai. Esok kelas pepagi lagi. [tak da mood nak merapu, tapi tetap jugak nak hupdate]

Motif gambaq ini: Keadaan nyer masih ku kekalkan. Sebab, keadaan
spt ini y  membuatkan aku bersemangat. Woooohaaa \o/











Sekian, terima kasih.

Khamis, 8 September 2011

Bye2 BESUT

Assalamualaikum..

He3. Tajuk pun tak leh bla dah. Selamat tinggal BESUT.. Selamat tinggal [ma,adik-adik,adik ipar!!] Selamat tinggal kambing!! Selamat tinggal lembu!! Selamat tinggal ayam!! Selamat tinggal Itik!! Hahahahaha.. Yang kedua penting. Selamat tinggal kembar n ling-ling!! Ha3.. [Sungguh lebat hujan kat bandar petang nie] keh3. Merah itu cantik. Hehehehehe. ^_^V

Doakan Mek Tie selamat sampai ke destinasi malam esok. Insyaallah. Muka budak sayu nak tinggal buai kat pantai!! Muahahahahahaahhaah..

Muka budak tengah sedih. Hu3. T____T






Xtvt: erk!!!! [sendawa] bau k.c.f.. Kah3.. Thanks a lot.. Wek!!





p/s: Jangan bilang tidak..Bila kita belum mencoba..Sapa yang tahu akan sama..Hati mu dan juga hati ku..Banyak yang bercinta..Bertahun-tahun putus juga..Ku harapkan dengan dirimu..Walaupun singkat pendekatan..Cinta kita kan abadi.. lalalala..








P/s/s: dan yang terbaik selamanya bersama
akan kubagikan bintangku demi cintamu

Rabu, 7 September 2011

Penamat T_T

Assalamualaikum..

Cuti berbaki 2 hari. [Sila rasa gembira kepada mereka-mereka yang rasa selamat dengan berita ini]. Kah3!! Rasa sekejap aje masa berlalu. Awal-awal dulu duk membilang hari bila nak cuti sem. Sekarang membilang hari untuk mengadap tekanan semester 5. Sepatutnya semester 5 Mek Tie dah boleh rilex hari Sabtu. Hu3. Agak malang bila terpaksa berkelana untuk 1 semester lagi. Cover balik segala rilex-rilek mase semester 1.

Mek Tie pun dah start kemas barang-barang. Ingat dulu-dulu, kol 8.30pm naik bas.. Dua jam sebelum tue baru kemas barang-barang. Hu3. Sekarang berubah sikit, sebab dah terasa tekanan yang bakal mendatang. Bimbang otak kelu mcm yang lepas-lepas. Baik bersiap awal-awal. Hu3. Suka @ tak suka, Insyaallah setahun aje lagi. Kalau tak da aral. Amin.

Bila diingat yang lepas-lepas. Mek Tie rasa semangat belum tertop-up sebagai bekalan sepanjang belajar. Belum. Titik. Kenapa belum?? Sebab bebelan dah tak sama. Ape-ape je la kan. Hu3.

Bagi mereka-mereka yang bakal mengusung beg balik ke rumah no.2, selamat belajar dan selamat menitikkan cuti masing-masing. Hehehehehehe. Ape pun, buat yang terbaik okey. Ramai pulak junior sekolah yang dapat kat tempat Mek Tie. Muahaahahahaahha. Sedap panggil orang junior. Tapi memang betul la, saya senior!! Tahun akhir.!! Rasa syok je bunyi tahun akhir. Air mata berbaldi tumpah n berbuih mulut 'mereka' dok bebel kat Mek Tie tuk naikkan semangat belajar. Ha3. Base kita budok malas. Bace tunggu ore petuk!! Ha3.. Sabo je la..






Sekian saje kemerapuan kali ini.  T_T






Selamat Hari Raya!! Ampun Zahir & Batin..

Ahad, 4 September 2011

Kisah & Tragedi Malam Raya

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! 


