Siti Aziz BERKATA-KATA

Hidup nie kalau pandai empunya badan corakkan..maka BAHAGIA menanti.. :) tapi kalau tersalah pilih pekerja untuk mencorakkan sehelai kain, maka HILANG kualiti. Orang kata kualiti i2 penting, jadilah macam SIRIM!! KUALITI itu penting, baru tenang hidup.. He3^^~ Mek Tie

Khamis, 19 Ogos 2010

Bacalah...

Budaya Mendekati Zina KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina".

Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32). Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
•"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
•"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina belaka. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti Perak “menfatwakan” Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada “budaya taqrabul-zina”.

Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat). Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki).

Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan: "Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".

Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-zina" itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global". Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam".

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat - musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-ciri "budaya taqrabul-zina". Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

WALLAHU'ALAM...

>>> Aku copy dari BADAN DAKWAH & ROHANI (dalam f.b)

cakar ayam--> "peringatan buat aku"

Tiada ulasan: