Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 11 November 2010

Tapelwere Plastik

Aku hanya tapelwere plastik,

Bahan badanku cuma plastik, dan sesuailah dengan panggilan diriku tapelwer plastik. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang tidak terkenal. Jenama diriku hanyalah satu jenama yang tidak dihiraukan orang. Rupa tubuhku pula tidak menarik minat manusia yang memandang aku kerana aku tidak secantik rakan-rakan aku yang lain. Rakan-rakan aku memiliki ukiran rupa yang menarik. Mereka menjadi pilihan utama ketika manusia dalam dilema memilih antara tapelwere-tapelwere yang ada terssun rapi di rak sebuah pasaraya.

Aku hanya tapelwere plastik,

Sepanjang aku berada di pasaraya, aku penat menunggu manusia yang sudi membeliku. Kawan-kawan yang datang sebelumku sudah ramai pergi meninggalkan aku. Mereka sudah punyai tuan yang baru. Aku masih di sini. Menanti manusia yang sudi memilihku dan memilikiku sepenuh hati. Aku berjanji, sekiranya aku punyai tuan yang sendiri aku akan berkhidmat untuk tuan aku tanpa sebarang rungutan kerana tuan aku telah memilih aku.

Pada suatu hari, datang seorang manusia. Dia berdiri di depan rak tapelwere. Aku rasakan dia sekarang ingin membeli tapelwere. Satu demi satu dia tengok, pegang. Dengan telitinya dia memilih. Aku menunggu saat tibanya dia menyentuh aku. Rupa aku yang tidak menarik pada pandangan mata manusia ini membuatkan aku tidak menaruh harapan yang tinggi untuk dimiliki. Aku dah merasakan satu perasaan. Perasaan kecewa dengan apa yang berlaku setiap kali manusia memandang aku. Ternyata aku sememangnya jelik dan tidak berguna bagi mereka.

Manusia tadi telah berdiri dihadapan aku. Alangkah gembiranya aku, manusia pertama yang menyentuh aku selepas pekerja stor yang bertugas mengangkut barang. Manusia tadi meneliti aku. Aku dapat membaca riak wajahnya. Manusia tadi berkata "warna kelabu tak menarik,tapi mungkin boleh guna untuk letak sesuatu". Girang tidak terkira apabila aku dimasukkan kedalam bakulnya. Sekarang aku menjadi pilihan manusia ini, tetapi aku tidak boleh terlalu gembira kerana manusia ini mungkin akan mengubah fikirannya dan memilih tapelwere yang lain.

Manusia ini berjalan menyusuri tempat barangan plastik ini lagi. Dia terpandang pada satu rekaan yang sungguh cantik. Segera dia meletakkan bakul dan meluru ke tempat tapelwere cantik itu. Manusia tadi dengan penuh minatnya dia membelek dah timbul rasa keinginan dihati manusia tadi untuk memiliki tapelwere yang cantik itu. Akurasa tidak keruan. Kemungkinan besar aku akan tersingkir dari bakul. Aku hanya kaku. Melihat dari jaun manusia itu begitu gembira bertemu dengan tapelwere yang cantik itu. Sememangnya aku akui, aku tidak dapat melawan kecantikan tapelwere hijau itu. Rekaannya sungguh menarik berbanding dengan aku. Warnanya yang hijau muda itu membuatkan aku rasa rendah diri memandangkan aku yang serba kekurangan.

Kini tapelwere hijau berada bersamaku dalam satu bakul. Manusia ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meletakkan aku di tempat yang asal. Aku mengeluh. Melihat tapelwere hijau begitu dekat denganku, aku terlalu malu untuk bertegur sapa dengannya. Rasa tidak layak aku senyum padanya. Aku rasa sungguh rendah diri dengan keadaanku. Aku malu. Aku tidak secantiknya, warnaku tidak menarik sepertinya. Aku tidak berjaya membuat manusia itu senyum dan tidak berjaya menarik perhatian manusia. Si hijau pula, pandangan dan tautan pertama manusia terhadapnya telah membuatkan manusia senyum dan menimbulkan rasa untuk memilikinya. Aku tidak mampu membuat manusia agar berperasaan sebegitu terhadapku.

Aku seebuah tapelwere,

Setelah manusia tadi membayarku berserta tapelwere hijau, aku dibawa pulang ke rumahnya. Suasana sungguh menarik. Kami dicuci dengan teliti. Aku sungguh iri hati dengan tapelwere hijau kerana tuan kami mencucinya dengan berhati-hati berbanding aku. Aku diperlakukan dengan kasar. Sedangkan si hijau dilayan begitu lembut. Kami di lap. Aku diletakkan diatas rak biasa. Si hijau didalam almari kaca bersama tapelwere cantik yang lain.

Setiap tetamu yang bertandang ke rumah tuan aku sering memuji-muji si hijau. Aku makin rendah diri. Berada di rak dan menjadi pilihan tuan aku untuk mengisi daging, telur dan lauk pauk harian membuatkan aku makin tabah dengan segala keadaan mendatang. Aku lasak dengan apa saja. Aku tahan panas. Tidak menjadi masalah bagiku untuk diisi makanan panas.

Si hijau dan rakan-rakannya tetap berada dalam almari dan hanya digunakan ketika majlis-majlis tertentu sahaja. Pernah sekali aku dibanding-bandingkan dengan si hijau. Aku sungguh sedih. Si hijau begitu bertuah.

Apapun keadaan aku dan keadaan tuan aku, aku akan berkhidmat untuk tuan aku selagi tuan aku tidak membuang atau memberikan aku kepada sesiapa. Tuan aku banyak berjasa kepadaku. Memilihku dan menggunakan aku sebagaimana aku. Semakin lama aku berkhidmat untuk tuan aku, semakin aku memahami keadaan tuan aku. Tidak sesekali bagiku untuk melupakan tuan aku melainkan hayatku tidak panjang.

Dan aku hanyalah aku..

AKU SEBUAH TAPELWERE...

1 ulasan:

Siti Aziz berkata...

sape yang tulis nie...pengulangan ayat banyak sangat...balik tingkatan 5 smula la weh... cikgu azuddin cerak v *** je...kah3... Masih tak boleh lawan kedudukan Kisah Hidup Sakinah.. dapat 95% wooo....muahahahahahahahaha