Hari nie dah hari raya ke-5 kan..Kui3. Sekejap je kan masa berlalu. Cuti Mek Tie pun dah sampai ke penghujung. Rasa syahdu pulak nak balik Sintok. Besut nak ku tinggalkan tak lama lagi, beratnyer hati. Ewah. Tak pe, setahun saje lagi. Setahun macam-macam akan jadi kan.

Cerita pasal raya. Malam 1 Syawal tue, Mek Tie rempit dengan ma Mek Tie g bandar. Ewah!! ^_^V. Cari tudung raya la konon. Mase sampai tue, elok-elok je Mek Tie parking motor. Time nak balik, nak nangis rase. Manusia-manusia himpit motor kami!! Setengah jam duk tunggu. Dah la mase tue kawasan terbabit berduyung-duyung manusia. Entah datang dari mana. Semangat nak raya la katakan.

Tragedinya, Mek Tie selitkan hp dalam dompet. Ingat dah selit elok-elok. Pastu, angkat helmet dalam raga motor. Tiba-tiba, BEDEBUK!!. Adoi, hp Mek Tie dah tercuim tar dengan kejamnya. Aduhai. Dah sakit kepala. Ambik n tengok skrin hp Mek Tie dah jadi macam tikar mengkuang!! Petak-petak. Hu3. Sedih-sedih. Housing dah calar balar. Sayang nyer. Raya ketiga, hantar kedai. Harapnya, sebelum balik Sintok dapat balik hp Mek Tie yang satu tue. Ape?? Oh, hp ape ek?? Hahahahaha.. N3310 je.. Keh3..

Raya pertama, Mek Tie g rumah mak sedara belah kiri kanan. Lik jatoh, lik naik, lik hulu n lik hilir. Hahahaha. Pastu bergabung dengan geng-geng sekolah pegi beraya rumah kawan-kawan. Nak beraya kat rumah tok. Mek Tie dah tak de tok. Semua dah tak de. Jadi, sekejap je la Mek Tie beraya dengan keluarga.

Ling-ling jemput, dan bergabung dengan geng-geng asrama mase zaman Mek Tie sekolah. Best la. 11 lelaki, Mek Tie sorang je puan. Ha3. Gila. Orang lain tak dapat join. 

Raya kedua, beraya lagi. Pegi rumah ayah angkat pada Mek Tie. Beliau la yang g hantar Mek Tie mase mula-mula masuk u dulu. Hu3. Orang lain mak ayah abang kakak adik g hantar. Mek Tie pulak, terpaksa menumpang kasih. [gurau je] Ha3.

Kesimpulannya, raya kali nie, berbeza dengan tahun lepas. W/pun tak dapat hijau-hijaukan diri mcm Ling-ling n Ling-ling pulak tak dapat kokopink kan diri same mcm Mek Tie. Mek Tie tetap gumbira. Ha3. Time kasih kat kawan-kawan jugak. Xcomel wajah tak mengapa, jangan xcomel hati. Mek Tie tak comel wajah dan tak comel hati. Hu3. Tapi bersyukur sebab Mek Tie sempurna fizikal. Alhamdulillah. 


Kredit untuk Ecah!! Woooohahaahahhahha.. \o/

 [Mek Tie, Cik Enun, Cik Seh, Cik Ecah, Cik Aza n CIk Farah]

 [Cik Ejo, Dek mat n Mat Yie]

 Geng sepoting!!

Kat rumah seh!! Muahahahahahaha..

 Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin tuk semua.

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua!!

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Seseorang insan akan terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim). Solusi 33 m/s 60.


Selamat Hari Raya- Maaf ZAHIR & BATIN

Insyaallah, jika diberi kesempatan olehNYA kita akan menyambut AIDILFITRI dua hari saja lagi. Rasanya tak terlalu awal bagi Mek Tie untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir & Batin untuk semua yang mengenali Mek Tie amnya. Ewah!! ^_^V

Bagi diri Mek Tie sendiri, pertamanya Mek Tie mohon maaf. Dari kesalahan yang sebesar zarah hinggalah kesalahan yang besar. Sebesar-besar kesalahan. Xdapat nak nyatakan nama-nama individu secara terperinci. Tapi kalau jumpa insyaallah Mek Tie mohon maaf secara peribadi. Tak semestinya tiba raya baru nak mintak maaf. Kan3.. T_T..

Buat keluarga utamanya. Buat cikgu-cikgu keduanya. Buat kawan-kawan. Buat kawan-kawan alam maya nie. Buat mereka yang baca ruangan Mek Tie yang ternyata tak pernah ilmiah. Merapu meraban. Kalau terasa hati, bagitahu Mek Tie. Sebab Mek Tie tak tau sape yang terasa hati dengan Mek Tie. 

Buat Ling-Ling Mek Tie!! Ewah.. "saya baca Cara Untuk Putihkan Ketiak" sambil ketawa. Nampaknya kena tukar link nie. Baru Ling2 tak dapat kesan kat mana Mek Tie merapu. Keh3. Selamat Hari Raya untuk Ling2.  [betul ke Mek Tie cuma ada setahun lagi untuk main-main?? hahahahahaha]. Betul la, kang cuma ada 2sem je lagi. T_T Okey, abaikan..



Selamat Hari Raya SEMUA!! 



Peringatan:

1- Sila didik diri anda untuk BENCIKAN MERCUN.
2- Sila berhati-hati dijalan raya.
3- Sila lakukan pemeriksaan keatas kenderaan anda sebelum pulang ke kampung.
4- Sila pastikan DUIT RAYA CUKUP UNTUK AGIHKAN KEPADA MEKTI RAKYAT JELATA ^_^v






Mek Tie akan ingat pesan Mok Sah. Kali nie akan lebih berhati-hati.

Isnin, 22 Ogos 2011

Cara Melegakan SAKIT KEPALA

Assalamualaikum..


21.08.2011 Mek Tie kehilangan seorang insan yang Mek Tie dah anggap dan hormat mcm ayah sendiri. Al-Fatihah. Mek Tie dah rasa kehilangan orang y tersayang 7tahun lepas. Tak terlawan rasa sedih yang lain sebab kita dah lalui kesedihan yang dasyat. Hmm.


Mek Tie rasa sangat bertuah kerana dikurniakan olehNYA tubuh badan yang sihat dan agak jarang jatuh sakit. Tapi entah kenapa kelmarin tubuh agak terganggu kenormalannya. Ewah. Ayat!! Ha3. Tapi betul la. Mula dari sahur dah rasa tak sedap badan, kemas rumah mcam biasa, siap bako sampah kayu kayan tepi rumah lagi. Kepala berdenyut. Tetap jugak egokan diri xmau telan obat w/pun keadaan memang mengizinkan. Ha3. [Orang perempuan, biasa la!! Woooohaaaaaa!! -_-" ]. Sebabnya memang Mek Tie tak ajar tubuh Mek Tie lega dengan ubat.

Dalam kul 3pm, terima berita sedih diatas. Lepas tue sakit kepala mula balik lepas lega sekejap bila tubuh tersiram air telaga!! Sejuk!! Tetap juga berdenyut-denyut. [Nikmat sakit, Alhamdulillah]. Petang Mek Tie ke bazar. Ingat dah bawak Minyak Cap Kapak tue, rupanya tertinggal kat rumah. Sampai bazar, asap pun banyak. Asap ayam golek, kambing golek, itik golek, ikan bakar n etc la. Ha3. Xberani nak masuk dekat. Asap tersebut menyenakkan kepala Mek Tie lagi.

Sampai rumah. Berdenyut!! Berbuka. Menakjubkan!! Mek Tie makan sikit je. Hehehehe. Berdenyut!! Makan tembikai yang sedap. Waaaaaa!! Lepas bersiap nak g rumah arwah, berdenyut lagi. Nak telan Panadol ActiFast, adik pulak tegur. "Eh, bukan ka mu makan timun [tembikai] takdi??". Mek Tie pun mengeluh. Hu3. Tahan je la.

Sampai kat rumah arwah. Okey jap. Xsampai setengah jam. Serang balik. Mohon diri tuk turun rumah. Ajak kawan pegi cari ubat dan telan. Hu3. Tewas juga. Xlarat nak tahan lagi dah. Ego dengan ubat, sakit melarat. W/pun hanya sakit kepala. Disini, Mek Tie sediakan Cara-Cara Untuk Melegakan Sakit Kepala. Ini yang Mek Tie buat dan petua dari orang-orang sekeliling Mek Tie sendiri. Mungkin anda semua dah tahu.

Pertama. Guna Minyak Cap Kapak. Mek Tie suka minyak nie sebab berangin [bukan sepoi-sepoi bahasa] ha3. Sejuk bila sapu kat kulit kita. Melegakan. Sapu di belakang tengkuk, belakang telinga dan hujung kening kiri dan kanan serta perut. Entah kenapa. Sakit kepala tapi Mek Tie akan rasa lega kalau sapu juga ubat kat bahagian perut. 

Kedua. Regangkan urat tengkuk. Macam mana nak terangkan nie ek. Buat la macam mana pun sampai keluar bunyi krak!! Lega lepas tue. Tapi jangan keterlaluan, patah juga tengkuk nanti. [Penambahan: bab regangkan urat tengkuk tu hati2... jg over pusing.. sbb kat situ ada saraf tunjang kite.. kite urat utama.. kalau tersilap gaya . lumpuh satu badan.. dah ada kes camni tau :) Dari Ukhti Syikin. ] Hati-hati ek. Mek Tie pun akan lebih berhati-hati lepas nie. Insyaallah. ^_^V

Ketiga. Mandi. Mandi nie, bukan main siram aje. Cara nie ustaz Mek Tie yang ajarkan. Basahkan badan dahulu. Biarkan wap panas badan kita keluar 2 3 minit lepas tue barulah basahkan rambut dan keseluruhannya. Kita amal tiap kali nak mandi la, baru dapat tengok kesannya. Mungkin kita akan terhindar dari sakit kepala. Masa mandi tue jugak kita hempuk-hempuk kepala kita dengan tapak tangan. Jangan pulak hempuk dengan TUKOL BESI!!. Ha3. itu bukan MELEGAKAN tetapi MEMATIKAN. Keh3.

Keempat. Urut kepala dan rambut. Bagi mengurangkan rasa sakit yang melanda, Mek Tie selalu juga buat mcm nie. Genggam rambut dan tarik ke atas dengan pantas. Ore kelate kata senjoh kuat. Ha3. Insyaallah lega. Paling teruk pun anda akan kehilangan rambut anda saja. Hi3.

Kelima. Telan ubat. Panadol ActiFast. Selain daripada ubat nie, Mek Tie tak tau ubat cap ape dah. Mungkin sesetengah orang dia ada ubat yang khas untuk legakan sakit kepala mereka. Mungkin tahap kesakitan yang mereka alami itu perlukan satu ubat yang khusus. Mek Tie nie hanya kesakitan biasa saja. Orang lain sakit kepala sampai ada yang berpeluh n guling2. Tersangat sakit. Tapi sakit itu nikmat. Jadi bersyukurlah.

Keenam. Jumpa doktor!! .

Penambahan lain. Ketujuh. Boleh juga gunakan Minyak Yuu Yee. Ukhti Syikin yang kongsikan. Mek Tie nak cuba juga. Lagipun minyak tue kan minyak bayi. Jadi sepastinya ia bagus. Insyaallah. Time kasih Ukhti!! He3.

Kelapan. Dari En.Awie. Tutupkan satu hidung bernafas dengan laju gunakan hidung lagi satu yang masih terbuka, lakukan gilir2 dengan hidung kiri dan kanan. Terima kasih En Awie.


Sekian, terima kasih!! ^_^V








En.Katak ajak Mek Tie cari PENGHUJUNG PANTAI. Ha3. Sampai mati pun takkan jumpa sayang oi!! Ha3.. ^_^